Amore Green Tea Matcha Cookies

Assalamualaikum wbt


Biskut! Boleh kudap-kudap di ofis! Sebenarnya biskut atau cookies berperisa teh hijau campur matcha ni pemberian dari officemate SR. SR balik sahaja dari kelas minggu lepas, tengok-tengok dah ada atas meja. Yeay!

Alhamdulillah.



Officemate SR belikan daripada gerai jualan yang dibuka depan Lecture Theater sempena ada talk berkenaan perniagaan kepada para pelajar. SR pula memang tak sempat nak menjengah ke situ. Busy mengalahkan PMX pula SR minggu lepas. Haha!


SR baru sempat nak buka dan makan tadi. Kebetulan tengah lapar dan mulut pun dah kepingin nak mengunyah. Minggu lepas, usah kata nak bukak paket ni, nak berlengah-lengah berbual pun tak sempat. Bila musim sibuk tu, memang tak sempatlah nak itu ini.

Ah tak payahlah cerita pasal busy, bukan kau sorang yang busy SR oi!

Berbalik pada cookies green tea matcha ni, warna dia pun memang warna hijau. Menarik kan? Selalunya cookies kan warna-warna tanah. Jadi agak rare lah warna dia hijau ni bagi SR.

 

Amacam, rare tak?
Don't judge by it's look! Walau hijau, hijau gitu, rasa dia sedap weh! Serius. Bukan SR cakap sedap sebab SR dapat percuma tau (tapi ya jugak haha!) tapi rasa dia memang sedap. Ada rasa teh hijau, adalah matcha dan rasa coklat dia juga tak tenggelam.


Bila sedap, dapat pulak free, perut pula lapar, apa lagi, bedal lah!
Alhamdulillah, hilang mengantuk dan lapar SR tadi.
Buat ubat sambil tanda kertas test pelajar yang beratus juga muka suratnya bila dah dicampur-campur bilangannya!

Nak buat macam mana, kerja hakiki. Kenalah tabah siapkan juga. Sambil mengunyah. Ahahah!

Semoga murah rezeki officemate SR!

Post a Comment

6 Comments

  1. x suka sgt benda2 yg green tea ni..
    boleh minum green tea yg plain tu je, tu pun jarang2

    ReplyDelete
  2. sedap tu kukis hijau tea tapi ada rasa coklat

    ReplyDelete
  3. cantik warna nya hijau-hijau gitu

    ReplyDelete
  4. Kalau rasa dia sedap, memang ngamlah.. Matcha ini susah nak cari yang sedap..

    ReplyDelete
  5. dulu pernah rasa amore yang double choc chip..sedapppp!

    ReplyDelete
  6. peminat hijau dan peminat green tea mst suka kukis ni

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.