Make Up Untuk Sambutan Birthday | Throwback Thursday

Assalamualaikum wbt...

Hujung Mei hari tu punya cerita. Aliksah, ada sambutan hari lahir dan hari guru + hari raya sekali dibuat dekat tadika ayu. Ayu birthday dia bulan Mei, jadinya memang termasuklah sekali. Selain tu, ada juga sambutan untuk anak-anak yang lahir bulan April. Masa April tak ada sambutan sebab ramadhan kan. Itulah yang membawa kepada majlis yang agak besar di tadika dia.

Besar tu maksudnya banyaklah makanan dan goodie bag plus hadiah hari guru semua. Jadinya, ayu memang dah hint dekat SR, yang masa majlis tu nanti, dia nak pakai make up. Hahaha!

Dia selalu ingatkan SR yang hari tu nanti dia nak pakai baju raya dan pakai make up. Sekali habuk pun dia tak ada sebut pasal dia nak bawak kek ke apa dekat sekolah. Maybe dia baru 4 tahun, baru pertama kali nak sambut birthday dengan kawan-kawan, maka dia tak tau pulak kena bawa kek. Agaknyalah. Lagipun, dia dah dapat kek birthday waktu sambut dengan abang-abang dia aje dekat rumah hari tu.

Berbalik pada cerita, pagi hari kejadian, SR pun tepeklah bedak, blusher, eyeshadow dan gincu sikit dekat dia lepas dah siap mandi dan pakai baju raya. Kening dia tu SR lukis nipis-nipis aje dengan eyeshadow jugak sebab SR tak ada pensel kening.


Feeling habis haa si Ayu. Kalaulah dia tau yang omak dia make up tu memang level yang bawah lagi dari beginner... Haha!


Bolehlah kan ayu. Asal tepek. Asal omak dah tunaikan janji nak make up ayu. Dan yang penting, ayu happy.




Bersungguh suruh SR tangkap gambar dia banyak-banyak. Layanss...


Tersengih-sengih pergi sekolah hari tu. Banyak kek yang ada dia kata, tapi satu kek pun dia tak makan. Sebab tak sempat. Ayu tak larat nak makan sebab dah penat katanya. Penat main agaknya dekat sekolah sebab kan tak belajar hari tu.
😄

Post a Comment

8 Comments

  1. Amboi, comelnya dia pakai make up :D
    Biasanya gitulah anak akk pun, makan sikit je bila ada jamuan. Kenyang katanya...padahal makan nugget 2-3 ketul je :)

    ReplyDelete
  2. Seronoklah ayu dapat bermakeup dan sambut hari jadi

    ReplyDelete
  3. Comey dia.. kemain tau nak makeup bagai..heher.. Uishhh, x sempat makan kek...Takpa.. next time leh makan lagi...

    ReplyDelete
  4. Cerianya senyuman Ayu! Bukan main cantik manis anak dara seorang ni :)

    ReplyDelete
  5. semoga menjadi anak solehah nanti. Aamiin...

    ReplyDelete
  6. takpelah mak... budak2 besar ni pakai pistik (lipstik) pun dah rasa comel sangat...siap nak tutup mulut pun takut ahakss

    ReplyDelete
  7. Comelnya Ayu.. hehehe.. suka dan teruja dia ye nak melawa..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.