Thursday, September 10, 2020

Pokomen Wutwut | Memoir

 Actually ini entry dari 2016, aku kongsikan semula pengalaman hidup aku, yang cuba tulis dalam bentuk cerita ala fiksyen. Tapi kisah benar ni. Haha

Selamat membaca sekiranya sudi 😁
++++++++++++++++++++++++++++++++++

Zaman awal kanak-kanak aku dimulai dengan memulakan hidup di Bangsar.
Bunyi macam hipster sangat kan?
Kecik-kecik dah duduk Bangsar. Tapi itulah realitinya. Bukan setakat duduk di Bangsar, malah aku jugak tak duduk rumah atas tanah. Duduk kondominium tau.

Ok, tipu. Sebenarnya masa kecik dulu, nenek dengan atok yang jaga kami adik-beradik masa mak dan abah pergi kerja. Rumah diorang memang kat Bangsar. Memang atas angin. Dekat Flat Sri Pahang.


Aku sangat suka duduk sana, cool ok bila dapat lepak dekat beranda, dihembus angin, dekat dengan awan, sambil tengok manusia kat bawah. Dari tingkat 13, memang nampak manusia sebesar semut je. Kalau nasib diorang kat bawah tu baik, aku akan baling air atau kertas atau pembalut aiskrim atau sepit baju nenek aku. Perasaan seorang kanak-kanak umur 5 tahun bila manusia semut kat bawah tu pandang atas dan jerit, sangat amazing.

What? Baru 5 tahun ok masa tu, chill lah. Oh itulah puncanya nenek dan arwah atok selalu rotan aku dengan tali pinggang. Eheh.

Gambar bukan hak aku


Memang banyak kenangan sepanjang aku membesar dekat sini. 
Nantilah, aku cerita satu persatu kalau aku rajin.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

~Circa 1993~

Aku memang perasan, nenek kurang bercakap haritu.
Dia akan berbunyi masa nak marah aku dengan adik aku je, si Nyonyey tu.
Sekejap-sekejap nenek akan berdehem, sambil picit-picit tekak dia.

Sambil dia tumbuk cili, dia berdehem.
Sambil sidai kain, dia berdehem.
Sambil bersembang dengan Tokmah rumah sebelah melalui beranda pun, dia berdehem.

Berdehem, batuk. Berdehem, batuk, meludah.

Pendek kata, sebenarnya agak ketara juga nampak yang nenek aku pada hari itu, tekaknya sakit.

Arwah atok aku pula, lepas jemput aku balik sekolah tadi, dia turun ke bawah. 
Biasalah, muzakarah buluh. Ada masa senggang, arwah atok akan turun lepak bawah pokok buluh yang rimbun dekat bawah tu, dengan geng dia yang terdiri daripada atok-atok orang lain.

Aku dengan adik aku?
Biasalah, kalau tak main sama-sama, kami akan bersepak terajang yang selalunya dia akan menang, sebab nenek aku menangkan, dengan cara memarahi aku sampai aku menangis. 


"Nie, kau tolong nenek pergi kedai kejap. Kau pergi kedai Suraya tu, kalau tak ada, kau pergi kedai India tu, kalau takda jugak, tengok kat kedai Hasan hujung tu"

Aku selaku kanak-kanak yang baru nak up, bila diberi kepercayaan untuk pergi kedai, haruslah bangga. Dengan laju, aku berdiri.



"Nak ikut jugak", adik aku menyibuk. Mula-mula rasa nak marah, lepas tu bila fikir balik, ok jugak kalau mamat ni ikut. Ada kawan.


"Beli apa?", sambil aku tengok nenek aku korek duit dari purse dia.

Nenek hulur note RM5 kat aku.

1993, RM5 masih besar jumlahnya ok!
Aku ingat lagi masa ni, aku tolong belikan suratkhabar, 70 sen je harganya.
Jadi, terus masukkan RM5 dalam poket. Tangan pulak, pegang poket. Risau duit ni tercicir, mati nak ganti, fikir otak naif aku masa tu.


"Kau cakap kat Pakcik Man tu, nenek nak beli Pokomen Wut Wut"

1. Nenek aku agak popular, sebab mana-mana aku pergi dengan dia, mesti dia akan bersembang. Bersembang mestilah dengan orang yang kenal dia kan? Sebab tu dia selamba suruh mention 'nenek nak beli', Pakcik Man sahih kenal nenek aku siapa.

2. Tapi memang dia popular. Mana-mana aku pergi sekitar Flat Sri Pahang tu, mesti ada orang akan cakap, "Ni cucu Eton kan?"


Ok berbalik pada Pokomen Wut Wut.

Lepas tu, aku pun bawak adik aku yang baru berusia 3 tahun tu turun ke tingkat 12. Sebab masa ni, lif kat flat tu tak berhenti kat semua aras. Dia dalam gandaan sifir 4. Sedikit sebanyak sistem DBKL buat tu membantu aku hafal sifir 4, walaupun sampai 16 je. Ye lah, flat pun ada 16 tingkat je.

