Pages

Search This Blog

Showing posts with label bengang. Show all posts
Showing posts with label bengang. Show all posts

Tuesday, September 24, 2013

Huru-Hara Kehidupan

Serius weh.

Seminggu dua ni memang rasa macam apa je.
Kelam-kabut rasanya hidup.

Exam dah dekat, time ni lah nak marking semua test segala..

Sambil2 test sambil pening duk baca, apakah lah yang budak ni tulis???

Doktor sangat tulisan T_T

Tapi Alhamdulillah anak aku baik pulak malam-malam sekarang..
Sebab dia pun dah ikut jadual tido mak ayah dia..

Paling-paling pun dia bunyi lah ek ek ek sekejap sebab samada nak susu ataupun nak tukar pampers.. Cuma ada sekali tu dia bunyi ek ek ek tu, aku tukar pampers, bagi susu semua still macam nanges2 atas cot dia.. last sekali aku angkat lah peluk.. dia senyap sekejap.. Lepas tu aku pun dah terlentok2 mengantuk, jadi aku letak je dia kat tengah2 aku dengan zaimi atas katil..

Terus senyap dia tidur.. nak bermanja rupanya..
Aku pun tidur sambil paut badan dia dengan tangan aku..
Sebab aku jenis mesti nak tidur sambil letak tangan kat badan anak, maklumlah.. jenis tidur mati ni karang setakat adam nangis2 slow tu tak sedar punyalah.. atleast terasa dia tepuk2 tangan aku tu, terbangunlah jugak..huhu

Dah ada anak ni, walau sibuk mana pun kat opis, kena gak allocate time untuk uruskan hal-hal berkaitan anak.. Macam haritu, tak dapat attend kolokium, sebab nak bawak anak pergi injek. Dahlah lah dengan klinik kerajaan ni kekadang buat sakit hati je. Maaf cakaplah. Aku taulah kau penat ke, banyak kerja ke, tapi aku tak suka lah bila nurse buat muka taik. Serius. Kau kan nurse. Kau patut pandai kawal muka taik kau. sebab kau kerja kena deal dengan orang. Bukan semua nurse lah.. agaknya kebetulan nurse tu gaduh dengan laki dia kot malam sebelumnya.. jadi nak lepas geram kan anak aku.. debik kang baru tau..

Budak ready nak injek


Ikut hati aku nak bawak aku injek kat swasta je. Tapi ada kawan pernah advice, kalau nak injek anak, better pergi klinik kerajaan. Sebab yang private ni takut proses penyimpanan benda yang dia nak injek tu bukan pada suhu yang sepatutnya, dan mungkin akan menyebabkan benda tu tak berkesan pun nanti. Kalau tak berkesan takpe, kalau jadi lebih bahaya? Nauzubillah.. Tapi ini pendapat aku base on nasihat kawan aku lah kan.. dia doktor..

Adoi..
Pening-pening menanda kat opis ni, last-last aku layan blog Peej.. terkekek2 sorang baca entry2 dia..
Sebab dah dekat 2 minggu kot tak jengah blog dia, busy kan..hukhukhuk.. :P

Nasiblah ada blog dia, boleh gak nak buat release tension main ngan pen merah tak habis2 ni..huuu

Ni sekarang tinggal nak key in je.

Legalah sikit kot.

Pastu tadi duk belek2 godek2 semua post lama and latest blog aku ni..
Aku rasa macam aku pentamak. huk huk huk..
Bercampur aduk kategori.

Nak kata personal tidak, tips tidak, berita tidak, gosip tidak..
Adoi!

ROjak sungguh blog aku ni.
Ikut hati nak adjust mana yang patut.
Tapi malas plus serabut. Nanti2 ah. Tak pun, lantak je lah.
Bukan ada reader pun? :P

Ah dah lah.
Serabut.
Babai!


p/s: Tq nuffnang sebab bagi lagi CPUV. CUma yang tak best, opis aku ni blog plak web nuffnang. Kejadah tah? huhu..

Tuesday, February 12, 2013

Internet yang lambat

Ohoi Internet cap C.
Kenapa yang teruk sangat coverage kat kampung laki aku neh?

Tolonglah improve.. Nama je kampung, tapi tak sampai sekangkang kera pun dari Kota Bharu ye..

Kenapalah connection internet slow sangat?

Benci betul.
Rugi je bayar, especially yang broadband weekly, aku langgan untuk handset tu.
Ceih.

Thursday, October 8, 2009

Beradab la sikit bila naik lif~


PAsti anda semua tahu, ape itu lif.
Lif dicipta untuk memudahkan manusia, boleh naik ke tingkat tinggi tanpa perlu menapak tercungap2 berpeluh naik tangga..

Dalam lif zaman sekarang ni, ade interkom, butang kecemasan, butang tingkat brape nak pergi, butang bukak pintu lif, butang tutup pintu lif..

Apa yang aku nak cakap kat sini adelah,
berkenaan sikap segelintir manusia yang bila aku dah marah, aku panggil JAKUN je..

marah nape?

ye la, mase duk tunggu lif same2 tu, tunggu sampai depan pintu btol..
pastu xnyempat2 orang dalam nak keluar, dia dah meluru masuk..

pastu, xreti2 lak nak tolong tekan kan butang bukak pintu tu..

SELFISH gile manusia2 yang macam ni..
bleh plak pas dia masuk, dia rilek je tak tekan, padahal dia bdiri sebelah tmpat butang2 tu..

kalau tak ramai yang tunggu same2,
masuk same2 pun serentak xpe la..

ini kalau orang ramai, kadang2 boleh tersepit orang tu kat pintu lif..

ade otak kan, pakai la...
nenek aku yang dah lebih separuh abad hidup tu pun, reti nak tekan butang tu mase dalam lif..

aihh~

*tak suke terkepit lif, dan tengok orang lain terkepit*

Monday, May 4, 2009

Habis Exam

Exam aku sudah habis lorh..
Alhamdulillah..harapnya inilah peperiksaan terakhir dalam peringkat Master ni..

Exam tadi agak mencabar kewibawaan aku la walaupun nasib baik sume topik yang keluar tu aku dah cover..
Boleh la nak beza2 kan graf mane btol, graf mane salah..

Blehla..
Nak kate senang tu tak jugak, tp..
blehla..
takde la blank macam mangkuk ayun sangat tadi..
haha!

cuma yang buat aku sedikit menyumpah2 dengan kate2 kesat tadi mase jawab exam,
adelah bunyi mesin gerudi..
bangang kan?
kena jawab exam sambil dengar benda tu..
dah la bingit..

distort rase nya fokus jap..
pastu dah aku nak reka ayat pun jd blur sebab bunyik tu, aku pandang je kat Dr Taib..
yeke name dia taib?
haha!!

Ala yang jage exam tu la..
Last sekali dia perasan aku tengok dia, dia pun suh la sorg akak yg jage exam tu gi btau tukang tu, orang tgh exam jgn nak memekak..

abeh bunyik gerudi, bunyik org ketuk2 lak..

sabor je la..

jadi kalu aku tak score, aku salahkan sume tu..
hahaha!


em sekadar ingin berkongsi,
best kan nota aku?
bukan aku yang tulis tau, Dr Shulor yg potostat bg kat semua student as a handout..

amacam?

Saturday, April 25, 2009

Zaman sekarang air kosong pun 90sen..

Betul, aku tak tipu..Air kosong pun harga 90sen sekarang..
Kat mane?
Haha..meh nak citer..

Aku ngan zaimi kalau gi PTSL memang tak sah la kalau tak beli air kat mesinyang jual air dalam cawan tu..
selalu nya beli kopi ais la..
kengkonon untuk kekal segar la mase study..

pada suatu hari..
dalam 2 3 hari lepas kot..
tringin pulak nak beli milo..

selalu beli 2 cawan kopi je, tapi aritu konon2 nak buat neslo ais..haha!

jadi setelah mengorek2 segala duitsyiling yang ada, cukup je rm1.60sen zaimi pon gi la kat mesin tu..
aku tgk dari jauh je..

mula2 tekan kopi, ok la..zaimi antar dulu kat aku.. pastu dia pergi balik kat mesin tu..
masuk duit, tekan milo ais lak..

tapi mesin tu silap dengar kot..orang order milo air, dia dgr ais kosong..
tgk la ni...

langsung takde ciri2 milo dalam cawan tu..
mahalkan air kosong zaman sekarang?

Thursday, April 2, 2009

Air di KIAM versus air aku beli mesin~

Aku saje nak kutuk KIAM lagi..haha sape suruh carik pasal dengan aku~ heheee~

HAritu Zaimi beli pH tester untuk test air akuarium dia.. pastu dia pun suruh aku test air akuarium aku jugak.. Ok lah, aku pun bawak la naik bilik aku.. Lepas test, air akuarium aku memang berasid! Huwaa! Nak test camane? Mula-mula, guna tiub yang dia bagi dalam set tu, amek air sebanyak 15ml.. Pastu, titiskan 3 titik pH tester tu kat dalam air yang kita dah amek sample tu.. Goncang2 sikit, tengok dan banding perubahan warna dengan merujuk dekat kad yang dia bagi. Dalam kad tu ada penunjuk untuk sekian2 pH, warna dia sekian2.

Pastu, dah test air akuarium tu, aku pun tergedik lak nak test air paip ngan air yang aku beli mesin. Ala yang 20sen seliter tu. Ha, gambar kat atas adalah air mesin. Penunjuk berwarna hijau, maksudnya air tu pH dia 7. Neuteral la, nama pun air sihat kan.

Pastu, aku pun test la air paip yang keluar mengalir dari paip di asrama ku ini. Terkejut nya aku tengok result dia. kenapa? ha tengok la kat bawah ni.
.
.
.
.
.Biru. Beerti dalam kad tu kat bawah sekali. Maksudnya, SANGAT BERALKALI.
Hoh...patutlah air dar water cooler pun warna kuning, bila minum rase besi. Teruknya. Duit student bayar rm7 sehari tu amek buat ape? rm7 sehari, rm210 sebulan, rm1050 sebulan. Untuk seorang student. Kalau 10 student? Dah rm 10,500. Tapi 10 student ke? Bukan lebih? Tu untuk warganegara, kalau foreigner, rm 10 sehari, rm300 sebulan, rm1500 sebulan. Untuk sorang student. Kalau 10? RM15,000.

Dey! Tolong la jaga kualiti air sikit. HUH!~

******************************************

Aku mungkin tak dapat melawat blog korang untuk sehari dua~
Bizi maa~

Monday, March 23, 2009

BISING la KIAM bodoh!!

Sangat bising ok kat KIAM ni sekarang.. Bunyi gerudi yang buat jantung aku rasa sakit macam nak tersembul keluar.. Dahla semalam hari Ahad pun dorg nak wat kije gak.. Setan betol!!
Yang paling sakit hati semalam, selamba yaya je pekerja2 jongos tu keluar masuk blok pompuan tanpa pengawasan makcik2 staff! Siot ke tidak itu?

Bahaya ke tak tu??

Yang aku tak paham, nape tak nak tunggu cuti 3 bulan nanti baru buat..tau tak orang nak duduk asrama tu nak rehat bila balik dari kelas, nak study, nak buat esaimen.. Bodoh!
Pengurusan yang tidak bijak dan menyusahkan. Dahla mase Earth Hour 28 Mac ni, masa sepatutnya 1 Malaysia kena bergelap untuk support program tu, boleh plak pihak pengurusan KIAM ni nak buat Dinner sempena Gotong Royong di pagi hari nya.. Hmm.. Tak tau la kata apa..~

Friday, March 13, 2009

Selamber je kutuk aku ye...

tringat plak 1 kesah yang menyayat hati mase kat Bukit merah aritu...
aku kan anak yang suke belikan barang kat ibubapanya...
huhu~
jadi, aku beli la topi untuk abah, dan aku beli 3 bijik dompet yang bercorak batik untuk mak, nenek & adik pompuan aku...
untuk yg laen x dpt belikan la sbb aku pon bkn byk duit sgt pon...
pastu, pas beli tu aku simpan la dlm beg.. punya la aku ngn zaimi pilih corak yang terbaik..
ye la nak bg mak kan..
pastu, masuk tuk grup discussion tu balik...
pas abeh grup discussion tu, aku tringat la aku beli beg duit tu...
aku pon bukak la beg aku, amek beg duit tu nak tgk...
mase aku duk belek beg duit bercorak batik tu,
adela seorang insan ni [dak kelas aku okey, cis!],
dia pon pndang la kat aku yg tgh kusyuk mmbelek beg duit itu..
lantas dia pon berkate, "oh beg ini, tadi saye dah tengok, tapi tak cantik, terus tak beli."
oh...tercalar nye perasaan aku ketika itu.
pastu aku sabar lagi, aku cakap la aku beli untuk mak ngan nenek aku letak duit syiling je, beg pon kecik..
pastu dia kate lagi, "tapi ini beg murah, mane boleh letak duit, dahla tak cantik"
sakit tol hati aku mase tu, nape nak kutuk hadiah aku beli untuk mak aku?
aku beli pon bukan pakai duit bapak dia, aku pakai duit bapak aku tau....
aku nak marah dah, yela aku kan baran.. pastu tringat Zaimi kata, Sabar~
oh aku sangat marah, aku ingin mencarut bila teringat...tolong!
p/s: muka ko x cntik, aku x penah lak cakap:
"saya sudah tgk rupa paras awak, ingat kan nak kawan dgn awak, tp tak cantik dan ade sedikit cacat pada awak, tak nak la kawan"
bo~do..

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Disclaimer


All content provided on this "Syazni Rahim Blog" blog is for informal reading only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information or comments on this site or found by following any link on this site.

The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information.

The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.