Late Lunch di Anje Beriani

Assalamualaikum wbt


Cerita minggu lepas ni. Ke sana ke mari dengan zaimi, terlupa nak makan tengahari. Jadinya, kami pun singgahlah makan di Anje Beriani Cafe di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Mungkin sebab dah pukul 3 lebih, orang pun dah tak berapa ramai, parking lot pun banyak. Kalau tak, payah juga nak jumpa parking di sini.


Restoran Anje Beriani Cafe

Alamat:
13, Jalan 15/1c, Seksyen 15 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Nombor Telefon: 
017-5597060

Lokasi: KLIK

Let say ada yang senasib dengan SR, dah pukul 3 lebih petang tapi masih tak makan tengahari, dan tak ada idea nak makan dekat mana, bolehlah makan di Anje Beriani ni. Sebab nasi dan lauk dia masih ada, banyak tu tidak tapi tak adalah tinggal sisa-sisa aje dalam tray.

Berbalik pada cerita, kami pun ambil nasi beriani ayam. SR ambil Beriani berlaukkan ayam beriani, zaimi pula ambil lauk ayam masak merah. Asalnya SR nak air buah, tapi tak ada hari tu. Jadi SR order sirap bandung. Zaimi pula order bandung soda.



Disebabkan ada banyak meja available, kami pun pilih meja yang bawah kipas siling, dan ada juga kipas dinding yang menghala ke meja tu. Haha! Cuaca kan panas, memang kena cari tempat yang boleh mengurangkan panas.

Meh SR belanja sikit suasana dalam Restoran Anje Beriani ni.





Rasa nasi beriani masih sedap, sama macam pertama kali kami makan di sini lebih kurang 10 tahun yang lepas. Mungkin lebih lagi dari 10 tahun, sebab adam pun dah 11 tahun. Kami pertama kali makan di sini, masa tu zaman belum bertunang pun lagi. Haha!

Air dia memang manis, sesiapa yang tak tahan manis-manis, bolehlah bersedia dengan air kosong untuk ditambah. Air ada juga disediakan percuma jika tak salah SR lah. 

Di sini juga boleh bayar guna QR, jadi tak perlu risau kalau tak bawa cash.

Ada yang pernah makan di sini?

Post a Comment

6 Comments

  1. Beriani mmg lawannya Bandung Soda tuuu.

    ReplyDelete
  2. Fuhh menyelerakan .. sirap bandung tu kalau terlalu manis memang sedut takkan sampai separuh tinggal jerr . Tak pun minta air kosong

    ReplyDelete
  3. yum yum....nampak menyelerakan tu..alhamdulillah

    ReplyDelete
  4. sedapnyaaa nasi beriani
    bangi ss 15 ni sy jarang sampai...
    kalau SS1 tu kerp juga laa hehehehe

    ReplyDelete
  5. Bersih dalam kedainya. Patutlah macam familiar area ni, rupanya area dekat Petronas and Niosh tu.

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.