Suasana Dalam UiTM Kuala Pilah #2

Assalamualaikum wbt

LT UiTM Kuala Pilah

Ikutkan tak nak update. Asyiklah kata SR busy, macamlah orang lain tak sibuk bekerja kan. Haha. Tapi update lah juga. Tengok PV pun bukan main drop sejak SR sibuk sehari dua ni gais. Sedih SR.

Busy sebab dah masuk hujung semester. Pelajar UiTM tahulah, week 14 memang horror sikit. Pelajar busy cara pelajar, pensyarah ni pening cara pensyarah. Pelajar buat assignment ramai-ramai pun stress, bayangkan pensyarah nak semak assignment dan ujian beratus pelajar 😂
Itu yang rambut pun makin lama makin tak hitam dah.

Alang-alang tu SR belanjalah 1 gambar pemandangan dalam Kampus Kuala Pilah. Yang dalam gambar dekat atas tu adalah Lecture Theater atau di sini lebih dikenali dengan LT. Pejabat SR betul-betul sebelah LT tu. 

Itu yang kalau dah tepu, SR memandang ke luar tingkap, nampaklah manusia berjalan ke sana ke sini. Minggu ni ramailah pelajar dan pensyarah bergambar dekat depan LT tu. Dah hujung semester kan.

SR? Semester ni tak ada pulak pelajar ajak bergambar dekat mana-mana kecuali dalam makmal hari tu aje. Sobs...

Sedih? Dia tak adalah tak sedih. Tapi bukanlah tak sedih sangat. Dia macam, bluwekk. (Tiru ayat Sharnaaz dalam suamiku Encik Sotong! Haha) Tak adalah, tak sedih pun. Semua tu bergantunglah pada pelajar kan, bukan perkara wajib.

Haaa! Susur gajah tu lah yang penuh daun kering. Haha! Teringat SR ada yang komen berkenaan daun kering tu dalam entry INI. 

Daun kering tu banyak, SR tak dapek nak tolong sebab cukuplah SR dan rakan-rakan pensyarah lain dah turut buat kerja pengkeranian dalam Pusat Pengajian, rasanya tak perlulah sampai daun kering pun pensyarah nak sapu kan? Amboih. Hihi

Take care gais 🤍

Jemput tengok post ini juga ya! 😊👇👇

Catat Ulasan

10 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Sy pun xde bergambar dgn student sem ni 😂😂 entahlah xde mood.. habis sem habis mcm tu je.. mungkin sbb pertengahan sem dlu bz sgt sampai kacau bilau pdp tu yg jd x semangat dh bila sampai hujung sem

    BalasPadam
  2. Wak takpernah sampai uitm Kuala Pilah ni
    Kalau uitm shah alam pernahlah sebab ada anak yang belajar kat sana dulu

    BalasPadam
  3. caiyok caiyok...MA lega dah, dpt la relax seminggu dua ni sebelum mula balik busy nya nanti

    BalasPadam
  4. Tak pernah masuk UiTM Kuala Pilah.. Tapi kehidupan student dan pensyarah ni kalau di Uni, memang ada 1001 cerita masing2 kan... Susur Gajah.. Kami di Politeknik pun panggil susur gajah,.. pastu masing2 duk reka cite la kenapa susur tu dipanggil susur gajah

    BalasPadam
  5. alahaiiiii Sr ni ahkak gurau je lah pasal daun kering tu banyak atas bumbung. Takkan le nak panjat tangga pi bersihkan bumbung.....jenuh weiii. Rasanya kampui UITM Kuala pilah ni lokasi baru ke dah berjaman wujud. alolo ketinggan erl sungguh ahkak ni. Apa pun selamat bertugas

    BalasPadam
  6. nampak mendamaikan je kampus uitm kuala pilah ye SR

    BalasPadam
  7. dah hujung2 semester ya... patutlah nampak lengang

    BalasPadam
  8. anak sy belajar di UiTM Machang...tp sem ini dia skip sbb masalah kesihatan. Bln Mac ni sambung balik. Harap dia sempat pulih.

    BalasPadam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad