Makan di Rumah Makan Perpateh, Senawang

Assalamualaikum wbt


#throwback

Lama betul SR peram entry ni. Plan nak update betul-betul lepas makan di sini. Tapi nak dijadikan cerita, malamnya kami makan di sini tu, amir demam teruk sampai kena warded, pada siapa yang masih ingat.

Jadi SR macam sedih pula. Bila nak update je, teringat amir warded. Hari ni baru SR rasa nak godek draft ni. SR pun agak busy dengan aneka perkara juga sejak kebelakangan ni. Mood untuk menulis di blog pun macam makin tawar aje. Jadi, SR tulislah slow-slow ye...

"Rumah Makan Perpateh, Citarasa Asli, Kekal Tradisi."

SR bukan buat paid review ya. Hanya nak cerita tentang pengalaman SR dan zaimi bawa anak-anak makan tengahari di sini masa tu. Hujung Januari 2023. Ya, anak-anak memang pakai baju tidur aje. Haha!

Sebabnya, pagi tu, pagi-pagi lagi zaimi dah bawa kereta SR untuk servis. SR pun ikut dengan kereta 1 lagi, dan lepas zaimi uruskan apa yang patut, kami tinggalkan kereta SR dekat Service Center, dan pergi ke Zemart.

Lepas pergi Zemart, kereta SR pun dah siap. Ingat nak balik terus, tapi rasa nak makan dulu. Itu yang anak-anak masing-masing dengan baju tidur lagi. Haha!


Masa tu adalah pertama kali kami masuk ke Restoran Rumah Makan Perpateh di Taipan, Senawang ni. Dia di Taipan 2. Tepi jalan aje, dulu dia Kedai Ulam Raja, sebelum tu lagi dia adalah kedai mamak Isa Maju.

Lokasi Rumah Makan Perpateh

Rumah Makan Perpateh ni berkonsep order dan hidang. Bukan masuk, ambik nasik, ambik lauk sendiri. Bukan. Kita masuk, duduk dan scan QR code untuk order.

Ya, macam kita order di Kenny Rogers atau Chicken Rice Shop mahupun Secret Recipe. Lepas scan, nanti dia akan bawa kita ke senarai menu. Kliklah menu apa kita nak order. Nanti, waiter akan hantar.



 

Restoran dia selesalah, sebab ada aircond. Cuma, agak sempit sedikitlah bagi SR. Sebab kami berlima kot. Tapi, okey aje. Tak adalah rasa stress sampai nak tarik rambut atau gigit kaki meja. Masih waras duduk dan order apa nak makan dan apa nak minum.

 


Ha inilah yang kami order masa tu. Tengok ni, rasa lapar pulak. Haha! Kami order daging salai masak lomak cili api, kangkung belacan (kot, lupalah), ayam kampung goreng dan telur dadar. Semestinya untuk makan dengan nasi putih panas-panas. Kena senduk sendiri masuk pinggan ya!


Tahap kepedasan dia okeylah, tak pedas sangat sebab anak-anak SR yang tak tahan pedas tu masih boleh makan. Sedaplah ceritanya. 




Kalau jalan-jalan Senawang, nak makan makanan Negeri Sembilan sambil ditiup aircond, bolehlah ke sini. Kot nak ambil gambar ke kan, deco dalam kedai dia cantiklah jugak. Cuma kami sekeluarga tak bergambar mana sebab masing-masing comot ๐Ÿ˜‚

Post a Comment

9 Comments

  1. Parkir dia pun nampak banyak juga... penting tu!

    ReplyDelete
  2. Baru pergi Senawang last week...tp pergi kenduri maybe nx time pergi bole try sini ..

    ReplyDelete
  3. Hehe bagus tidak pedas lauknya.

    ReplyDelete
  4. daging salai masak lomak tu buat kecur air liur
    memang feberzt kalau ke n9

    ReplyDelete
  5. deko kedainya nampak cantik dan baru, menu yg dihidangkan pun alahai sedap nampaknya

    ReplyDelete
  6. Kadang teringin nak JJCM N9 tapi tu la, husbnd kita kurang sikit masakan nogori ni, padahal ada jer lauk sambal ke kari ke kan.. Daging Salai tu la paling kita gemor.

    ReplyDelete
  7. Sedapnya daging salai masak lemak cili api. Tak pernah lagi jumpa restoran nasi campur yang kena order guna qr code.

    ReplyDelete
  8. Eh belah mana erk..kenapa SA macam x pernah nampk...hahahaha

    ReplyDelete
  9. Ha ok igt esok lunch nak try.makan sini

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.