Finger Painting Set Untuk Ayu

Assalamualaikum wbt


Baru-baru ni SR ada belikan ayu set Finger Painting dari TikTok Shop. Kebetulan masa iklan tu lalu, waktu SR tengok, ayu pun ternampak. Jadi bila SR tanya dia nak ke tak, dia kata nak. Jadi apa salahnya kan? Dia pun kadang-kadang bosan juga kalau duduk di rumah. Adam amir kadang main bolalah, Robloxlah... Semua macam tak masuk sangat dengan ayu. Jadi ayu memang banyak habiskan masa dengan main role play dengan plush toys dia, mengacau SR dan zaimi, atau pun dia pun sama juga layan tablet.

So, why not? Adalah sesuatu yang ayu boleh buat, yang lain sikit dari kebiasaan. Dia pun suka juga melukis dan mewarna-warna. 

Tapi, punyalah menguji kesabaran. Memang dia dah post awal tau. SR yang tak perasan, postage dari China, dan SR tak pilih delivery yang RM4.50. SR terbayar postage yang RM1.50. Punyalah lamaaaaaaa SR dengan ayu tunggu, sebulan! Ayu dari hari-hari tanya, sampai dia dah tak tanya. Dah lupa pula kami ada order Finger Painting Set tu.

Akhirnya sampai. Tadaa!

Finger Painting Set ni datang dengan buku untuk aktiviti stamping / mengecap dengan jari. Ada banyaklah contoh dan ruang untuk kita hasilkan lukisan dengan kaedah cap cap jari. Ada 24 warna berbeza untuk kita pilih, yang mana setiap warna tu ada kotak dia yang tersendiri, dia bukan disekalikan dalam 1 kotak. Kotak-kotak asing tu pula, dia masukkan dalam 1 kotak lagi dan hanya balut dengan plastik lutsinar.

Boleh tengok dalam gambar di bawah ni haa.



Setiap kotak kecil warna tu, ada span untuk kita lekapkan jari kita, untuk ambil warna untuk kita buat aktiviti Finger Painting tu. Span tu memang sentiasa basah, agaknya selagi basah, maksudnya warna dia masih ada dan belum habis. Tekan sahaja jari dalam tu. Nanti warna akan lekat dekat jari.


Dalam buku aktiviti tu, adalah beberapa teknik dia ajar, kita pun boleh sahaja follow idea-idea yang dah disertakan dalam tu walaupun SR tak faham sebutir habuk pun apa yang dia tulis, sebab semua dalam tulisan Cina. Hehe...


Ayu cuba mengecap ikut contoh lukisan di sebelah tu.


Warna yang dah lekat di jari kita, senang sangat nak remove. Lap sekali sahaja guna tisu kering, pun dah hilang. Warna yang dah dicap di atas kertas, tak pula hilang. Kekal aje ada walau dah berhari-hari. Boleh tahan best jugalah set ni. Warna pun terang dan vibrant.


Hari tu nenek dia datang, memang dia ajak lah emak SR main sekali masa SR pergi kerja. Masa tu lagilah dia bosan, sebab abanag-abang dia terbaring sahaja sebab berkhatan tu. Haha!

Okeylah set ni, SR suka. Ayu pun suka. SR recommend! Cuma janganlah beli guna economy delivery hahaha😁

Post a Comment

5 Comments

  1. Ini baru pakai jari.... kalau pakai berus... Picasso terus!

    ReplyDelete
  2. Seronok juga bagi dia aktiviti macam ni kan SR.. Kreatif!

    ReplyDelete
  3. Wah.. Best.. Memang seronoklah ayu beraktiviti ye..

    ReplyDelete
  4. Eh.. macam cantiklah permainan tu.. ingat nak belikan jugalah untuk seketul Qaseh kat rumah ni. hihi..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.