Secawan Air Soya di Kuala Pilah

Assalamualaikum wbt




Kisah minggu lepas sebenarnya ni, tadi SR scroll gambar-gambar dalam galeri telefon, baru perasan dan teringat semula kisah secawan air soya ni. Masa tu, di kampus ada Karnival PTAR. Jadi sempena penganjuran karnival tu, pihak PTAR dan UiTM Kuala Pilah ada membuka peluang kepada para peniaga termasuklah food truck untuk berniaga di depan Lecture Theatre, iaitu di antara Bangunan Akademik dan Bangunan Pentadbiran.


SR masa tu baru sahaja habis sesi Test 1 dengan pelajar. Menjaga pelajar sedang jawab test ni sememangnya letih dia lebih berbanding mengajar. Sebab kena berjalan setiap masa untuk memantau. Jadi, memang SR ketika tu agak letih dan lapar. Haus apatah lagi.

Masa perjalanan untuk balik ke bilik pejabat SR dari Bangunan Akademik (Tempat untuk kelas, makmal, test etc...), SR singgah di salah satu Food Truck. SR beli Spaghetti Carbonara. Teringin. Sebab paling utama, Food Truck tu terima pembayaran secara transfer. Sebab masa tu SR memang tak bawa duit. SR bawa telefon bimbit dan keperluan untuk test tu sahaja.

Selesai menunggu dan membuat bayaran, SR pun berjalan semula ke Bangunan Pentadbiran untuk balik ke ofis. Bersebelahan dengan tangga untuk SR naik ke lobi, ada gerai jual pelbagai jenis air. Ada dua lelaki muda yang berniaga di gerai tu. Dua-dua laung-laung panggil SR.

"Sorry, dik. Akak tak bawa duit." SR cakap elok-elok. Bukan tipu, memang SR tak bawa duit. SR tak pasti gerai dia ada method cashless atau tidak. Lagi pun, SR rancang nak ambil air di penapis air sahaja masa makan.

"Sini, kak. Sini. Kitorang belanja!"

"Eh, tak apalah dik." SR malu-malu jebon.

"Sinilah Kak! Kitorang serius ni!" Bersungguh dua pemuda tu panggil SR. Dalam malu-malu, SR pun mendekat.

Diorang hulurkan secawan air soya macam gambar yang SR letak di atas tu.

"Akak transfer ya," kata SR.

"Jangan Kak, kami niat nak belanja Akak. Akak janji, doakan kami murah rezeki sahaja ya!" Tersenyum-senyum mereka berdua. SR pun tersengih-sengih macam kera dapat bunga menyambut air soya tu.

"Semoga murah rezeki dik." Ujar SR.

"Amiinnnn! Amin Kak, amin. Orang kata doa seorang guru ni senang makbul. Moga makbul doa akak."

SR turut mengaminkan sekali lagi sebelum beredar. Bercampur-baur perasaan SR. Teringat-ingat kata-kata diorang berdua. 

"Doa seorang guru itu senang makbul."

Itulah. 

Mereka berdua bukan sekadar bagi SR secawan air percuma. Tapi macam bagi SR peringatan juga tentang kena sentiasa beringat dalam berkata-kata, terutama pada anak didik. Seharusnya kena selalu keluarkan kata-kata yang baik buat mereka.

Terima kasih adik berdua. 

SR memang tak ingat langsung muka mereka, tapi terkesan sungguh kisah secawan air soya ni pada SR.

Semoga murah rezeki kamu berdua sentiasa. Amin.


Baca juga:



Post a Comment

5 Comments

  1. Kedudukan seorang guru sangat mulia. Jasa mendidik anak bangsa. ;)

    ReplyDelete
  2. Suka juga minum air soya, lebih² lagi di bulan Ramadhan.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah rezeki... both utk SR dan mereka...

    ReplyDelete
  4. sedapnya air soya..sy klu xmsk bln puasa mmg xjumpa air soya proses sendiri..klu jumpa pun yg dalm kotak or botol jer..:)

    ReplyDelete
  5. Aamiin.. Aamiin.. Semoga bertambah-tambah rezeki mereka..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.