Melawat Muzium Automobil Nasional di Sepang

#throwback

Assalamualaikum wbt

Pertengahan November 2022 yang lepas, SR dan zaimi bawa anak-anak melawat ke Muzium Automobil Nasional atau National Automobile Museum yang terletak di Sepang, Selangor. Lokasi muzium ini berada bersebelahan dengan Litar Antarabangsa Sepang. Semasa kami keluar dari kereta ketika sudah parkir, memang boleh dengar dengan sangat jelas deruman enjin kereta yang sedang berlumba di litar. Tapi masa tu SR tak pasti pula siapakah yangs sedang berlumba sebab masa kami ke sini, bukanlah musim perlumbaan F1.

Kami ke sini pun sebenarnya sebab memang sudah alang-alang ada di Sepang, yang kami menginap di Bell Suites tu. Jadi, why not kan?


|Post ini banyak gambar|

Mungkin masa kami ke sini, bukan musim F1, orang pun tak ramai, kami dibenarkan parkir berdekatan dengan pintu masuk Muzium Automobil Nasional ni. Memang tak jauhlah kami berjalan selepas itu. 


Sebenarnya SR juga baru tahu yang untuk masuk ke Muzium Automobil Nasional ni, tiada bayaran yang dikenakan. Masuk adalah percuma gais! Cuma perlu tulis nama dalam buku pelawat sahaja. Selama ini SR sangka adalah sejumlah bayaran yang dikenakan, rupanya tak ada. Yeay!


Muzium Automobil Nasional ini dibuka setiap hari, bermula jam 9 pagi sehinggalah 5 petang. Muzium Automobil Nasional hanya ditutup pada Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji sahaja rupanya. Peraturan yang biasa sahaja, tidak boleh bawa masuk haiwan dan makanan serta minuman, juga tidak dibenarkan merokok dalam kawasan muzium. Simple sahaja rules nya kan? Tak kan tak boleh patuh, kan? 😊


Sebaik sahaja zaimi selesai tulis nama dalam buku pelawat, kami pun memulakan tour kami dalam Muzium Automobil Nasional ni. Sudah namanya Muzium Automobil Nasional, jadi memang kami harapkan dapat tunjuk banyak dan macam-macam jenis kereta pada anak-anak.



Kami mula berjalan di aras bawah dahulu. Di aras bawah ni, banyak poster dan maklumat yang ditampal di dinding muzium. Kereta pun ada beberapa buah sahaja. Tapi, semua kereta yang dipamerkan di aras bawah ni klasik, unik serta ada sejarah mereka yang tersendiri.


Ada kereta yang pernah dimiliki oleh orang besar dalam negara, ada juga kereta yang diperbuat badannya dari kayu! Memang unik. Di aras bawah ini juga ada auditorium. Kebetulan masa kami sampai, lampunya terpasang. Amir dan ayu asyiklah nak masuk dalam tu. Geram SR! 

Orang ajak dia tengok kereta, dia teruja masuk dalam auditorium pula! Sudahlah bukannya ada ditayang apa-apa video pun. 

Hai lah anak-anak, semudah itu terhibur!




Banyak kan kami bergambar dekat kereta MG TD ni? Sebabnya, sejujurnya, kami macam jadi blur dekat area yang ada pamer kereta MG TD warna merah ni. Nak jalan ke depan lagi, macam dah nampak pintu keluar. Jadi blur sampai tak teringat dekat atas pun ada lagi pameran. 

Kenapa jadi blur?

Sebabnya, dekat situ ada ramai gilaa pelancong dari China yang tengah duduk di sekeliling kereta Ford Speedster. Bagi SR, kecewalah juga masa tu. Sebab Ford Speedster yang ada tu sangat unik. Dari tempat duduk, sampailah enjin dia kena dikayuh dengan tangan tu. Tapi tak dapat nak bergambar depan tu betul-betul.

Itu yang stuck lama dekat kereta MG TD tadi. Niat macam nak tunggu pelancong ni semua pergi. Tapi rupanya tak. Memang diorang lepak saja dekat situ. Kisahnya, Mak Cik Guard bagitahu, bas yang bawa diorang ni semua sedang dibaiki. Kebetulan rosak masa diorang melawat muzium ni.

Aiseh.



Kalau perasan, dekat bucu bawah belah kiri gambar di atas ni, ada telefon bimbit. Haa itu salah seorang pelancong tu lah. Tak adalah sekelumit dia rasa nak bangun ke, mengensot sikit ke tepi ke, masa kami nak bergambar dekat kereta sebelah Ford Speedster tu. 

