Senyum Seindah Suria

 Assalamualaikum semua.

Hari ni SR terpaksa mohon untuk Work From Home, sebabnya ayu jadi contact B. Cikgu dia positif pula. Jadi, ayu kena kuarantin 5 hari. Alhamdulillah, ayu tak ada gejala. Mungkin juga sebab hari Jumaat lepas, ayu tak ke tadika.

SR sebenarnya tengah risau juga. Ada beberapa orang ahli keluarga SR sedang positif Covid19 ni. Salah seorangnya adalah nenek SR. Risau sebab umur dia dah hampir 80. Dia dah ambil booster dose. Gejala dia pun tak teruk. Cuma, mungkin SR ni yang jenis cepat risau.

SR pitam semalam lepas tak tentu arah mundar-mandir dalam rumah. Bunyi macam over kan? Tapi tu tak teruk. Lebih teruk lagi, sampai ke malam SR rasa kaki SR lembik. SR panik terlebih. Yang paling best, orang lain tak pula sepanik SR. Macam tak ada perasaan pun ya jugak bila SR menyatakan kebimbangan SR. 

Haha.

Apa-apa pun moga semuanya lekas sembuh.

Moga minggu ini baik-baik aje.

Bangun pagi ni, SR pujuk diri untuk lebih banyak senyum hari ni. Lupakan kepanikan semalam. Ada jugak rasa macam sia-sia aje tenaga dan perasaan aku nak panik sensorang sedangkan  orang lain boleh aje relax. 

Zaimi kesian dekat SR, gigih dia bawa SR pusing-pusing malam semalam. Agaknya ghisau dia tengok bini dia pucat lembik tak tentu arah.

Jadi tiba-tiba teringat lagu Senyum Seindah Suria. Entahlah, tiba-tiba bermain-main pulak lagu tu dekat kepala. 

Stay safe semua!


Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum… kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum… membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan…

+++

Jom tinggalkan senyuman dekat komen jom! ;)

Post a Comment

14 Comments

  1. Syafakallah
    Allah jga yg menyembuhkan. Aaminn

    Semoga kita semua diberi kekuatan
    ye faham kebimbangan SR, ciknur pun ada beberapa ahli keluarga positif covid, dan paling risau kat umah ni bersama SIL yg usia dah ke 80 memang bila dia x sehat..batuk2 mcm2 dlm fikiran . Test alhamdulillah negatif

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Cik Nur, risau saya. Tiba-tiba baca whatsapp kata nenek dah positive, gelap sekejap rasa dunia. Mudah-mudahan warga emas kita semua baik2 aje

      Delete
  2. take it easy syaz.. mmg la risau kan bila sana sini perkara negatif berlaku. rilek2 ye kita doa banyak2 semoga semuanya cepat berlalu

    ReplyDelete
  3. banyak2 berdoa..moga yg baik2 sahaja, aamiin. moga ahli keluarga syaz semuanya cempat sembuh. family ayu last week....ramai tu yg positif, termasuk la ayu ngn ian sekali. alhamdulillah semua ok dah..just batuk skt2 ...

    ReplyDelete
  4. semoga semua dra mara shbt handai kita yg dijangkit kobid kmbali pulih sediakala

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah semoga family Syaz cepat sembuh.

    ReplyDelete
  6. semoga semua yg sedang sakit diberi kesembuhan yg sebaiknya..syafakumullah..

    ReplyDelete
  7. SR mcm ammi..kalau ada benda yang merisaukan sepanjang hari akan ada rasa tak sedap. Ammi selalu gigil sampai boleh nampaklah kegigilannya, kaki rasa lembik panas, kepala weng... ada org kata itu anxiety...tapi ammi cuba deny.

    Ammi kata pada diri sendiri..bukan anxiety saya cuma risau melampau tu je

    ReplyDelete
  8. Baca tajuk auto menyanyi terus kita. Apa-apa pun semoga keluarga Syaz cepat sembuh dari Covid-19. Keep cool & steady okay.

    ReplyDelete
  9. kalau dah booster, effect dia tak lah teruk sangat cuma kena selalu pantau ovygen level. semoga cepat sembuh family kak syaz :)

    ReplyDelete
  10. Syafakallah..
    Semoga diberikan kesembuhan buat semua ahli keluarga SR yang disahkan +Covid19..
    Semoga SR kuat semangat.. Aamiin..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.