Watsons Express Delivery Services Plastic Bag | Dah kenapa kau jernih ya amat??


Assalamualaikum wbt...

SR ni kadang-kadang kalau malas nak keluar dari rumah, memang order aje guna Grab atau Food Panda. Termasuklah barang keperluan, bukan sekadar makanan. Kadang benda tu memang dah habis, memang memerlukan sangat-sangat dah, tapi, malas benar nak keluar. Jadi terus ketik-ketik telefon ajelah. 

Baru-baru ni pun adalah SR order sesuatu dekat Watsons, thru Food Panda. Selalu, kalau barang dari Watsons, barang tu akan sampai dalam plastik dia yang warna hijau tu tau, dan outlet Watsons yang fulfill order kita tu akan siap ikat dengan cable tie.

Kiranya macam adalah privacy sikit barang apa kita order kan.

Itu antara sebab kenapa SR prefer juga order melalui Food Panda atau Grab tu. Ye lah, kadang kita nak beli pad lah, itulah inilah kan.

Tibahhhh hari tu, barang yang SR order, sampai dalam beg plastik seperti gambar di atas. Sudahlah transparent, tak diikat pula dengan cable tie macam selalu.

Terasa seperti telanjang sungguh barang-barang yang SR order tu. Adeii... Memanglah tak ada satu nyawa pun atas dunia ni yang kisah dengan barang apa yang kita order kan, tapi SR tetap rasa segan dengan rider yang hantar tu tau. Walaupun rider tu mungkin akan ingat dan tengok barang yang SR beli tu dalam beberapa minit je dalam hidup dia, SR tetap rasa segan! Huwaaa...

Ok maybe SR overreacted ah kot kan. SR old school dan konservatif. Tambahan pula, barang yang order dari Watsons ni kan ala-ala barang yang peribadi gitu kan. Jadi SR rasa macam tak seronok pula bila beg plastik jernih lutsinar ni digunakan. 

Tapi tu pandangan peribadi SR lah. Orang lain tak kisah pun mungkin. 

Maybe lepas ni kena atasi rasa malas, dan hidupkan enjin kereta, pergi beli terus di outlet dia. Huhu...

Tapi, beg plastik dia ni kualiti sangat bagus. Kuat. Maksud SR, kita boleh guna semula plastik ni ulang-ulang kali, kiranya boleh recycle lah. SR pun buat jadi plastik ayu isi baju kotor dan tuala lembab dia dari sekolah. 

Nasib baik masih ada positive side nya si plastik jernih ni. Haha!

Post a Comment

7 Comments

  1. Pernah juga beli dari watson tapi tak pernah lagi dapat plastik transparent cam gini.. baru gamaknya.. hihi. Tapi plastik tu nampak cantik.

    ReplyDelete
  2. Macam dah semakin meluas penggunaan plastik jernih ni

    ReplyDelete
  3. adehh... kalau beli kondominium..kantoi habis nih...hahaha

    ReplyDelete
  4. Betul kadang-kadang malas keluar beli. Tahan diri dahulu.
    Tidak ada pandangan hal ini sebab tidak pernah beli barang Watson's secara talian.

    ReplyDelete
  5. kalau saya, via rider macam ni takpe lagi, tapi kalau nak usung ke hulu ke hilir di mall tu malu jugak. ada sikit la ol skool tu.

    ReplyDelete
  6. Watsons update packaging plastik baru ke ? Alamak kalau jernih macam nii memang telanjang la barang2 yg kita beli . No privacy .

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.