Adam 10 Tahun

Assalamualaikum wbt


Entah ke mana perginya 10 tahun sejak dari hari SR menahan sakit untuk bersalinkan seorang anak bernama Adam ini. SR masih boleh bayangkan sakitnya hari kejadian. Masih segar dalam ingatan SR, sepanjang 9 bulan mengandungkan dia, SR asyiklah berulang ke klinik kesihatan untuk check up, sebab SR ada kencing manis. Belum kisah cucuk-cucuk insulin hari-hari sendiri!

Dan tiba-tiba, anak itu dah berumur 10 tahun.
Alhamdulillah, 10 tahun sudah SR menjadi seorang emak.

Anak itulah yang selalu menjadi 'trial set' dalam parenting bersama zaimi.
Semuanya bermula dengan dia.

Adam seorang anak yang sangat memahami SR. Dia boleh baca bila SR akan berubah jadi hijau. SR selalu dengar dia hint amir dan ayu bila yang dua ketul tu dah over the limit 😂
Lepas tu slow je dia cakap dekat adik-adik, "Dah lah, nak mak marah ke. Dah lebih-lebih ni."
SR buat tak dengar sebab tak nak nampak terlalu ketara yang SR perasan dia perasan.

Masa SR peluk dia dan ucapkan selamat hari lahir yang ke 10, SR menangis.
Dia pun peluk SR kuat-kuat.

SR menangis sebab SR gembira dia dah 10 tahun, dan sangat mengharapkan dia akan terus maju jaya ke depan. SR terharu sebab dah 10 tahun SR besarkan dia, dan 10 tahun SR galas tanggungjawab sebagai seorang emak.

Mungkin ada yang kata, alah... baru 10 tahun.

Ya, singkat bagi orang lain. Tapi bagi SR yang kasar dan tak pandai handle budak kecil di zaman awal-awal usia dewasa SR dulu, SR tak sangka yang SR rupanya boleh!

Mata bengkak sebab menangis peluk adam

 Hanya kepada Allah sahaja SR berserah untuk kelancaran urusan SR dan suami menguruskan anak-anak kami yang diamanahkan ini.

Moga membesar menjadi anak-anak yang soleh semuanya. Semoga adam sentiasa menjadi contoh yang baik buat adik-adik. Semoga sihat dan kuat selamanya!

Amin!

Post a Comment

6 Comments

  1. Selamat Hari lahir Adam...semoga membesar menjadi anak yang soleh dan menjadi kebanggan ayah dan emak...

    ReplyDelete
  2. Happy birthday kepada Adam. Tumpang terharu baca kisah SR. Anak² memang cepat membesar. Semoga Adam jadi anak yang soleh dan beroleh kejayaan dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  3. Our first born ni mmg special kan ... We learn a lot from them...
    Happiest birthday to you Adam. Keep being a good son and may Allah shower you with his blessings and protect you always 🤲

    ReplyDelete
  4. Dah ada girlfriend dah? Macam dah ada je?

    ReplyDelete
  5. Sanah helwah Adam.
    Tempoh masa bersama anak-anak sebenarnya sangat singkat.
    Apabila mereka dewasa dan berjauhan, ubat rindunya adalah kenangan zaman kanak-kanak mereka.

    ReplyDelete
  6. happy 10th birthday Adam..moga jadi anak yg soleh..aamiin

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.