Ayu Menuai Bendi

Zaimi memang ada tanam bendi depan rumah sekarang. Menjadi pulak tu! Syok SR makan bendi celur. Hehe... 

Ayu memang selalu jadi assistant ayah dia dalam bab penanaman okra, nama lain bagi bendi ni. Ayulah yang tolong siram dan tolong potong bendi dari pokok untuk dibawa ke dapur.

Ini gambar beberapa hari lepas. Ayu dengan zaimi baru lepas menuai tiga batang bendi yang dah sedia untuk dipetik. Lembut aje bendi ni. Zaimi dapat benih dari kakak dia, siap bawa balik dari Kota Bharu tau. Keringkan untuk dijadikan benih masa tu.


Kalau mak SR, selalu masukkan bendi dalam kari ikan, atau asam pedas. Kalau keluarga zaimi, selalunya mereka celur saja bendi, makan macam ulam.

Dulu SR tak reti juga makan bendi. Kalau makan kari ikan atau asam pedas yang emak SR masak, mesti SR tak ambil bendinya. Tapi, sejak tengok keluarga zaimi makan bendi secara celur tu, SR pun try. Eh sedap pulak rupanya bila makan gaul dengan nasi putih panas-panas. Haha!

Jadinya, sekarang SR lah yang menghabiskan bendi ayu dan zaimi ni. Sebab, dua beranak tu semangat menanam aje, makannya tak. Haha!




Post a Comment

11 Comments

  1. suka bendi....dapp. but sama mcm syaz...suka yg dlm lauk je..kari or asam pedas. emm, kena try yg celur punya gak ni

    ReplyDelete
  2. antara favourite ammi bendi ni...tak kisahlah masak apa pun. goreng pecah tolo lagi layan

    ReplyDelete
  3. Singgang letak bendi, sedapnya.... Naniey suka makan dalam singgang, asam pedas dan kari. Jarang jarang goreng. Kalau goreng buat goreng kicap tu.

    ReplyDelete
  4. Pak Zain pun tengah semai bendi...seronok tengok ada lebih kurang 10 batang pokok...

    ReplyDelete
  5. Bagus...bagus ..nanti Ayu pula boleh tanam bendi ye :) Betul, bendi rebus sedap!

    ReplyDelete
  6. Dah macam kuku wolverine la pulak! heheh

    ReplyDelete
  7. makan bendi n bijinya selalu boleh cerdaskan minda kata sifu

    ReplyDelete
  8. Lagi suka bendi daripada terung.

    ReplyDelete
  9. Bendi memang mudah nk tanam ..kt rumah CCL pun banyak pokok bendi .kadang² terlalu banyak sehingfakan tak sempat nk makan, petik bagi jiran

    ReplyDelete
  10. sedapnya bendi kalau dalam asam pedas

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.