Huru-Hara Kehidupan

Serius weh.

Seminggu dua ni memang rasa macam apa je.
Kelam-kabut rasanya hidup.

Exam dah dekat, time ni lah nak marking semua test segala..

Sambil2 test sambil pening duk baca, apakah lah yang budak ni tulis???

Doktor sangat tulisan T_T

Tapi Alhamdulillah anak aku baik pulak malam-malam sekarang..
Sebab dia pun dah ikut jadual tido mak ayah dia..

Paling-paling pun dia bunyi lah ek ek ek sekejap sebab samada nak susu ataupun nak tukar pampers.. Cuma ada sekali tu dia bunyi ek ek ek tu, aku tukar pampers, bagi susu semua still macam nanges2 atas cot dia.. last sekali aku angkat lah peluk.. dia senyap sekejap.. Lepas tu aku pun dah terlentok2 mengantuk, jadi aku letak je dia kat tengah2 aku dengan zaimi atas katil..

Terus senyap dia tidur.. nak bermanja rupanya..
Aku pun tidur sambil paut badan dia dengan tangan aku..
Sebab aku jenis mesti nak tidur sambil letak tangan kat badan anak, maklumlah.. jenis tidur mati ni karang setakat adam nangis2 slow tu tak sedar punyalah.. atleast terasa dia tepuk2 tangan aku tu, terbangunlah jugak..huhu

Dah ada anak ni, walau sibuk mana pun kat opis, kena gak allocate time untuk uruskan hal-hal berkaitan anak.. Macam haritu, tak dapat attend kolokium, sebab nak bawak anak pergi injek. Dahlah lah dengan klinik kerajaan ni kekadang buat sakit hati je. Maaf cakaplah. Aku taulah kau penat ke, banyak kerja ke, tapi aku tak suka lah bila nurse buat muka taik. Serius. Kau kan nurse. Kau patut pandai kawal muka taik kau. sebab kau kerja kena deal dengan orang. Bukan semua nurse lah.. agaknya kebetulan nurse tu gaduh dengan laki dia kot malam sebelumnya.. jadi nak lepas geram kan anak aku.. debik kang baru tau..

Budak ready nak injek


Ikut hati aku nak bawak aku injek kat swasta je. Tapi ada kawan pernah advice, kalau nak injek anak, better pergi klinik kerajaan. Sebab yang private ni takut proses penyimpanan benda yang dia nak injek tu bukan pada suhu yang sepatutnya, dan mungkin akan menyebabkan benda tu tak berkesan pun nanti. Kalau tak berkesan takpe, kalau jadi lebih bahaya? Nauzubillah.. Tapi ini pendapat aku base on nasihat kawan aku lah kan.. dia doktor..

Adoi..
Pening-pening menanda kat opis ni, last-last aku layan blog Peej.. terkekek2 sorang baca entry2 dia..
Sebab dah dekat 2 minggu kot tak jengah blog dia, busy kan..hukhukhuk.. :P

Nasiblah ada blog dia, boleh gak nak buat release tension main ngan pen merah tak habis2 ni..huuu

Ni sekarang tinggal nak key in je.

Legalah sikit kot.

Pastu tadi duk belek2 godek2 semua post lama and latest blog aku ni..
Aku rasa macam aku pentamak. huk huk huk..
Bercampur aduk kategori.

Nak kata personal tidak, tips tidak, berita tidak, gosip tidak..
Adoi!

ROjak sungguh blog aku ni.
Ikut hati nak adjust mana yang patut.
Tapi malas plus serabut. Nanti2 ah. Tak pun, lantak je lah.
Bukan ada reader pun? :P

Ah dah lah.
Serabut.
Babai!


p/s: Tq nuffnang sebab bagi lagi CPUV. CUma yang tak best, opis aku ni blog plak web nuffnang. Kejadah tah? huhu..

Post a Comment

0 Comments