Isi Blog Berubah?

 Assalamualaikum wbt



Tak pastilah ada yang perasan atau tak, tapi... SR sekarang dah kurang bercerita hal ehwal famili dan anak-anak di blog. Sebab SR dah tak ada hati nak berkongsi.


Kenapa?

Haa... Meh lah bagitahu sikit. SR dah tak nak sangat upload gambar atau cerita pasal adam, amir dan ayu, sebab adam.

Ya, sebab adam!

Kenapa?

Sebab dia banyakkkk peminat dekat sekolah. SR nak taip ni pun cringe rasa di jari. Adoi... Bila dia dah banyak peminat, budak-budak perempuan ni, gigih stalk medsos SR. TikTok, iG... habis diorang selongkar dan save gambar / video adam.

Haih... Sabar je lah.

Sebab tu lah dah jarang sangat up pasal budak-budak tu. Amir pun sama juga, dia masih tak ada isu peminat atau admirer, tapi dia ada seorang ustazah, yang selalu tanya dan ulas apa yang amir buat, yang SR up story di status Whatsapp dan sebagainya. Jadi, amir malu...

Mesti dia akan mengadu bila balik rumah, dan cakap, "Mak janganlah upload gambar amir, ustazah suka tanya-tanya... Amir tak suka bila dia cerita kat kelas."

Padahal, akitiviti biasa je, amir pergi kedai, amir naik kereta... tapi dia kecoh macam SR suruh amir menari tiang.

Quite annoying bila kepuasan upload gambar sebagai kenangan sendiri, diganggu-gugat macam ni.

Itulah...

Take care semua, SR kena stop dulu berkongsi hal kehidupan nampaknya.

Bacalah info2 je yang SR share ya hehe... Tata...

Catat Ulasan

16 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. kak mieja dah merasai seperti syazni rasa, sama sebiji ayatnya tu, bila anak-anak meningkat remaja dah berada di sek menengah masa tu kak mieja kurangkan menulis hal mereka....maka jadilah sendu blog 😅😅😅

    BalasPadam
  2. Tak bestnya bila terhad nak buat apa kita suka, lagi lagi bila diperhatikan orang lain. Moga2 akak bertabah ya

    BalasPadam
  3. Aduhai...Abadam dh ramai peminat ye...budak2 sekarang kan...amir mmg nampak karakter dia malu2 tu...takpe la SR asalkan anak2 happy kan...

    BalasPadam
  4. aduhhh risau kan, tak pe kita kongsi yang bermanfaat selit sikit2 pasal kegiatan family

    BalasPadam
  5. Alahai susah la macam ni kan kita share ada pulak orang mengulas.

    BalasPadam
  6. 𝑊𝑎𝑘 suka baca entri ini. Kadang-kadang kita memang akan lalui fasa perubahan dalam menulis. Apa pun gaya penulisan, yang penting kita ikhlas berkongsi. Teruskan menulis, 𝑊𝑎𝑘 akan terus jadi pembaca setia!

    BalasPadam
  7. Wah pemeslah adam
    Ramai peminat.
    Lagilah bila mereka tahu adam daripada kelurga terkaya di malaysia.

    BalasPadam
  8. Asalamualaikum..tak apa, berblog perkara kedua, the most realiti di hadapan..blog sebagai tempat menyimpan kenangan demi kenangan

    BalasPadam
  9. Kadang mod berblog akan hilang sebagaimana yang berlaku kepada Etuza

    BalasPadam
  10. Takpe... Gambar2 famili boleh letak kat IG je... sebab kat sana tu semua kawan2 yg kita approve. Blog ni open

    BalasPadam
  11. Ooo patutlah. Abadam ramai peminat rupanya. Amir pula lain kesnya. Macam tu pulak dah. Takpelah, share di ig dan private ataau sekat mana-mana akaun yang suspicious tu. Blog ni sangat open macam uncle Gedek komen tu.

    BalasPadam
  12. kak pun jadikan blog utk simpan pic kenangan keluarga mujur anak cucu xkomplen sbb ada gangguan masalah spt adam

    BalasPadam
  13. Akk perasan...ingatkan sebab kes orang salah guna gambar family SR hari tu...
    Takpelah, privacy tu yg utama. Nak² gambar² yg kita upload ni akan kekal selamanya di alam Maya ni. Kena tapis betul²

    BalasPadam
  14. Ibu faham SR krn pernah melalui fasa itu dulu.. Hampir bertahun² ibu langsung tak update blog sampaikan tahap ibu private kan blog.. Ikutkan sedih juga sbb dlu awalnya disinilah medan perkongsian keletah anak dan aktiviti keluarga. Tapi itulah bila dh mula ada stalker dan pengulas x bertauliah ni jd menyampah lah pula kan. Semoga yg baik² saja hendaknya ya.

    BalasPadam
  15. Betul juga tu... kesian pada anak anak kalau diganggu emosi seperti itu.. apa pun privasi dalam family lebih perlu diutamakan..

    BalasPadam
  16. Apa punya kepocilah ustazah tu.
    Mrs. A pun pernah alami gambar anak-anak si Along dan Adik tu kena bahan dengan kawan-kawan mereka. Sejak tu jarang up-load gambar dua orang tu tapi blog depa tak tahu heheee.

    BalasPadam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad