Hari Lahir Emak ke 62

Assalamualaikum wbt
 

Hari ni kan, birthday emak SR yang ke 62 tahun. Alhamdulillah, emak SR sihat walafiat. Kebetulan birthday emak tahun ni, pagi-pagi lagi SR dah dapat peluk dia sebab dia ada di rumah SR. Memang emak dan abah SR datang sebab nak tolong tengokkan adam dan amir sunat. Alhamdulillah.
Kenapa muka lain? Haha! Memang, SR tau ramai yang cakap muka SR dengan emak SR tak sama langsung. Dari SR kecil, kalau SR ke mana-mana dengan emak, orang tak akan sangkalah kiranya tu emak SR.

 

Emak SR ni, masa dia muda, dia nampak macam orang Cina. Mungkin sebab dia putih lah kot, SR pula lebih sikit rupa belah-belah utara, ikut abah SR. Kulit pun kelam bak tompok manggis je SR ni. Entah-entah ada aje yang ingat SR ni anak angkat haha!


Semoga emak terus sihat dan dipanjang umur dalam keafiatan. Semoga terus cergas dan kuat tubuh badan untuk beribadat dan menjaga kami. Tanpa emak yang banyak tolong kami adik-beradik itu ini, payahlah hidup kami. Syukur ke hadrat Tuhan kerana pinjamkan emak buat kami.


Si manja nenek dia ni. Dah dua malam dah, tidur dengan nenek. Lupa dah nak tidur dekat celah ketiak Omak dia si ayu ni. Tak apalah, bila nenek ada, tidurlah dengan nenek. Kalau tak, sekejap-sekejap nak video call.

Tapi, dalam menyambut umur baru, emak, dan SR sendiri, sedih sebab tarikh yang sama, iaitu 22 Disember 2008 dahulu, atok SR meninggal dunia. Ya, abah kepada emak SR meninggalkan kami semua pada tanggal yang sama dengan hari lahir anak sulung dia. Yang menambah kesedihan emak, masa atok SR meninggal, emak dan abah SR berada di Mekah menunaikan haji.

Dugaan buat emak SR. Rindu yang tak berpenghujung buat kami semua.

Doakan kesihatan emak SR ya semua, semoga doa yang baik-baik dari kalian itu, dibalikkan juga pada kalian semula oleh Allah swt 😉

Post a Comment

7 Comments

  1. Nampak muda emak Syaz, macam kakak dengan adik la pulak.
    Happy birthday buat emak Syaz, moga diberi kebahagiaan dunia akhirat.

    ReplyDelete
  2. selamat hari lahir keada emak kak syaz, semoga diberikan kesihatan yang baik dan murah rezeki selalu :)

    ReplyDelete
  3. Happy birthday makcik... walaupun muka dgn mak x sama tp dgn syaz dgn abah kopipes... hehehe

    ReplyDelete
  4. Sanah helwah buat bondanya semoga sihat sentiasa.. Tapi SR ibu tengok bibir dan senyuman kalian berdua sama lah.. ;)

    ReplyDelete
  5. semoga mak cik terus diberi kesihatan berpanjangan dan rezeki yg melimpah ruah daripadaNya bersama-sama keluarga tercinta. aminnn

    ReplyDelete
  6. happy birthday to makcik, moga sentiasa dirahmati Allah
    nampak mcm adik & kakak je la..

    ReplyDelete
  7. Selamat hari lahi buat emak Syaz...hari ni birthday mak SA plak...

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.