Buka Clamp Selepas 5 Hari Berkhatan Secara Rapid Clamp

Assalamualaikum wbt

Amir dan Tok Wan

Pertamanya, SR nak mengucapkan ribuan terima kasih pada semua pembaca blog SR yang mendoakan kesembuhan anak-anak SR yang baru sahaja selesai berkhatan pada minggu lepas. Boleh baca di sini. Terima kasih, doa kalian semua amatlah bermakna buat kami sekeluarga. Semalam adalah hari kelima selepas adam dan amir berkhatan, atau bersunat, secara rapid clamp. Semalam juga emak dan abah SR dah sampai dari Kuantan untuk menolong jaga adam dan amir semasa SR dan zaimi bekerja minggu ini. Alhamdulillah, moga Allah balas yang baik-baik sahaja buat emak dan abah SR.

Memang melekatlah dengan Tok Wan, terutamanya si amir. Dia memang manja ya amat dengan abah SR. Muka pun dah nak sama dua manusia tu. Haha! Sebabnya, amir memang banyak muka SR, SR pula mengikut muka abah. Jadinya, amir dengan abah SR dah macam kembar.


Tunggu sampai zaimi balik kerja, terus bawa adam amir ke Klinik Usraa semula. Untuk temujanji prosedur pemotongan clamp yang dipasang pada adam dan amir. Adam okey okey sahaja, amir macam tak berapa nak bersedia. Dia kata dia seram dan takut. Emak SR kata biasalah tu, amir pun masih kecil kalau nak dibanding dengan umur adam yang dah sedikit matang dari amir.

 

Lama juga masa amir ambil untuk keluar dari perut kereta. Dari raut muka, memang jelas nampak amir gelisah. Tapi, kenalah pergi juga. Tak kan nak pakai clamp tu sampai bila-bila pula, kan?



Sampai sahaja, zaimi terus hulurkan kad temujanji pada petugas di kaunter pendaftaran. Kami pun diminta untuk tunggu sebentar sebelum adam dan amir dipanggil untuk masuk. Klinik Usraa ni, antara yang SR suka adalah suasana dalam klinik dia yang kondusif. Sambil menunggu, anak-anak boleh duduk dan membaca sejarah serta info yang ada ditampal di dinding klinik. Orang pun tidaklah seramai mana. Memang selesa sangat Klinik Usraa ni tau.

 

Dua-dua memang bersedia dah nak jumpa doktor. Walaupun amir macam takut dan nak adam yang masuk dulu, tapi akhirnya dia okey. Redha. Tak lama menunggu, doktor pun panggil masuk untuk prosedur pemotongan clamp. Doktor suruh semua masuk sekali, senang!


Adam yang naik atas katil pemeriksaan tu dulu. Doktor periksa, alhamdulillah, kondisi okey. Doktor proceed dengan potong clamp. Tak lama pun, tak sampai 5 minit pun untuk seorang. Selepas adam, amir pula. Sama juga, doktor check dulu. Alhamdulillah, okey juga.

 

Adam dan amir kata tak sakit, cuma pedih sikit masa clamp tu tercabut. Doktor hanya potong clamp (cincin), yang seperti botol tu, doktor beritahu, akan tercabut sendiri dalam masa 24 ke 48 jam. Balik dan jaga sahaja elok-elok.

Malam semalam, masa abah SR tengah suap amir makan nasi, amir punya botol tercabut. Amir macam terkejut dan sedikit pedih, dia diam aje sampai tertidur. Adam pula, dia bangun tidur pagi tadi, tengok botol dia pun dah tercabut. SR minta maaf la ye sebab guna term cincin dan botol, SR tak tau term sebenar dia apa. Dan cuma nak pembaca SR dapat gambaran je hehe.


Pagi tadi, abah SR hantar gambar ni di group Whatsapp. Dia dah mandikan adam dan amir, dan berjaya bodek adam dan amir pakai seluar. Sebelum ni punyalah takut nak pakai seluar 😂 Adam setakat ni okey dah, amir yang masih dalam recovery process. Dia masih ngilu katanya. Harapnya sehari dua lagi, semakin baik dan semakin sembuh.

Itu ajelah kisah anak-anak SR berkhatan. Asyik cerita pasal sunat aje kan! Haha! Saja simpan di sini, nak buat kenangan 😄

Post a Comment

11 Comments

  1. Alhamdulillah dah sihat, dah ready pakai seluar dah dorang. Takpe SR, bila cerita kat blog... At least ada kenangan. Nanti dorang dah besar boleh baca pengalaman dorang bersunat. 🙂

    ReplyDelete
  2. Ozil pun baru berjinak2 cuba pakai seluar...tp jalan tetap terkengkang2..hahahha smpai bila la agaknya tu

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..dah bujang dah dua2 hero ni yer

    ReplyDelete
  4. Okeh! Dah boleh cari girlfriend!

    ReplyDelete
  5. Sekarang dah mudah. Dulu-dulu payah sikit.. Ingat lagi, dengan doktor kena maki dengan saya.. Haha.. Masa kecik dulu lah..

    ReplyDelete
  6. Wahhh dah bujang dah deme ye. Alhamdulillah rezeki anak-anak sekarang berkhatan lebih mudah.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah
    Dah boleh pakai seluar

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah dah hampir sembuh.
    Seronok tengok depa 2 beradik pandai pakai kain pelikat kemas ja...Budak2 jaman naw bukan semua pandai pakai

    ReplyDelete
  9. Sebijik sangat muka SR dgn ayahanda.... fotostat habis... hehehe.... x berasa dh bukak clamp pun hari ni ya

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah selesai sudah 'masuk jawi'... lps ni siapa nak jd imam dulu? adam ke... amir?😀

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah..yeay dah besar...lepas ni sure ada makwekat sekolah duk kenen2...hehehehe...

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.