Assalamualaikum semua!
Disclaimer: Entri ini tidak mewakili UiTM. Ianya hanyalah perkongsian peribadi dari penulis sahaja. Jangan kata penulis mengkategorikan pensyarah UiTM sebagai sotong pula! Harap maklum! 😄
Pergh hari ni bizi SR mengalahkan menteri. Di kala zaman semakin canggih ni, mudah untuk hubungi rakan-rakan lama untuk ajak sertai Collaborative Teaching yang sangat dituntut oleh pihak UiTM. Maka SR pun sahut aje lah seruan para bos, untuk menjalankan Collab Teaching dengan orang lain. Ada satu subjek, SR ajak rakan-rakan dalam satu Pusat Pengajian aje.
Satu subjek lagi, SR ajak kawan sekolah dan kawan satu UMT dulu untuk bagi talk pada pelajar SR nanti. Terasa seronok pula bila kita boleh ajak kawan-kawan lama untuk aktiviti macam ni kan. Selagi ada network, usah kita persiakan! Hihihi..
Dari pagi SR mengisahkan benda ni lah. Cukup time tadi, lecture pula dua jam. Habis lecture, sambung lagi mengisahkan. Lepas tu menggagau pula cari peganti untuk jadi moderator yang patutnya SR yang jadi pada hari Jumaat ni.
Sebabnya SR nak kena masuk hutan (walau dalam ramadhan huwaaa) dengan pelajar untuk kutip sampel projek final year diorang. Asalnya nak masuk sebelum bulan puasa, tapi takdir Allah, pakat-pakat terjangkit Covid pula diorang semua.
Tak serentak, tapi one after another. Itu yang kami dah risau ni. Delayed dah ni... Berpeluh juga dahi SR ni. Tapi perancangan Allah mesti lebih baik kan. Mesti ada sebabnya dia lewatkan sampling time budak-budak tu.
Maka itulah antara punca SR menjadi sotong dekat pejabat harini. Tergagau-gagau dengan banyak agenda.
Kalian kalau ada kawan-kawan yang jadi pensyarah UiTM, dan rasa nak bagi lecture pada pelajar diorang, bolehlah approach, kata nak buat collab yang bawah CIDL ni.Diorang mesti tau, dan silap-silap diorang mesti sangat happy!
8 Comments
seronok baca! nanti buat entry masuk hutan..mencabar tu time puasa ni..
ReplyDeletebestnya..kawan2 lama sporting nak bagi talk..suka dgr sesi sharing experience..
Laaa....baru dok bayang SR jalan dengan gaya awww🤣
ReplyDeletenasib baik baca smapai abis... igt menyotong tu masak sotong kat opis tadi hahaha... adoiiyaiii :D
ReplyDeleteOwhh menyotong
ReplyDeletepensyarah rupanyaa.. hehe salam ramadan SR walaupun dah hari ke 5
ReplyDeleteehhh ok je share pasal kerja awak..at least we know what others are doing besides our own tasks yang balik-balik hadap documents tak sudah2. penat mata mak.
ReplyDeleteSeronok baca.. Baru tahu boleh buat collab dengan pensyarah uitm.. Thanks SR..
ReplyDeletesemoga semuanya sihat2
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)