Search This Blog

Showing posts with label Bangsar. Show all posts
Showing posts with label Bangsar. Show all posts

Monday, September 14, 2020

Badbelon | Memoir

 

Cerita zaman kanak-kanak dulu.
Zaman masih tinggal di atas awan, di Bangsar.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kejadian berlaku circa 1994...

Thursday, September 10, 2020

Pokomen Wutwut | Memoir

 Actually ini entry dari 2016, aku kongsikan semula pengalaman hidup aku, yang cuba tulis dalam bentuk cerita ala fiksyen. Tapi kisah benar ni. Haha

Selamat membaca sekiranya sudi 😁
++++++++++++++++++++++++++++++++++

Zaman awal kanak-kanak aku dimulai dengan memulakan hidup di Bangsar.
Bunyi macam hipster sangat kan?
Kecik-kecik dah duduk Bangsar. Tapi itulah realitinya. Bukan setakat duduk di Bangsar, malah aku jugak tak duduk rumah atas tanah. Duduk kondominium tau.

Ok, tipu. Sebenarnya masa kecik dulu, nenek dengan atok yang jaga kami adik-beradik masa mak dan abah pergi kerja. Rumah diorang memang kat Bangsar. Memang atas angin. Dekat Flat Sri Pahang.

Saturday, April 3, 2010

Putra LRT kini 4 Gerabak

Kepada sesiapa yang dah "LAMA GILER" tak naik PUTRA LRT atau tak turun KL macam aku..
Sesungguhnya aliran transit ringan PUTRA LRT sudah menjadi 4 gerabak ye sekarang..
bukan lagi dua.. mungkin untuk mengelakkan 'kesardinan' gerabak di waktu puncak..

Hahahahaha!
aku pon baru je tau  2 minggu lepas,
itu pun sebab aku teman nenek balik Bangsar..
oh sangat lambat ye aku tau! hahahaahah!
Dari tingkat 13 rumah nenek aku, memang nampak landasan Putra LRT ni..

Maka dengan berbekalkan handphone flip ku,
aku pon sempat la tangkap gambar LRT yang dah bertambah gerabaknya..


terlalu kecil?
klik la untuk besarkan..
maaf aku tiada DSLR!

ala mesti ada antara korang ni dah tau dah kan pasal ni..
hehe.. eh teringin la pulak nak naik gerabak baru ni..hehe..


ps: teringat lawak Johan, kalau 1, seronok, kalau 2, dua ronok, kalau banyak, beronok-ronok..
:P

Sunday, March 21, 2010

Si Rambut Helmet & Si Rambut Bawang

Salam semua =)
Semalam seharian aku meneman nenek balik ke Bangsar..

Selongkar-selongkar barang lama kat rumah tu, aku terjumpa la sekeping gambar yang nostalgic giler..
haha.. Gambar Si Rambut Helmet dan Si Rambut Bawang..

Mereka adalah adik-adikku..
Nana adalah si rambut helmet, sebab masa ni,
jangan lah nak suruh dia selit rambut tu belakang telinga, 
sampai sudah dia tak mau.. haha!
maka rambut dia menten gitu je, macam bentuk helmet..hehe..

Si rambut bawang pulak adalah Boy,
sebab rambut dia yang kat bahagian pusar, tercacak je naik tak nak turun2..
Macam bawang..hehe..

Hmm..
Cute la pulak tengok gambar ni..
Yelah masa ni diorang kecik lagi, kalau tak silap masa ni umur Nana 3, Boy darjah  2 kot..
Rumah pun tak pindah lagi masa ni..

Sekarang ni, dah besar gedabak dah adik2 aku ni, dua2 dah lagi tinggi dari aku..
cess..
Kalau dulu comel, sekarang dah lawa & macho dah..hehe..
Ambik gambar pun dah tak reti nak berdiri tegak, ade je aksi pelik2..
hehe..

ps: Cepatnya masa berlalu.. aku ingat lagi betapa aku excited bila dapat tau mak aku pregnantkan diorang..
=)

Monday, October 26, 2009

Cita-cita ala-ala lagha

Mase aku tengah duduk2 main tenet ni, aku terjumpe 1 artikel yang wat aku nak gelak tringat zaman darjah 1 aku..

haha!

Mase aku darjah 1 dulu,
cikgu kelas aku pernah tanye tiap2 murid dalam kelas tu,
apa cita2 murid2 sekelian..
untuk dia rekodkan dalam kad kaler hijau..

DIa wat mengejut je,
ye la setakat cita2 je kan, tak de la nak prepare ke ape..

Dia panggil la sorang2 ke depan, duk sebelah dia,
ikut urutan name kad yang dia bawak sebemban masuk kelas tu..

Nama aku start dari N, jadi macam lambat la sikit kan..
Kira dah ujung2 la gak..

Aku pun tanye la kat kawan aku yang dah sudah,
kawan aku tu pon btau la, cikgu nak tau ape cita2 kite, kene ade 3 cita2..
Motif nape 3 cita2?
Tak tau la plak..huhu..

Bila sampai turn aku,
cikgu tu pon tanye..

"What is your first ambition, Syazni?"

err..aku pon mase tu blur2 lagi tak tau nak jadi ape..
aku pun tringat yang aku baru je naik kapal terbang bebrape minggu sebelum tu..
aku pon jawab..

"Pramugari"

CIkgu tu pun catit..
Kepala aku duk ligat pikir ape jawapan kedua & ketiga lak..

"Alright, what is your second ambition, if u can not get the first ambition?"

Aku pun tak tau ape yang aku pikir,
dengan selambe je aku jawab..

"Direktor Filem"

CIkgu tu dah senyum2 pelik.. masih jelas lagi senyuman cikgu tu biarpon aku dah umor 23 ni..
Dia pun catit..

"Ok, What is your third ambition if u can not be Stewardess & Film Director?"
[sekolah aku dulu SK Bukit Bandaraya, sume nye speaking..huhu]

aku siyes blur..
emm..
emm..

lame gak aku amek mase nak jawab soklan tu..
Last sekali aku tringat kat bapak aku..
dia askar..
tapi takkan pompuan nak jadi askar..

takleh takleh..
aku gelisah atas kerusi tu..

"Just think of one occupation Syazni"
dah bising dah Puan Rama ni..

AKu tringat kat mak aku..
Mak aku keje Pembantu Perangkaan masa tu..

Tapi dek kerana umor aku 7tahun, aku tak tau pon jawatan mak aku mase tu,
aku cuma tau mak aku keje kat opis je..

aku pon bedal je la jawab,

"Keje office"

"Alright, u may sit down"
cikgu tu cakap..

dengan tak rase bersalah langsung aku bercita2 pelik sedemikian..

Ujung tahun,
mase nak masuk darjah 2,
cikgu bagi kad tu kat kami balik, suh parents sign..

Aku ingat lagi mak aku cakap,

"Ape yang pelik sangat cita2 ko ni, Nie? Ko nak jadi Direktor Ahmad Nispu ke?? Pramugari???"


sejak dari itu, aku pon mengubah cita2 aku menjadi Doktor..
haha!
tak kesampaian gak pon..huhu
kalau dapat cita2 ke tiga tu pon dah besar tuah dah..huhu

ps: flashback ni best gak ek..haha!


Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Ya it's me