Apa boleh buat. Kami pun malas nak bising-bising. Tangkap sajalah gambar setakat yang boleh.


Lepas dah berjaya juga nak bergambar secara aman dengan Ford Speedster tu, kami pun move on. Kami patah balik ke belakang sikit dan bergambar dengan kereta-kereta klasik yang lain. 


Sekali-sekala SR menyamar menjadi dugong yang terdampar



Unik betul rupa badan kereta Jaguar D-Type ni kan? Nampak macam ikan. Ada pula seketul corak bulat warna putih tu. Sekali pandang dah macam bendera PAS. Eheheh!


Brushmobile ini pun antara yang anak-anak SR teruja. Sebab badan kereta dia diperbuat dari kayu. "Touted as the "Everyman's Car", Brush designed a light car with a wooden chassis." Tayar dia pun halus macam tayar motor sahaja. Zaman tu siapa sahajalah yang ada kereta kan. Orang yang ada kereta ni mesti bangga sebab dia ada kenderaan yang lain dari lain. Inilah lambang kayangan orang zaman dulu.




Austin Healey ini pun cantik juga. Lembut saja warna birunya. Terbayang kalau zaman dulu kala, naik kereta ni, dengan tak pakai tudungnya, mesti rambut mengerbang ditiup angin. Agaknya sebab tu orang dulu-dulu naik kereta, dia ikat skarf di kepala.





Alvis Firefly Tourer ni adalah kereta terakhir yang kami tengok di aras bawah. Sengaja buat lambat-lambat, dengan harapan pelancong tadi beredar. Tapi nampaknya memang tidak. Jadi kami terus sahaja naik ke aras dua.


Sampai saja di aras dua dengan menaiki tangga, terus nampak pameran DRB-Hicom. Kalau yang rajin membaca, banyak maklumat tentang pencapaian mereka ditampal di dinding. Bolehlah luangkan masa untuk membacanya. SR tak sempat nak membaca mana. Lebih nak meronda dengan anak-anak.



Di aras dua ni, lebih tenang tapi kereta dan pameran juga lebih banyak berbanding di aras bawah tadi. Cuma, kereta dan motor yang ada di atas ni, masih ada dan boleh dilihat di jalan raya. Jadi kami meronda dan melayan persoalan anak-anak sahaja di atas ni. Tangkap gambar pula memang sudah semestinya.



Kalau ada yang perasan, di belakang SR tu ada lampu isyarat. Lampu tu warnanya berubah-ubah, macam traffic light dekat jalan raya yang sebenar. Amir sangat teruja tengok traffic light tu. Dia siap kata, "Amir paling suka traffic light tu dalam muzium ni. Sebab amir dapat berdiri depan dia. Selalu dalam kereta, bila hijau je dah kena jalan!"

Eh ke situ pula anak SR yang sorang ni hahaha! Punya banyak kereta, traffic light pula yang dia suka tengok.



Selain kereta, ada juga dipamerkan motosikal-motosikal. Antaranya Modenas Kriss. Teringat di zaman awal-awal kemunculan motor Kriss ni. Kawan-kawan sekelas SR masa tu sibuk bercerita yang ayah masing-masing pakat beli Modenas Kriss ni. SR dengar sahajalah, sebab abah SR tak berapa gemar bawa motor masa tu.



Motosikal Jaguh ni pula mengingatkan SR pada arwah pak cik SR, iaitu Pak Tam. Arwah dulu ada motosikal Jaguh ni. Dapat jugalah SR naik beberapa kali masa tu. Seronok sebab motor tu besar kan. SR kan peminat Awie dari dulu. Peminat Awie mesti tahu yang Awie kan selalu bawa motor besar. Jadi bila Arwah Pak Tam SR ajak naik motor Jaguh dia, korang rasa?

Tak ke terus SR bertukar jadi Erra Fazira dan Ziana Zain? Terus feeling feeling tengah naik motor dengan Awie. Hahaha!

Bongok pula bila dikenang-kenang balik. Terima kasih banyak pada Arwah Pak Tam sebab sudi bawa SR ronda-ronda masa tu dengan motor dia tu.


Dan yang paling menggamit kenangan adalah pameran Perodua, terutamanya Perodua Kancil. Ahai sangatlah comel si Kancil. Memang masa awal-awal Kancil ni keluar dulu, menjadi kegilaan orang ramai juga. Hampir semua orang ada kereta Kancil kan. Termasuklah abah SR. Dia beli Kancil warna oren. Bila SR dah masuk UMT, abah bagi kereta Kancil Oren tu pada SR. 

