Mesin Jahit Untuk Suami

Wah tajuk dah ibarat novel / drama melayu pukul 7 gittew. Ingat tak post SR yang bertajuk Mesin Jahit Comel | Riino Sewing Machine Tiffany tu? Ha ini entry sambungannya.

Kisahnya, SR memang tak pandai menjahit. SR pernah belajar menjahit beberapa kali samada guna mesin jahit moden, mahu pun mesin jahit yang kena hayun kaki tu. 

SR tetap gagal, mungkin SR memang tak berbakat dan SR jenis tak ada kesabaran yang tinggi dalam menjahit. Apatah lagi nak potong-potong kain kan. 

Jadi, ketidakpandaian SR menggunakan mesin jahit, dah jadi macam satu beban pada SR bila SR kena jahit lencana sekolah dan tanda nama anak-anak. 

Zaimi pula kata, dia pandai guna mesin jahit. 

Apa lagi!

SR belajar menjahit ❌
SR belikan zaimi mesin jahit mini! ✅

Kebetulan ada sekali masa tengok TV dekat rumah mertua, naik pula mesin jahit mini ni dekat Wowshop. SR pun orderlah 1. SR taknak juga beli mesin jahit besar-besar, berat-berat... Sebab tak ada space dekat rumah ni. Yang SR beli ni memang best sebab lepas zaimi guna, dia boleh simpan semula dalam kotak.


Kagum kami anak-beranak tengok zaimi rilek je masuk-masuk benang, jahit-jahit itu ini. Memang berbaloilah mesin jahit tu. Hahaha!

Selesai masalah SR yang selalu serabut tak reti jahitkan lencana sekolah anak. Sebelum ni, SR minta tolong pengasuh anak yang jahitkan. Tapi dah alang-alang zaimi kata dia reti je guna mesin jahit, tu yang SR beli aje senang. Macam-macam lagi dia boleh jahitkan lepas ni kan.


Mula-mula dia jahit guna meja kecil dekat lantai aje. Lepas tu, dia pindah pula dekat meja makan. Masa ni dia tengah jahit kaki seluar baju melayu amir. Terlabuh pula masa beli.

Mesin jahit tu ringan, senang nak alih-alih. Ikut zaimilah dia nak alih ke mana pun. Asalkan apa yang perlu dijahit, dia jahit, dan lepas jahit, dia simpan.

Kikiki...

Thank you buat suamiku sebab sudi menggalas tanggungjawab menjahit dalam rumah kita 😜 

Post a Comment

13 Comments

  1. Wah! Siap gatung tali tape kat leher! Gaya pro tu!

    ReplyDelete
  2. Akk pun pernah belajar menjahit but mcm SR juga, tiada kesabaran & bakat menjahit :(
    Baguslah suami SR, setel satu part kan. Orang lelaki pun sebenarnya hebat dlm kerja menjahit kan

    ReplyDelete
  3. untung la, SR. lepas da risau satu perkara.
    aida ni semua jahit tgn. asben x reti menjahit.
    aida x reti guna mesin jahit hu hu hu hu :(
    singkat kan ke apa ke, upah org, SR.

    ReplyDelete
  4. wahh, hebat asben SR ituuuuh leh menjahit.,. kata org kalo tarik benang dlm tepung, benang jgn putus, tepung jgn berserakk .. kipidapp ;p

    ReplyDelete
  5. Bolehlah bukak kedai jahit bila bersara nanti

    ReplyDelete
  6. Wah, suami akak pandai guna mesin jahit. Nanti tiba tiba macam macam baju suami akak boleh menjahit pula kan. heheh

    ReplyDelete
  7. Dulu masa remaja buleh je menjahit sikit2 guna mesin jahit Singer yg guna kaki tu. Skrg mesin tu dah x ada. Huhuhu.

    ReplyDelete
  8. Mesin jahit perlu bila ada pakaian berlubang atau tertetas. Tak perlu lagi nak hantar kedai. Dapat jimat masa dan duit.

    ReplyDelete
  9. bagusnya...rare ni. ayu pun x pandai guna mesin...sbb laju sgt, jahit tangan je.. he he he

    ReplyDelete
  10. Sep sikit.. Suami Sha pun terror guna mesin jahit.. Sha memang keras kejung..

    ReplyDelete
  11. Ada jugak satu mesin jahit portable macam ni tapi macam kurang function. kejap kejap benang putus. Geram pulak, terus simpan dalam kotak tak keluar selamanya. Untung ada suami berbakat menjahit. Kurang sikit kerja..hehehe...

    ReplyDelete
  12. Bila ada mesin jahit yang kecik comel ni jimat ruang juga untuk simpan .

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.