Berjuta Wanita Terjaga Pada 3.29 Pagi, Tanda Pre Menopause?



SUKAR tidur dan terjaga setiap jam 3.29 pagi? Sebenarnya anda tidak keseorangan, malah ramai yang menghidapi masalah sama.


Penyelidikan baharu Dunelm yang berpangkalan di United Kingdom (UK), mendapati, bahawa 3.29 pagi waktu paling biasa terutama dalam kalangan wanita yang menopaus terjaga daripada tidur.

Menurut kajian itu, tiga perempat daripada wanita di seluruh dunia yang mengalami menopaus dan pramenopaus mengalami insomnia menopaus.


Penyelidikan dikeluarkan sempena Hari Menopaus Sedunia, pada 18 Oktober lalu, mendapati lebih dua pertiga (69 peratus) wanita, menyatakan insomnia menopaus memberi kesan negatif terhadap kesejahteraan emosi mereka.

Selain itu, satu daripada dua (50 peratus) wanita tidak tahu cara menangani gejala menopaus, manakala 59 peratus memaklumkan mereka tidak bersedia untuk mengendalikan gejala dan separuh mengatakan tidak menyedari insomnia menopaus adalah perkara yang boleh berlaku kepada mereka.


Sebanyak 60 peratus wanita pula tidak tahu ada perkara yang boleh dilakukan untuk membantu insomnia dan kemudian tidur semula. Sebenarnya ramai yang melakukan aktiviti ketika terjaga daripada tidur hingga menjejaskan mereka untuk tidur semula.

Sebagai contoh, 30 peratus melayari media sosial dan 20 peratus menonton televisyen, manakala 17 peratus hanya melihat jam, menurut penyelidikan Dunelm. Pengasas bersama Pusat Menopaus dan Ahli Jawatankuasa Penasihat Perubatan Persatuan Menopaus British, Dr Clare Spencer, berkata, wanita menopaus boleh mengalami kesukaran untuk tidur. Malah, katanya, wanita juga payah untuk mendapatkan tidur yang sempurna sepanjang malam.



"Kajian menunjukkan bahawa tidur yang terganggu benar-benar boleh mengurangkan mood, menjejaskan emosi dan tumpuan.

"Gejala ini kemudiannya, secara langsung dan tidak langsung mempunyai kesan tersendiri terhadap pola tidur.

"Situasi membimbangkan ramai wanita yang terbangun daripada tidur kemudiannya menonton televisyen. Situasi itu sekali gus mungkin merangsang otak secara berlebihan yang akhirnya menjadikan mereka lebih sukar untuk tidur.


Teknik tidur

Teknik mudah untuk mendapatkan tidur yang baik adalah melakukan rutin harian dengan tenang dan sihat, mengamalkan atau mengosongkan minda ketika di atas katil bagi memastikan mereka dapat tidur dengan lena.

Atlet popular dari UK, Dame Kelly Holmes yang menyokong kempen itu, berkata: "Insomnia menopaus telah menjadi keadaan yang mencabar dalam pramenopaus saya, secara fizikal dan mental.

"Tidur malam yang nyenyak adalah elemen asas kepada kesihatan yang baik dan dapat berfungsi dengan berkesan, sama ada anda berada di rumah atau di tempat kerja," katanya.

Cara mudah, ada alat yang dicipta oleh Dunelm untuk membantu wanita tidur lebih lena mudah dipasang dan diharapkan dapat membantu wanita menopaus di seluruh UK untuk tidur dengan lebih lena.

SUMBER

Post a Comment

5 Comments

  1. erkk.. nak menopos ke? sbb selalu bgn nak buang air...hahaha...

    ReplyDelete
  2. Ingat masa arwah mak selalu ngadu jga malam dan tak tido. Masa tu tak faham tentang monopus ni hz hee tp skrg alhamdullah bila terjaga mlm, sbnya Allah kejut supaya solat tahajud

    ReplyDelete
  3. wah specific betul timingnya...3.29 pagi. setakat ni belum pernah lagi bangun time camni...tapi kalau time dedekat nak pukul 4.30 tu adalah sebab nak shishi

    ReplyDelete
  4. The smart ring health tracker is a cutting-edge wearable device that seamlessly integrates into daily life to monitor various aspects of health and wellness.

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.