Cukur Rambut Bayi Sendiri

Assalamualaikum wbt

#throwback
#2015


Terjumpa pula gambar-gambar amir masa dia baru lahir. Amir ni memang anak SR yang rambut dia sangat lebat masa lahir. Sudahlah lebat, tebal dan kusut pula tu! Zaimi pula memang dari anak sulung kami, adam, dia yang cukur rambut anak sendiri.

Memang zaimi akan cukur rambut bayi kami masa umur baru beberapa hari. Sebab masa tu anak tak boleh gerak leher dia lagi. Senang nak handle. Tak susah pun, hanya perlukan sikat, gunting, pisau cukur yang cukup tajam dan semangkuk air untuk memudahkan cabut rambut dari pisau cukur tu.

Baringkan aje baby atas tilam, lapik tilam getah. dan cukur.


Guna sikat dan gunting dulu sebelum cukur

Selalunya tak lama pun proses cukur rambut anak tu. Zaimi buat dalam 30 minit aje. Selesai. Anak-anak SR pula memang tidur aje sepanjang proses ayah diorang cukur kepala tu.

Tadaa! Dah botak!

Lepas tu, kumpulkan rambut tu untuk ditanam. Mandikan baby kita tadi macam biasa. Maka botaklah dia. Hehe... Cukur tu untuk rambut baru pula keluar, rambut dalam perut kita buang dulu. Lagipun ianya sunat.  😄


Adam pura-pura pangku amir masa ambil gambar ni. Adm pun baru 2 tahun lebih sikit aje masa tu, memang tak akan benarkan dia angkat amir sendiri. Dia pun sayang betul dengan amir. Walaupun sekarang ni amir dah besar dan selalu bergaduh bertumbuk main lawan-lawan dengan adam, boleh nampak yang adam sangat sayangkan amir.

Amir adalah bestfriend pertama abang adam 😘



Amir dan nenek SR

Seronok tengok gambar-gambar baby. Tapi nak tambah baby, adudududu...
Hahaha!

Kita throwback ajelah yang terdaya 😉

Post a Comment

5 Comments

  1. Alhamdulillah bapa mihali comeynya amir

    ReplyDelete
  2. Part cukup rambut baby memang kena serahkan ayah kan

    ReplyDelete
  3. alahai comeinya.... suka baby botaks..senang nak urus & x panas kan..
    Ian je botak tu pun masa dah 3 bulan kot, pak ngah yg cukur kan..Daddy nya x berani.. ayah MA pun x biasa.. Iris pun MA nak botak kan la... Daddy dia kata x payah, girl katanya...

    ReplyDelete
  4. ammi pun daya nak tgk jelah gambar baby

    ReplyDelete
  5. Wah! Tangan steady je boleh buat kerja ni....

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.