Adam is 9!

Beberapa hari sebelum puasa hari tu, kami sambut birthday adam yang ke 9 tahun, awal dua hari. Sebab, kalau sambut masa bulan puasa, mesti semua tak berapa lalu nak makan kek tu lepas berbuka nanti. Haha! 

Kadang-kadang rasa macam tak percaya pun ada, anak sulung yang menjadi punca SR belajar menjadi seorang emak ini, dah menginjak pra-remaja umurnya. 9 tahun berlalu dengan sangat pantas.





SR dan zaimi telah dan akan terus mencuba untuk memberikan didikan dan ajaran yang baik buat anak-anak. Semoga adam sentiasa sematkan di dalam hati dan jiwa, segala pesan SR dan zaimi yang baik-baik buat dirinya.

Adam anak sulung, adik-adik semestinya akan melihat adam sebagai contoh dan tunjang. Moga adam terus memikul tanggungjawab sebagai anak sulung itu dengan baik ya!



Haih... sekarang ni pun dia selalu mengadu yang ada budak perempuan selalu tulis surat nak ajak dia jadi boifren. 

"Lepas tu adam kata apa?"

"Adam tak nak lah. Adam kan kecik lagi. Lepas tu adam bagitahulah, yang mak adam tak bagi. Mak adam garang."

Hahahaha!
Yes tepat sekali.

"Itu yang orang bagi surat. Kalau mak tau, anak-anak mak yang bagi surat macam tu dekat anak orang, mak sebat bontot masing-masing." Saja SR gertak, masa berbual dengan adam dan amir. Sengih aje budak berdua tu.

Anak orang nak bagi surat, SR boleh ajar untuk diorang tolaklah dulu. Tapi kalau anak SR yang buat macam tu, memang SR tak bagilah!

Kih Kih Kih...

💓

Post a Comment

13 Comments

  1. HPBDAY ADAM ANAK SOLEH AFIAH TIASA MURAH REZKI SUKSES DUNIA AKHIRAT

    ReplyDelete
  2. Happy Birthday Adam!
    Semoga sentiasa menjadi penyejuk mata aamin.

    ReplyDelete
  3. wahhhh happy birthday adam!

    ReplyDelete
  4. Mesti pujaan di sekolah ni
    he hee dpt surat cinta
    encemm boy
    advanced budak2 skrg ni ye

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. Selamat ulangtahun kelahiran Adam.

    ReplyDelete
  6. Wah... Dapat love letter. Auuuu!
    Happy Birthday to Adam! Moga yang bebaik aje ye dalam kehidupan.. Amin!

    ReplyDelete
  7. Happy birthday Adam
    Semoga menjadi anak yg soleh

    ReplyDelete
  8. happy birthday Adam, moga jadi anak yg soleh. Wah..kecik2 dah ada peminat kan, bebudak sekarang

    ReplyDelete
  9. Hepi birthday Adam! Wah, ada peminat rupanya. kena tengok surat tu SR, budak sekarang advance . semoga Adam sentiasa dalam lindungan Allah

    ReplyDelete
  10. Happy belated abang Adam. kejap je masa berlalu. Tak lama lagi meningkat remaja sekolah menengah pulak. Bagus Adam! Belajar dulu rajin rajin sampai berjaya :)

    ReplyDelete
  11. hahahah bujang dah ye..ramai peminat.

    ReplyDelete
  12. Happy birthday adam .semoga berjaya dunia akhirat

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.