Soalan
Assalamualaikum, apakah hukum menonton filem fantasi tetapi mengandungi unsur sihir seperti Cinderella, Harry Potter dan lain-lainnya. Jadi saya ingin bertanya apakah hukum menonton filem-filem berkenaan adakah ia tergolong dalam mempercayai sihir itu sendiri kerana saya mendengar ada hadis yang menyatakan bahawa sesiapa yang mempercayai sihir akan menjadi kafir dan tidak diterima solatnya.
Ringkasan Jawapan
Hukum asal menonton cerita yang berkaitan sihir adalah harus. Ini kerana tontonan filem seperti ini semata-mata atas tujuan hiburan dan seumpamanya tanpa mempercayai tidak boleh digolongkan dalam kategori membenarkan atau mempercayai sihir yang telah diharamkan dalam hadis Nabi SAW bersabda:
مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْءٍ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلَاةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً
Maksudnya: “Siapa yang mendatangi tukang tilik lalu bertanya kepadanya tentang sesuatu maka tidak diterima darinya solat selama empat puluh malam.”
(Riwayat Muslim)
Walau bagaimanapun kami menasihati orang ramai supaya memantau anak-anak ketika menonton cerita-cerita yang berkait dengan sihir supaya mereka diterangkan bahawa perbuatan mempercayai sihir adalah merupakan suatu bentuk kesyirikan. Di samping itu Anak-anak juga perlu diingatkan supaya menjauhi cerita-cerita yang berunsur maksiat.
===
Huraian Jawapan
Hukum asal menonton cerita berkait sihir adalah harus selagi tidak meyakini atau membenarkan perbuatan sihir tersebut. Dalam sebuah hadis, Nabi SAW bersabda:
مَنْ أَتَى كَاهِنًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ
Maksudnya: “Siapa yang mendatangi tukang tilik lalu membenarkan kata-katanya maka dia telah kufur dengan apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad.”
(Riwayat Bazar)
Hadis ini menjelaskan bahawa siapa yang membenarkan tukang tilik dengan mendakwa mereka mengetahui perkara ghaib maka dia telah melakukan kekufuran[1]. Adapun jika dia hanya bertanya kepada tukang tilik tanpa membenarkan ungkapan tukang tilik tersebut maka dia telah melakukan dosa dan ibadatnya tidak diterima oleh Allah SWT selama 40 hari. Sabda Nabi SAW:
مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْءٍ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلَاةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً
Maksudnya: “Siapa yang mendatangi tukang tilik lalu bertanya kepadanya tentang sesuatu maka tidak diterima darinya solat selama empat puluh malam.”
(Riwayat Muslim)
Nabi SAW menyebut dengan bilangan 40 kerana ia merupakan bilangan kebiasaan orang Arab ketika mengambarkan bilangan yang banyak. Manakala Nabi SAW menyebut dengan malam kerana orang Arab memulakan hari mereka dengan waktu malam. Sekalipun Nabi hanya menyebut solat namun menurut Imam al-Munawi begitujuga dengan ibadat puasanya. Ini kerana baginda hanya menyebut ibadat di dalam hadis kerana ia merupakan tiang agama[2].
Meskipun begitu yang dimaksudkan dengan tidak diterima solatnya bukanlah bermaksud solatnya tidak sah menurut hukum syarak. Namun yang dimaksudkan dengan tidak diterima ialah tidak diberikan ganjaran pahala. Perkara ini dinyatakan oleh Imam al-Nawawi:
وَأَمَّا عَدَمُ قَبُوْلِ صَلاَتِهِ فَمَعْنَاهُ أَنَّهُ لَاثَوَابَ لَهُ فِيْهَا وَإِنْ كَانَتْ مُجْزِئَةً فِي سُقُوْطِ الفَرْضِ عَنْهُ وَلَايَحْتَاجُ مَعَهَا إِلَى إِعَادَةٍ
Maksudnya: “Adapun makna tidak diterima solatnya ialah tidak diberikan ganjaran pahala. Tidak menafikan bahawa solatnya memadai dan kefarduan ke atasnya gugur disamping dia tidak perlu untuk mengulangi solatnya[3].”
Hadis-hadis di atas menyebutkan berkenaan orang yang mendatangi tukang tilik sama ada dia mempercayainya atau semata-mata bertanya tanpa mempercayainya.
Kesimpulan
Dari penjelasan ini kami menyimpulkan bahawa perbuatan semata-mata menonton rancangan, drama, filem dan seumpamanya yang mengandungi unsur sihir tidak termasuk dalam hadis di atas. Kami menasihati orang ramai supaya memantau anak-anak ketika menonton cerita-cerita yang berkait dengan sihir supaya mereka diterangkan bahawa perbuatan melakukan sihir dan mempercayainya adalah merupakan suatu bentuk kesyirikan. Di samping itu Anak-anak juga perlu diingatkan supaya menjauhi cerita-cerita yang berunsur maksiat.
12 Comments
Betul lah tu. Jauhi segala bentuk menyekutukan Allah. Sebab itu digalakkan kita untuk menonton seisi keluarga. Selain dpt pantau anak², dpt juga eratkan silaturrahim
ReplyDeleteUncle main belasah tengok apa saja.... (jangan tiru uncle ye)
ReplyDeleteAsalkan hiburan tu tak menyimpang akidah, berunsur maksiat dan melalaikan.
ReplyDeleteterima kasih perkongsian ilmu
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Perkongsian yang baik.
ReplyDeletenice sharing =)
ReplyDeleteDah lamanya wak tak menonton tv
ReplyDeletetak pernah minat tengok HP, LOTR...kenapa ntah
ReplyDeleteCcl peminat harry potter . Lama jugak tak layan movie ni
ReplyDeleteAlhamdulillah.. terima kasih SR sebab berkongsi hal ini.. Sha memang memantau apa yang ditonton anak2..
ReplyDeleteBaiklah. Terima kasih untuk perkongsian ni :)
ReplyDeletesuka layan harry potter ni sebab menarik jalan cerita dia, magic pun cool tapi tak ada lah percaya benda tu wujud.
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)