Royalty Musk Al Musbah

Musim haji yang lepas ni, bapa saudara SR dapat rezeki menunaikan ibadah haji bersama isterinya. Alhamdulillah, setelah beberapa tahun terpaksa bertangguh sebab pandemik Covid-19 kan. Akhirnya sampai juga giliran mereka berdua. Jadi, lepas dah selamat kembali ke Malaysia, ada pula rezeki buah tangan untuk SR! Dapat hadiah, mestilah happy!

SR dapat minyak wangi Royalty Musk Al Musbah ni.
Wangi sangat-sangat.

Bau dia soft walaupun kuat, dan tak memeningkan.
Lembut yang menenangkan.

 

Selain tu, SR juga dapat Rani Nail Henna. Memang akan kongsi dengan ayu lah tu!





Semoga bertambah murah rezeki bapa saudara SR dengan isterinya tu kan.

Sebenarnya, bukan dua benda ni saja yang mereka bagi. Ada berbeg-beg lagi! 

Untuk Zaimi, ada 3 botol minyak atar.
Untuk ayu, ada jubah dan shawl kanak-kanak.

Untuk adam amir dan ayu, ada  kekacang, kurma, coklat... banyak ya amat!

Dan ada juga sehampar sejadah gebu. SR bagi sejadah gebu tu pada adam dan amir, sebab sejadah diorang selalu guna dah nipis sangat.

Alhamdulillah, orang memberi, dapatlah kita merasa.
Bilalah agaknya rezeki SR pula nak ke Tanah Suci kan?

Moga adalah seruan dan rezeki SR ke sana sebelum menutup mata 😊

Post a Comment

9 Comments

  1. wahh...bestnya dapat ole ole dari tanah suci

    ReplyDelete
  2. Semoga kita semua akan dijemput ke rumah allah...amin...seronok ha dapat macam- macam...SA pun baru ni dapat sejadah cantik dari Mekah..kawan opis baru balik haji...

    ReplyDelete
  3. Selalu dapat minyak atar, tapi akak tak berkenan baunya 😅

    Wah banyak oleh2 dari Tanah Suci yang Syaz sekeluarga dapat.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Oleh-oleh dari jauh. Moga tambah rezeki pemberinya.

    ReplyDelete
  5. syukurlah dpt ole-ole dari Tanah Suci. Jgn risau, giliran SR pasti tiba jua...

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah
    dapat ole2 dari tanah suci

    ReplyDelete
  7. Ambil feel dulu. Moga ada rezeki SR dan suami nanti ke sana

    ReplyDelete
  8. minyak wangi bau-bau lembut tue memang best je pakai , kalau bau kuat alamak rasa macam nk pening je kepala .

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.