Beli dan Cuba Cadbury Shots

Assalamualaikum wbt


Hari tu masa singgah di Petronas, ternampak pula Cadbury Shots ni. Tersusun cantik aje sebelah kaunter. Terus terasa nak makan. Jadi, ambil dan terus bayar dengan barang-barang lain. Kira menjadilah taktik dia letak di tepi kaunter tu, Memang buat SR rasa nak nak nak lah masa tu.
Sebenarnya SR sendiri pun tak berapa nak ingatlah, samada SR pernah makan ke belum Cadbury Shots ni sebelum ni. Rasa macam pernah, tapi entahlah. Ah tak kisahlah. Sampai saja di office, SR terus kerat bungkusan dia. Nohhh. Adalah seciput. Bila intai dari atas, nampak sayup je di hujung bungkusan.

 


Rupa dia bulat macam makjun. Atau boba, Atau taik kambing. Ikutlah objek apa pun yang berbentuk sfera yang kalian nak samakan. Saiz sama, tapi ada juga yang dah pecah. Jadi nampaklah coklat di bahagian dalamnya.

Rasa dia?

Coating belah luar dia manis. Extra manis. Yangcoklat belah dalam tu, sama rasa macam coklat cadbury susu kosong. Dia tak cepat cair. Coating yang manis tu agak lama bertahan dalam mulut kalau kita hanya biarkan dan tak gigit.

SR rasa, inilah sekali SR beli. SR takut nk beli lagi kalau setakat makan sorang-sorang di office. Sr sudahlah ada diabetes kan. Seram!

Pernah makan tak? Suka tak?

Post a Comment

9 Comments

  1. Ha! SR jangan makan manis banyak sangat yer sebab SR pun dah cukup manis dipandang mata. Cia! Cia! Cia! Ibu pun tak berapa suka manis2 sangat dia rasa macam mual.

    ReplyDelete
  2. coklat bentuk apa pun memang sedap tapi manis sangat jadi xberkenan

    ReplyDelete
  3. Tak pernah lagi cuba sebab memang sedaya upaya cut sugar. Baca review SR, seriau nak makan

    ReplyDelete
  4. Entah kenapa wak memang tak suka celokat

    ReplyDelete
  5. Tu nak tunjuk cincin baru sekali ke apa tu SR? Heheheh... tak pernah cuba lagi, kalau manis sangat tak berapa minat jugakla

    ReplyDelete
  6. Adoi SR ni...
    makjun,taik kambing bagai semua dia sebut🤭kembang tekak weh🤣

    ReplyDelete
  7. Alamak kalau manis sangat takut cuba.

    ReplyDelete
  8. kalau dulu memang ons je semua bab choc ni, but now semua dah kena kurang2 kan dah
    tumpang2 anak jer.. he hehe..nak jugak tu

    ReplyDelete
  9. lom lagi makan ni, Syaz.
    tapi bab sejemput tu, semua cikidis gitu.
    plastik nak kau, besar.
    bila buka, angin lagi byk dari isi rupanya :( hu hu hu...

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.