Musim haji yang lepas ni, bapa saudara SR dapat rezeki menunaikan ibadah haji bersama isterinya. Alhamdulillah, setelah beberapa tahun terpaksa bertangguh sebab pandemik Covid-19 kan. Akhirnya sampai juga giliran mereka berdua. Jadi, lepas dah selamat kembali ke Malaysia, ada pula rezeki buah tangan untuk SR! Dapat hadiah, mestilah happy!
SR dapat minyak wangi Royalty Musk Al Musbah ni.
Wangi sangat-sangat.
Bau dia soft walaupun kuat, dan tak memeningkan.
Lembut yang menenangkan.
Selain tu, SR juga dapat Rani Nail Henna. Memang akan kongsi dengan ayu lah tu!
Semoga bertambah murah rezeki bapa saudara SR dengan isterinya tu kan.
Sebenarnya, bukan dua benda ni saja yang mereka bagi. Ada berbeg-beg lagi!
Untuk Zaimi, ada 3 botol minyak atar.
Untuk ayu, ada jubah dan shawl kanak-kanak.
Untuk adam amir dan ayu, ada kekacang, kurma, coklat... banyak ya amat!
Dan ada juga sehampar sejadah gebu. SR bagi sejadah gebu tu pada adam dan amir, sebab sejadah diorang selalu guna dah nipis sangat.
Alhamdulillah, orang memberi, dapatlah kita merasa.
Bilalah agaknya rezeki SR pula nak ke Tanah Suci kan?
Moga adalah seruan dan rezeki SR ke sana sebelum menutup mata 😊
9 Comments
wahh...bestnya dapat ole ole dari tanah suci
ReplyDeleteSemoga kita semua akan dijemput ke rumah allah...amin...seronok ha dapat macam- macam...SA pun baru ni dapat sejadah cantik dari Mekah..kawan opis baru balik haji...
ReplyDeleteSelalu dapat minyak atar, tapi akak tak berkenan baunya 😅
ReplyDeleteWah banyak oleh2 dari Tanah Suci yang Syaz sekeluarga dapat.
Alhamdulillah. Oleh-oleh dari jauh. Moga tambah rezeki pemberinya.
ReplyDeletesyukurlah dpt ole-ole dari Tanah Suci. Jgn risau, giliran SR pasti tiba jua...
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeletedapat ole2 dari tanah suci
Ambil feel dulu. Moga ada rezeki SR dan suami nanti ke sana
ReplyDeleteminyak wangi bau-bau lembut tue memang best je pakai , kalau bau kuat alamak rasa macam nk pening je kepala .
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Rezeki..
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)