Sawah Padi Sekinchan Cantik Di Bulan Februari

Assalamualaikum wbt

#throwback


Okey ini bahagian akhir, SR janji! Tak habis-habis cerita pasal percutian kami sekeluarga ke Lumut, Perak pada cuti sekolah Februari yang lepas kan. Tak habis-habis kagum dengan lebuhraya WCE (The West Coast Expressway) tu. Haha! Pada yang tak baca lagi entry-entry berkaitan, bolehlah tengok bawah ni.

Sebelum ini, antara post blog SR yang agak selalu dapat pageviews, adalah post yang bertajuk Waktu Sesuai Untuk Ke Sawah Padi Sekinchan. Mungkin  sebab ramai juga yang mencari maklumat tentang bilakah waktu atau bulan yang sesuai untuk datang ke petak sawah padi di Sekinchan, Selangor ini. 

Yalah, kalau tersilap hari bulan macam SR hari tu (seperti SR cerita di post tersebut), masa kami datang, padi sedang dituai. Pemandangan tak lah secantik yang selalu ditularkan. 

Jadi, masa perjalanan pulang kami ke rumah dari Teluk Intan, kami memang lalu di Sekinchan, sebab itu adalah laluan WCE. Bila dah lalu, dah saujana mata memandang, maka lepas singgah solat, kami pun berhenti sekejap di sebelah petak sawah padi, berhenti secara rawak sahaja. Tak target pun koordinat mana-mana.

Terus parkir kereta di pinggir jalan, turun sekejap untuk hirup udara sawah padi menghijau yang segar, dan bergambar kenangan. Tuan petak sawah jangan risau, kami tak usik padi tuan. Hehe...



Padi belum berbuah lagi. Masih dedaun. Masih kecil lagi. Tapi tenang dan damai betul perasaan bila dah berada di tepi sawah padi. Terus berangan nak bina rumah atas tanah yang bersebelahan dengan sawah padi. 

Terus zaimi kata, "Boleh, tapi kena tahan nak hadap chali lah." Hahaha ya jugak kan. Ala, berangan aje pun kitorang ni. 

Berbalik pada persinggahan kami ni, adalah beberapa keping gambar kami snap, bolehlah simpan untuk buat kenangan dengan anak-anak.











Amacam, dak gomok SR ni boleh jadi model sawah padi tak? Kah kah kah...

Post a Comment

8 Comments

  1. CCL love sekinchan .. first time jejak kaki kat sekinchan ni kan rasa tenang dia lain macam . Walaupun kat perlis pun dh penuh jelapang padi. .tapi kat sekinchan tenang diaa lain macam .. tapi hsritu CCL pergi dah tengah musim menuaii . Tapi best juga .. next nak repeat lagi sekinchan

    ReplyDelete
  2. Datang Sekinchan ni kalau kena dengan musim padi menghijaunya memang best. Baru cantik permandangan. Baiklah, birthday bulan Februari boleh celebrate di sini. Terima kasih share.

    ReplyDelete
  3. Memang cantik sawah padi Sekinchan masa baru ditanam. Hijo je.

    ReplyDelete
  4. sawah padi yg menghijau...

    ReplyDelete
  5. dlu ada training kt sekinchan...ada bergambar kt tepi sawah yg menghijau cantik

    ReplyDelete
  6. hijau suasana mendamaikan padi seluas mata memandang

    ReplyDelete
  7. seronoknye kalau dpt tengok padi.. hilang segala tekanan..

    ReplyDelete
  8. SA ni je yang tak lepas- lepas pi Sekinchan..lepas raya nanti la kot..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.