Lama SR pakai Kancil oren tu. Sampailah beberapa bulan pertama SR mula bekerja di Kuala Pilah dulu. Bila diingat-ingat, terer juga SR drive kereta manual punyalah merata-rata! Hebat sungguh masa tu. Dengan bukan power sterengnya! Sekarang ni entah-entah asyik mati enjin kot? Hahaha!


Kancil, kereta yang pernah mencetus fenomena dalam negara


Kalau Kenari ni pula, SR teringat pada iklan Erra Fazira bawa Perodua Kenari di TV dulu. Masa tu Erra rambut pendek. Tapi ramai orang gelak pada Kenari sebab rupa dia agak kelakar sebab tingg, dan lampunya bulat-bulat.

Tapi dah lama-lama tengok, okey aje Kenari ni. Walaupun tak secomel Kancil dan Kelisa, tapi not bad juga.


Ada juga kereta Bufori di aras dua ni. Tampak mewah dan bergaya sekali kereta-keretanya. Mesti bukan sebarangan orang yang pakai Bufori ni.


Dah habis ronda dan bergambar, kami pun turun dan menuju ke pintu masuk Litar Antarabangsa Sepang tu, nak tunjuk dekat anak-anak. Dari pintu pagar tu, memang tak nampak pun siapa yang tengah berlumba dari tadi tu. Bunyi memang masih kuat mengaum dan menderum.


Jadi zaimi pun cubalah cari pagar yang boleh nampak ke litar. Akhirnya ada, kami berhentilah sekejap, nak tunjuk dekat anak-anak yang ada kereta sedang berlumba dekat dalam. SR tak pasti perlumbaan apa, tapi ada macam-macam jenis keretalah. Bukan sejenis sahaja. Tengoklah dalam beberapa minit, kemudian terus gerak ke Pantai Bagan Lalang untuk minum-minum.


Sampai di Bagan Lalang, tak lama pun kami di sana. Panas tengahari, serta orang pun agak ramai. Kami minum air kelapa dan makan keropok lekor sahaja. Tengok-tengok pantai sekejap, terus gerak balik ke rumah.

 

Tamatlah Mini Staycation kami di Sepang pada hujung minggu tu. Moga ada rezeki untuk Staycation lagi dengan anak-anak selepas ini. 😁

+++

Baca juga:

Post a Comment

18 Comments

  1. Sseronoknya...nanti boleh la bawak anak tiri SA dan Dania jenjalan Sepang...banyak tempat best rupanya...budak2 suka ni tempat2 macam ni...masuk wishlist la nanti..

    ReplyDelete
  2. Xtau pulak kewujudan muzium ni... budak laki mmg suka ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak Mim, adam dan amir teruja ke sini :D

      Delete
  3. Tahniah kerana menjadikan muzium sebagai destinasi pelancongan keluarga anda.. 😀

    ReplyDelete
  4. bagus tul..byk boleh belajar kan. unik2 betul kereta kat situ & boleh posing2 ngan keta2 dulu...nice

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, cuma tak dapat masuk je dalam kereta2 tu hehe

      Delete
  5. Terima kasih SR kongsi cerita tempat ini. Mrs. A tak tahupun kewujudan muzium otomobil ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrs A bukan yang pertama, rupanya ramai tak tahu tentang muzium automobil nasional ni. Depa kena buat promosi lebih ni! Hehehe

      Delete
  6. Seronok juga bawa anak2 ke sini kan SR?! Cantek2 unik keretanya.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, cuma agak sempit ruang legarnya. Tapi kalau tak ramai orang tak jadi masalah :D

      Delete
  7. kenapa tak tau tentang muzium ini yang best, mesti besti kalau bawak Aiyan ni. Aduhla sudahnya depa melepak dekat tepi kereta situ ye, nak bergambar pun payah dah

    ReplyDelete
  8. Wah! Menarik ni.... nak gi jugak lah!

    ReplyDelete
  9. nampaknya sy kena ke sepang dululah baru boleh ke muzium ni. menarik!

    ada sebahagian kereta antik dan klasik tu sy pernah jumpa ms pegi KLIMS 2018 dulu.

    bgs jg muzium ni sbb pamerkan sekali kereta nasional agar generasi akan dtg boleh berbangga yg negara punya kenderaan sendiri

    ReplyDelete
  10. Bertambah lagi tempat untuk bawa anak-anak berjalan.. tq SR..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.