Review Headset Gaming Cooler Master - Selesa, Rancak, Berlampu dan Ada Boom Mic!

Assalamualaikum wbt


SR beli headset baru hari ni, semuanya sebab telinga SR sakit bila pakai headset lama tu lama-lama. Entahlah, benda bukanlah perlu sangat, tapi SR rasa dah sampai masa untuk SR beli yang baru bagi memuaskan hati. Kikiki...
Jadi waktu lunch tadi, SR ajak zaimi pergi cari headset baru. Banyak tempat kami singgah, tapi akhirnya SR beli di Berdaya Gaming Bahau [Klik untuk direction ke sana]. 

SR beli headset jenama Cooling Master model CH321. Cucuk di desktop guna USB.

"Make It Yours." Ewah gitu tagline nya. Memang lepas aku beli, aku punyalah headset oiii... 
"Comfortable Gaming Headset with Boom Mic and RGB Logo"


Ringkasnya, SR kata dekat staff kedai tu, SR nak headset yang besar, agar telinga ditangkup penuh, bukan tersepit celah headset. SR nak yang wireless sebenarnya, tapi tak jadi beli, akhirnya ambil yang wired juga, sebab:

1. Mahal oi! Ada yang RM500, RM700... Menangis di bucu katil punya harga.
2. Connection mic kadang tak okey, dan ada yang tak ada mic.
3. Headset tu perlu dicaj. Hayat lepas caj pun tak pasti lama ke tidak.

Jadi proceed ajelah dengan yang wired jenama Cooler Master ni. SR siap cuba juga di kedai tu, okey. Telinga rasa selesa, bunyi okey. SR bukan nak guna main game pun, untuk kegunaan asas aje seperti dengar lagu dan meeting online. Lebih dari cukup sebenarnya spec headset Cooler Master CH321 ni pada SR.


Wayar dia panjang betul! Haha!

Panjang kan? Sesampai saja di office, SR terus cuba. Memang dasar tak reti sabar nak cuba barang baru kan, begitulah. Hehe... Bunyi sedap, ada bass. Gedebum gedebum bunyi lagu. Siokkk!



Di sebelah luar setiap headset kiri dan kanan, ada logo dia yang akan berubah-ubah lampunya bila kita tengah guna. Di hujung boom mic dia pun ada lampu merah menyala.Memang meriah dengan lampu yang berwarna-warna. Dah nama pun Gaming Headset. Barang-barang gamers kan selalunya memang dipenuhi lampu warna-warna. Sebelum ni SR juga pernah belikan amir mouse gaming, memang meriah berkelip-kelip! 

Dekat Berdaya Gaming Bahau tu tadi, memang ada macam-macam alatan komputer gamers ni, dari headset, CPU, keyboard, mouse... Semuanya berlampu warna-warni! Agaknya kalau amir ikut SR ke situ tadi, teruja ya amat la dia!

Oh ya, mic dia juga boleh lentur tau.


SR bukan saja-saja jugalah beli headset yang kena ada mic, sebab SR perlu buat kuliah online. Kadang-kadang, kena hadiri meeting juga secara atas talian. Kalau tak ada mic, susah pula nak bagi respons dalam mesyuarat tu. Kadang-kadang kalau taip sahaja respon di chatbox, orang tak nampak atau lambat baca.

Selepas dah siap guna, SR sangkutkan aje headset SR pada kipas meja. Bergaya sikit dia nak parking atas meja kan, walau ada masa-masanya meja SR punyalah sepah dan penuh dengan kertas-kertas. 


Tercapailah hajat SR nak beli headset baru. Asalnya nak beli yang biasa-biasa, tapi tiba-tiba terbeli yang gaming pula. Ahaks. Reward diri sekali-sekala. 

Dalam kotak turut ada manual guna headset

Zaimi pun dah 'bunyi' tadi, "Banyak dah reward diri sendiri bulan ni nampaknya. Cukup dah kot. Haritu dah reward diri dah dekat Freeport A'Famosa Outlet." 

Kikiki... Baiklah nanti SR kawal diri. SR ni bukan boleh terlepas juga, tak pandai window shopping aje, shopping dan menghabiskan duit ketika stress tu SR memang terer. 😝 Bukan apa, nanti duit dah menipis, dialah jadi mangsa dengar SR mengeluh dan bersedih-sedihan sebab dah tak tebal duit 😂

Siapa yang tinggal berhampiran Kuala Pilah, Juasseh atau Bahau, kalau nak shopping barang gaming, bolehlah ke Berdaya Gaming Bahau tu. Staf dia pun baik-baik, orang tak ramai sangat, parking pun ada. Dia berhadapan dengan Econsave Bahau. Okeylah itu sahaja. Bye gais, take care! 

Post a Comment

5 Comments

  1. Kalau akk pakai, org akn panggil akak Streamer gituuu...heheh

    ReplyDelete
  2. Teringat zaman dulu, guna diskman guna headphone. Tapi headphone kecik je.

    ReplyDelete
  3. ni meeting online, org sn berbisik pun boleh dgr ni hehe

    ReplyDelete
  4. Jauh sampai ke Bahau tu pergi dia. Biasanya macam tu lah, nak yang biasa biasa je kadang. Tahu-tahu terbeli yang lain. Tapi okaylah lebih bagus kan. Kita pun puas hati.

    ReplyDelete
  5. Wah.. mengancam headset ini.. Sha pun tenga mencari yang baru sebab yang lama da kurang fungsinya.. kikiki..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.