Sampai tingkat 12, tunggu lif dalam 2-3 minit, lif pun sampai.
Maka turunlah aku dan Nyonyey ke bawah. 
Gelap, berangin, dan ada nenek-nenek yang berlari-lari anak ke arah lif.
Hari nak hujan rupanya.


"Kita kena cepat, nanti kalau hujan, nenek marah"

Nampak tak betapa takutnya aku dengan nenek. Kalau hujan, aku basah tanpa sengaja, pun aku takut nenek akan marah.

Adik aku angguk, dan kami berpimpin tangan berlari ke kedai Suraya.
Sesampainya kat kedai tu, aku terus menerpa ke arah sosok yang memang aku tahu, dialah Pakcik Man.


"Pakcik, nenek nak beli Pokomen wut wut", penuh keyakinan. Adik aku pun angguk beria.
Walaupun zaman kami kecil ni masih belum ada lagi watak Pokemon, kami amat yakin, Pokomen wut wut ni mesti sesuatu yang menarik. Gila cool nama dia, Pokomen Wut Wut. Cuba korang sebut, Pokomen. Wut. Wut.

Coolio wey! Curiousity tinggi melangit nak tahu apakah yang nenek suruh beli ni, sangat rare item!


Pakcik Man membetulkan kedudukan cermin mata dia sambil dia berdiri.
Kelihatan muka dia sedikit berkerut.

"Pokomen Wut Wut? Apa tu ye? Makanan ke, barang ke?", eh Pakcik Man ni, dia tanya kita pulak.

Bila dia tengok aku dan adik aku pun tak ada jawapan, dia terus kata tak ada. Dia suruh tanya kedai lain.


Ala, frust pulak. 

Maka kami pun pergi ke semua kedai yang bukak di blok 1 tu.
Dan, jawapannya semua sama. TAK ADA.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hari dah start hujan renyai.
Misi aku dan nyonyey masih belum berjaya.

Tak cool langsung semua kedai blok 1 ni, langsung tak jual Pokomen Wut Wut.
Otak budak 7 tahun aku ligat berfikir. Kalau tak beli, nanti sampai sudah kami tak tau apakah bendanya Pokomen Wut Wut tu. 

"Jom pergi kedai adik Pakcik Man pulak, kat blok 3", aku ajak nyonyey. Dia angguk je tanpa bantah, aku syak adik aku pun dah penat dan sejuk kena angin dan tempias.

Maka dari blok 1, kami berlari meredah hujan ke blok 3.
Nawaitu tetap sama, nak beli Pokomen Wut Wut.
Oh ya, nenek kata Pakcik Mat tu adik Pakcik Man. Aku percaya sebab muka diorang lebih kurang, cuma Pakcik Mat gelap sikit dari Pakcik Man.

Masa sampai di kedai Pakcik Mat, kami dah basah sikit.
Aku tanpa berlengah, terus tanya Pakcik Mat, kedai ni ada jual Pokomen Wut Wut tak?

Masih reaksi yang sama.
Jawapan yang sama, tak ada.


Agaknya Pakcik Mat kesian dekat aku dan adik aku yang dah basah, lagipun nanti nak balik blok 2, kena lalu hujan lagi, Pakcik Mat pun hulur gagang telefon dekat aku.

"Ingat tak nombor telefon rumah nenek? Cuba tanya nenek lagi sekali, betul ke nama benda tu macam tu"

Aku terus capai gagang, sambil sebutkan nombor telefon rumah nenek yang memang mak aku paksa suruh hafal, supaya Pakcik Mat boleh dailkan.

"Apa yang tak balik-balik lagi? Hari hujan ni? Kau kat mana? Adik kau ada tak tu?", bertalu-talu nenek aku bercakap sebaik aku cakap Hello.

Aku pun jawab apa yang patut, dan bagitau dia semua kedai tak ada jual Pokomen Wut Wut. Aku tak tanya pulak Pokomen Wut Wut tu apa. Mungkin sebab aku lupa lepas kena bebel berdas-das tadi.

"Dah, balik sekarang", nenek memberi arahan di corong telefon.

Aku pun cakap terima kasih kat Pakcik Mat, tarik tangan adik aku keluar kedai, lari redah hujan pergi blok 2, nak balik.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Lepas tukar baju kami dua beradik, nenek masih batuk-batuk.
Kesian pulak aku tengok dia.
Nampak dia selongkar beg tangan dia, keluarkan bungkusan putih yang dah kedut-kedut.
Dari bungkusan tu, dia keluarkan sebiji gula-gula, masukkan dalam mulut sambil berdehem-dehem dan memicit leher dia. Bungkusan putih renyuk tadi dia letak atas lantai, dan ratakan.

Aku dan adik aku tengok je.
Masing-masing dah penat nak bercakap.


Nenek angkat bungkusan tu, tunjuk kat kami berdua.

"Ini hah yang aku suruh korang beli tadi. Takkan la satu kedai pun tak jual. Nampak gayanya aku jugak kena turun beli kejap lagi"

Aku pun mengensot sikit mendekati nenek, aku capai bungkusan kecil tu.
Dengan ilmu mengeja yang aku dah ada dari umur aku 4 tahun, aku pun baca perkataan yang tertera kat bungkusan tu.

"Woods'. Peppermint Lozenges"




"Ini ke Pokomen Wut Wut tu?"

Nenek angguk sambil terbatuk-batuk.


Lepas tu aku punyalah gelak terbahak-bahak. 
Kenapa Pokomen nenek?? Allahu..

"Oh, sebut dia peppermint ke? Aku tak ingat pulak nak tengok nama dia tadi", dengan naifnya nenek aku jawab.


Nenek oh nenek... I love you so much!

Aku dengan adik, si nyonyey

40 comments:

  1. Terima kasih kerana singgah dan komen di blog saya.

    ReplyDelete
  2. kenapa la comel sgt nenek Pokomen Wut Wut ni hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah! :P
      oh ya hernee, banyak kali saya cuba komen kat blog awak, tapi forbidden huhu

      Delete
  3. Hahahaha.. Bila sampai part nenek keluarkan bungkusan putih tu sha dah boleh agak dah..
    Bila nampak gambar tu terus gelak tak hingat.. Maaf ye Syaz.. Adoi.. kelakar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha memang pun sha, saya ingat betul kejadian ni sebab rasa lawak sangat nenek sebut macam tu haha!

      Delete
  4. Oh? Dekat je dengan opis lama uncle... kat Bangsar Utama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat sangat tu uncle, silap2 saya pernah lalu sebelah uncle masa kecik dulu hahaha

      Delete
    2. Mungkin jugak... Sebab area tu memang jadi laluan jalan kaki untok ke masjid bangsar hari jumaat. Hehehe

      Delete
  5. Lawak betul.
    Salah sebut rupanya. Selamba nenek marah cucu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha nenek saya memang super garang kah kah kah

      Delete
  6. Ya Allah..sampai dah nak habis baca pun akak tak boleh agak apa benda pokemon wut wut tu..Hahahh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya plak sampai harini tak faham macam mana boleh jauh menyimpang sebutan dia hahaha

      Delete
  7. Lawak sungguh cerita ni Syaz πŸ˜‚
    Sian nenek. So lepas tu sape yang turun beli? Nenek ke Syaz?

    Muzakarah buluh πŸ˜†

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas tu kami gi beli sama2 lepas hujan berhenti hahaha
      kenangan betul rimbun buluh tu, sekarang dah tak ada.. *touching

      Delete
  8. Saya dah Moyang dengan saorang cicit jadi cerita cerita macam ni sungguh menyeronokkan saya. Istilah Moyang tu adalah untuk Nenek dan Atok. Saya mencari cari di seluruh nusantara untuk mendapat satu istilah yang tepat dan khusus bagi Nenek dan Atok. Oleh kerana tidak ada istilah saya telah mengujudkan istilah baru Nenek menjadi NekNyang dan Atok TokNyang. Begitulah adanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Pak Idrus sudi baca coretan saya :)
      Betul juga kan, tiada gelaran khusus agaknya, sebab saya sendiri pun panggil TokNyang dan Neknyang :D

      Delete
  9. Adoiii. Terhibur saya dengan cerita Syaz. hihihi

    ReplyDelete
  10. lawak betul story line ni syaz ^_^
    mcm mana boleh jadi pokomen wutwut hahaha adooii ^_^
    kalau dari awal tnjuk kertas wutwut tu kan dah jumpa..hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul jugak tu shida, nenek tak terfikir la tu hahahah

      Delete
  11. Pokomen wut wut, punya la duk baca.. apa la tu pokomen wut wut .. hahah nenek ni lawak btul

    ReplyDelete
  12. Adiuh syaz, sakit perut akk gelak nih. Ni singgah kali ke2 dah ni tadi baca tak sempat habis. Nanti nak singgah baca semula..hihi..
    Comella budak 2 tecik 2 org tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi kenangan silam kak, terima kasih singgah baca ;)

      Delete
  13. hahahahah..ammi gelak besar hokayyy..
    comel je nenek ni.

    ReplyDelete
  14. Apa yg dpt akk katakan..kenangan masa kecik yg sgt berbekas di hati, betul tak? Nenek ada lagi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ada lagi kak, dah tak garang dah hehehe

      Delete
  15. Lahh ingatkan barang mainan. comel je sebutan dia tu. Kenangan betul kan.

    ReplyDelete
  16. haha..takleh nk teka apa tu 'Pokomen wut wut'..hihi..

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot