Alhamdulillah, sempena hari Jumaat yang indah ini, tiba satu kotak kejutan. Yang menambah elemen kejutan dalam kisah ini adalah, courier tak hantar kat rumah aku, tapi hantar dekat rumah jiran yang nombor rumah seakan sama. Hahaha! Sudah jiran pula yang sambung delivery ke rumah aku petang tadi. Apa-apa pun, terima kasih diucapkan pada semua yang terlibat.
Namun ucapan terima kasih paling ulung aku nak titipkan buat pengirimnya, Kak Fieza Sani! Dia kirimkan kotak kejutan ni sebab aku sekali lagi mendahului carta top pengomen di blog dia untuk bulan September 2021!