Menjadi Model Make Up Artist Ayu

Assalamualaikum wbt

#throwback

Ayu the Little Make Up Artist

Pada yang masih ingat, SR pernah cerita tentang pengalaman SR beli alat solek dari TikTok secara bundle. Boleh tengok di post INI. Dan masa tu, sebab barangan make up tu memang banyak, banyaklah si ayu cukai! Banyak yang SR bagi pada dia untuk dia main-main make up.

SR letakkan semua eyeshadow palette, lipstick, eyeliner, blusher, make up brush, blender dan semua yang dia nak, dalam satu beg. Sekarang memang dia kalau rasa nak main make up make up, dia akan ambil beg tu dan lambakkan untuk dia main.

Selamatttt barang make up SR. Ayu dah tak kacau lagi. Haha!

Jadi, adalah masa masanya yang SR kena tadah muka SR untuk dia make up kan kalau dia dah bosan make up muka dia sendiri. Contohnya macam gambar dekat bawah ni.

SR lepas tadah muka. Tengoklah celak tu!

Sambil tadah muka, sambil dengar dia menyembang, Anak perempuan suka sangat bersembang tau. Beza sungguh dengan anak lelaki. Anak lelaki pun bersembang, tapi tak adalah sebecok anak perempuan.

Jadi sambil tangan dia bergerak make up kita ikut segala imaginasi dia, kita pun layankan ajelah apa yang dia ceritakan tu.


Cantik tak hasil kerja ayu? Hahahah! Sampai ke dagu dia letak blusher. Mata tu sebenarnya berlapis-lapis eyeshadow dia letak. Siap cuba lukis wing guna liquid eyeliner lagi. Pipi tu dia siap tenyeh highlighter bagai.

Dah siap make up, ayu siap paksa SR tangkap gambar. Ha marilah, hasilnya adalah gambar di atas.

Ayu... Ayu...

SR layankan ajelah, manalah tahu berkembang pula bakatnya jadi macam MUA Bellaz ke kan 😂 Al maklumlah kan berangan itu percuma!

Post a Comment

4 Comments

  1. ha ha .. bukan main dia main make up make up yer.. adoi la

    ReplyDelete
  2. ini yang seronok kan..SA pernah jadi mangsa Dida...tengah nyenyak tido dia mekapkan SA....memang kelakar la muka SA masa tu...hahahaha....bagus untuk SR dan Ayu, bonding mama daughter...kena prektis lagi tu Ayu...practice makes perfect kan..

    ReplyDelete
  3. kene asah lagi bakatnya ni ayu, gogog cayok

    ReplyDelete
  4. kalau anak ammi yg no. 2 tu yg kuat nyembang dari kecik sampai skrg. siap adik ipar pinjam dia buat teman drive balik kampung

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.