Jaga Amir Dalam Wad

Assalamualaikum wbt


Malam tadi adalah malam kedua amir tidur di wad. Sebenarnya, amir masuk wad ni adalah pengalaman pertama SR dan zaimi menjaga anak yang masuk wad. Jadi kami agak janggal dan blur. Tapi atas bantuan ejen insurans dan pihak hospital, kami dah semakin faham.

Jutaan terima kasih juga SR ucapkan pada semua kawan-kawan blogger yang singgah dan mendoakan kesembuhan buat amir di ruangan komen, juga pada kenalan dan saudara-mara yang mendoakan dan bertanya khabar melalui Instagram, Facebook dan Whatsapp.

Amir sebenarnya dijangkiti oleh influenza B. SR pun tak tahu dia dapat dari mana. Setakat ini, dan harapnya memang tak akan kena terus pada adam dan ayu yang masih sihat. 

Asalnya amir demam pada hari Sabtu malam Ahad. Hari Isnin masih belum kebah, ke klinik lagi, kali ni dapat antibiotik. Sampai ke Selasa, masih demam dengan suhu yang tinggi dan batuk. Jadi pagi-pagi Rabu terus bawa ke hospital.

Sah positif influenza B, dan perlu warded, bilik single. Malam semalam zaimi temankan dulu. SR ke kampus pada hari Khamis dengan adam dan ayu. Hari khamis tu juga ada meeting untuk exam, wajib. Itu masuk juga ke kampus. Pagi tu juga wajib pulangkan buku teks sekolah amir, kalau tak, tak dapat buku teks darjah 2. 

Aduhai... memang kalut SR semalam. Mood memang kelaut. SR asyik bengang aje semalam. Lepas maghrib, SR pula masuk shift jaga amir. Zaimi balik tidur di rumah pula. nasib baik jugalah hospital ni tak jauh dari rumah kami. 

Bermalamlah SR dengan amir berdua di wad. 

Pemandangan dari tingkap bilik Amir

Alhamdulillah, demam di dah kebah. Cuma batuknya masih tak berapa okey. Kahak masih banyak. Beberapa jam sekali dia masih kena ambil gas. Bila dah ambil gas, dia menggigil. Makan pun tak berapa selera. 

SR paksa jugalah dia makan dan minum, sikit tapi kerap. Risau nanti jadi masalah lain pula. Tadi pu tekanan darah dia tinggi dan dia dah berdebar-debar laju.


Usah kata amir, SR pun tak berapa lalu nak makan, last makan tadi, nasi lemak yang zaimi hantarkan pada SR pagi tadi. Nasib baiklah sedap sambal ayamnya.


Ada juga kerja nak kena buat hari ni. SR sepatutnya kena menilai presentation pelajar Latihan Industri. Nasib baiklah zaman dah maju kan, Google Meet boleh diguna di mana-mana, tak semestinya kena ada di pejabat. Jadi, selesailah menilai pelajar LI di sebelah katil amir sahaja.

Okeylah, nanti SR cerita lagi. 
Sebenarnya banyak yang SR nak cerita tau, banyak entry draft. Tapi tak ada mood nak mengarang sekarang. 

Semoga Amir Zahari dan semua anak-anak SR sihat sentiasa. Begitu juga dengan SR dan zaimi, serta semua yang mendoakan kami...  Aminn...

Post a Comment

12 Comments

  1. Tentu tak selesa. Semoga Amir cepat sihat dan sambung berehat di rumah ya.

    ReplyDelete
  2. Get well soon Amir.. Anak ketiga saya pun sedang Deman sekarang.. nak makan ubat bukan main susah lagi

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah amir semakin sembuh moga segera pulih sediakala

    ReplyDelete
  4. Allahu...memang la risau bila anak2 x sihat, sampai warded lagi...alahai. moga amir cepat sihat & cepat2 leh balik rumah.. SR pun..take care ...caiyok caiyok!

    ReplyDelete
  5. Semoga anakanda lekas sembuh. Syaz pun jaga diri juga ya.

    ReplyDelete
  6. Semoga amir cepat sembuhnya
    Aamiin

    ReplyDelete
  7. Lepas ni syaz mesti ada idea nak tulis buku bertajuk, "Cerita2 Seram di Wad..."

    ReplyDelete
  8. Nasib baik adam dan ayu x berjangkit.. bkn ke kalau influenza kena kuarantin 5 hari ke? Apapun semoga cpt sihat ye amir.. begitulah kalau anak warded mmg kelam-kabut sikit nk adjust dgn rutin harian kita.. take care jugak syaz dan zaimi

    ReplyDelete
  9. kesian lahai kalau anak tak sihat ni, yelah tengok tak sihat kan mana la lalu nk makan abg Mir tu, rindu jugak dia ngn Adam dan Ayu jugak kot tu kan

    ReplyDelete
  10. Salam hospital ye...alahai..kesiannya Amir...kena Influenza B memang batuk akan jadi teruk...lepas amik gas tu dia gigil sebab antibiotik tu SR..sama macam SA...

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.