Birthday Nenek ke 71!

Selasa 13 Mei 2014, kebetulan public holiday sebab hari wesak kan, so alang plan nak buat makan-makan sikit sempena birthday nenek aku yang ke 71 yang memang jatuh pada 13 Mei..



Ala, bukan apa pun, saja suka-suka makan-makan dengan family belah mak.

Angah Din dengan Aul tak ada  sebab dorang kena tunggu orang datang pasang unifi kat rumah dorang, dan family ucu memang jauh lah kan kat Langkawi tu, kalau buat event mengejut macam ni, memang susah lah dorang nak balik.

Buat dekat rumah mak je semalam, alang beli fillet ikan, suruh mak goreng sendiri je.
Plan asal nak makan kat luar, tapi mengenang ada dua baby tu, haru karang.. lebih-lebih lagi adam, sangatlah lasak! Baik makan kat rumah huhuu... Lepas tu alang beli kek, aku dengan zaimi sponsor pizza.. so yums!



Adam pun dengan tak malunya, tumpang makan sekali aisyah punya mee sup yang angah shidah buat.. haha..




Sebelum makan, selfie dulu ramai-ramai menggunakan monopod yang baru beli.. kah kah kah..




Lepas selfie dengan riuhnya, jom makan!








Sempat jugaklah merakamkan kenangan nenek dengan cucu terkecil, dan cicit sulung dia.. :')






Semoga nenek sentiasa sihat.. Dan dipinjamkan kepada kami lebih lama lagi......

Lama tak buat entry panjang-panjang macam ni..hihik..

Post a Comment

0 Comments