Rezeki Top Commentator Lagi!



SR rasa macam baru je SR update cerita pasal menang Top Commentator di blog Blogger Cie. Tup-tup, datang pula satu lagi rezeki dalam kategori yang sama. Kali ni daripada blog Kak Suria Amanda, atau mesra kita kenal sebagai SA!


Alhamdulillah. Rezeki orang rajin meninggalkan komen agaknya. Hahaha.


Hadiah Dari Kak Suria Amanda Dah Sampai


Hadiah dari blogger Suria Amanda



Hadiah Top Commentator Blog SA tu dah selamat mendarat ke tangan SR tadi. Bila buka parcel, alahai... cantiknya! Berbunga-bunga betul hadiahnya. Sama macam hati SR masa buat sesi unboxing tadi. 🌸😂 Comel kan?


SR memang suka benda-benda macam ni. Bukan semata-mata sebab dapat hadiah, tapi rasa seronok bila aktiviti blogwalking dan meninggalkan komen di blog kawan-kawan blogger tu rupanya membawa kepada satu kenangan kecil yang manis. Kita komen sebab suka membaca dan nak bertegur sapa. Sekali ada rezeki dapat hadiah pula. Alhamdulillah sangat!


Boleh Bawa Pergi Kerja Nanti

Tengok punya tengok hadiah ni, terus SR terfikir... Bolehlah SR jadikan ini sebagai versi untuk kegunaan kerja HBH nanti. Hahaha! Lagipun, kalau semuanya berjalan seperti dirancang, mulai bulan Oktober nanti SR akan kembali masuk kerja. Jadi bolehlah hadiah comel daripada SA ni menemani hari-hari SR selepas kembali bekerja nanti.


Sekurang-kurangnya bila nampak benda berbunga-bunga ni, boleh teringat dunia blog sekejap. Kalau tengah pening dengan kerja, pandang bunga. Kalau masih pening juga, buka blog. Hihih...


Terima Kasih, Sis SA!

Apa-apa pun, terima kasih banyak-banyak Sis SA atas hadiah Top Commentator ni. SR sangat menghargainya. ❤️


Semoga Sis SA sentiasa dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan terus bersemangat menulis serta memeriahkan komuniti blogger Malaysia. Seronok sebenarnya bila budaya blogwalking, membaca entri dan meninggalkan komen macam ni masih diteruskan. Selain dapat mengeratkan hubungan sesama blogger, kadang-kadang terselit juga rezeki kecil yang tak disangka-sangka.


Sis SA, kalau ada rezeki lagi nanti... Bagilah SR hadiah lagi tau! Eh! Hihihi. 😂

Catat Ulasan

23 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Tahniah syaz.. rezeki x salah alamat tu hehehe.. semoga terus berblog dan BW lagi k

    BalasPadam
  2. Tahniah Syaz 👏🏽
    Cantik tumbler, memang buat hati berbunga.

    BalasPadam
  3. Tahniah top komentar.. Cute tumbler

    BalasPadam
  4. Wahhhh bestnya dapat hadiah...tahniahhhhhhh

    BalasPadam
  5. Wahh dapat lagi tumbler yang comel bermotifkan flora. Rezeki Dr. Syaz sungguhlah ni kan. Alhamdulillah. Tahniah!

    BalasPadam
  6. Tahniah.. Asbab rajin blogwalking nak menitip komen..Rezeki tak salah alamat. hihi.. Comelnya tumbler tu. Minat sungguh corak2 bunga macam ni.

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah rezeki syaz
    Cantik syomel hadiah
    Kegunaan harian ni

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah selamat sampai hadiahnya..cepat betul..semalam order hari ni dapat syukur Syaz suka....

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah tahniah SR!
    Hadiah pun lawa...

    BalasPadam
  10. Rezeki sangat ni 2 blog sekali menang. Tahniah.

    BalasPadam
  11. Wah wah wah! Ini air sejuk boleh... air panas pun boleh

    BalasPadam
  12. alhamdulillah tahniah syaz rezeki melimpah

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah tahniah.Cantik la tumbler tu =D

    BalasPadam
  14. cantiknya tumbler kak SA hadiahkan tu, tahniah kak syaz!

    BalasPadam
  15. Terima kasih kerana selalu komen di blog saya juga!

    BalasPadam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad