Search This Blog

Thursday, September 10, 2020

Mainan di Pengkalan Kubur | Throwback Thursday | 30 Oktober 2019 | 26 Januari 2020

 Walaupun dekat entry punya tajuk tu aku letak tarikh, tapi perkara ni bukanlah kali pertama terjadi, mahupun yang terakhir.


Kisahnya, tiap kali kami balik kampung zaimi di Kelantan, dalam seminggu tu, mesti akan ada 1 hari mak mertua slot in untuk aktiviti ke Pengkalan Kubur.

Pada yang tak tahu atau tak pernah dengar, Pengkalan Kubur di kawasan beli barang bebas cukai. Sama macam Rantau Panjang, tapi sini lebih dekat dengan rumah mertua aku.

Pelancong ramai datang sini untuk shopping. Selalunya yang famous untuk dibeli dekat Pengkalan Kubur ni macam narita, bantal, kain batik, tudung, dan kalau untuk budak-budak semestinya mainan la.

Dan itulah yang buat anak-anak aku seronok gila kalau balik KB, sebab mesti akan pergi habiskan duit tokma dekat Pengkalan Kubur. Tok Ma pulak memang rela, sebab sayang cucu kan, I is malu wuwuwu..

Jadi ini adalah salah 1 dari hari untuk shopping toys, yang kebetulan aku ada tangkap gambar.

Selalunya bila ke sini, tak sempat nak pegang telefon, orang ramai kan, sebelah siam pulak, memang akan pegang anak-anak je. Tarikh yang aku ambik gambar ni, kebetulan balik masa bukan cuti sekolah kot, jadi tak ramai orang.


Ma memang seronok kalau bawak cucu-cucu dia pergi beli toys, walaupun toys dah sangatlahhhhh banyak hahaha


Kalau pergi Pengkalan Kubur ni, sila jangkakan untuk mengalami:

1. Perpeluhan yang melampau sebab panas weh hukaloh!
2. Duit yang tiba-tiba berubah menjadi air, mengalir laju. 

Aku kalau dah kata nak pergi sini, aku sengaja tak withdraw cash dari ATM. Aku rela dalam beg duit ada RM20 je, lepas untuk beli air jadilah. KAh kah.. Demi mengelakkan aku terlupa yang aku bukan jutawan. Kalau tak, habis la semua tengok nak beli..especially tudung T_T



Besar kecik besar kecik je aku tengok budak-budak ni.
Bukan main meminta-minta ya..
Nak dimarah nanti ma kecik hati pulak sebab marah cucu dia..hahaha


Bukan main bahagia masing-masing ya dapat mainan sorang satu.


Yang geram tu, kadang-kadang beli mainan yang dah ada, dah ada robot, beli lagi robot, tobot, kereta..
Beli senapang yang bunyi bising pun pernah.


Dan yang paling geram, main nya setakat kat rumah tokma, bila dah bawak balik rumah, kadang-kadang terbiar macam tu je mainan tu kat kotak mainan.


Dan nanti bila balik KB lagi, dapat mainan baru lagi.
Hai untung laaaaaa!

*rolling eyes



Kan dah cakap, bukan kali terakhir!
Gambar-gambar di atas ni masa Oktober 2019.
Masa kami balik KB bulan januari 2020, pun pergi borong mainan!
Adudududu


Masih sorang satu plastik weh.




Masa ni pun beli senapang jugak.
Berlambak-lambak dah senapang.



Masa bulan 10 tu ayu dapat Didi, bulan 1 dapat Nana pulak.
Sekarang ni dia target nak beli Jojo pulak.
EH terlebih bijak pulak ayu ye pasal mainan!
Grrr!



Tapi sejak PKP haritu, tak ada pergi dah ke sini.
Ma ada ajak, tapi kami yang tak berani lagi.

Insyaallah lepas-lepas ni boleh pergi lagi.
Rindu pulak nak beli tudung ahahs..

30 comments:

  1. Rm20 buat tuk beli air ja.. tiba2 kedai2 kat situ boleh guna CC or Debit card.. Jenuhhhhh

    ReplyDelete
  2. Murah sangat ke barang2 kat situ? Tak pernah masuk Kelantan lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlaa.. tapi ada juga yang kualiti tak best pun, contoh macam baju2, bagi saya yang gemuk ni susah nak cari baju yg material selesa kat situ yang murah, kalau nak elok, mahal jugak hehe

      Delete
  3. sukanya anak2 dapat borong mainan

    ReplyDelete
  4. tak sampai sini lagi. ni kalau bawa anak ana sure semua dia nak beli juga tu. huhu

    ReplyDelete
  5. Tempat2 camni seronok anak-anak pow mak ayah hahahaha

    ReplyDelete
  6. Cikbunga pernah pergi masa single, rombongan naik bas, masa sekolah pon pernah pi jugak😉
    Seronok banyak bara g kat sini dan hage pon murah murah jew👍👍

    ReplyDelete
  7. Nana, Didi, Jojo...mesti beratur kt rumah..haha..masa kecik je depa nak main benda2 mcm ni..tokma pun happy belanja cucu2..

    Tak pernah sampai sini, Rantau Pjg pernah, habis round satu town..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rantau Panjang lagi best sebab lagi luas, lagi banyak habis duit hahaha

      Delete
  8. Best lah singgah kalau tak ramai orang. Kalau ramai orang nak membeli pun susah nak memilih dan membelek. Seronok lah masing masing dapat toys. Siapa yang tak sayang cucu kan. Nak apa je dapat. Sesekali kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, kalau ramai risau dekat budak2 tu, takut diorang tersalah ikut orang sebab konfius mana mak ayah pun ada huhu

      Delete
    2. Tu bahaya jugak tu kalau dah ramai sangat. Tapi memang best lah pergi time tak sesak camni.

      Delete
  9. Baru pestaim akk dengar tempat ni, tapi betullah tu, bagi akk kelantan terengganu mmg syurga tempat beli belah, kt terengganu pasar payang lah destinasinya.
    Bahagia tokma ye dpt gembirakan cucu2. Camtulah sorg nenek dgn cucu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, pasar payang best jugak, zaman belajar dulu selalu ke sana hehe

      Delete
  10. Alamak aih.. memang rambang mata kalau duit banyk.. Kalau duit sikit kuranglah bernafsu kan awak.. hehehe.. Bagus strategi ini..

    ReplyDelete
  11. Nanti rabia boleh try pergi ke pengkalan kubur pula.. best pergi kelantan

    ReplyDelete
  12. biasala..mak shida pn mcm tu..mcm2 belinya utk cucu kesygan hehee ^_^

    ReplyDelete
  13. Syoknya. Macam-macam ado. Bukan budak je ni rambang mata. Mok budok pun buleh. Hahahaha.😆😆😆

    Pernah dengar PC ni. Tak jauh juga dari kg suami. Tapi ku tak pernah jejak ke sana.

    Siap-siap 20 ria untuk beli air. Hehe. Sebab elakkan terlupa bukan jutawan. Comel mu syaz 🥳

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha! Nanti boleh la ajak che abe gi shopping di nung :P

      Delete
  14. ammi baru sekali je pegi Pengkalan Kubor..yelah sebab memang itulah pun 1st time gi Kelantan (ahaksss). Tapi best gak kat situ

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Ya it's me