Raya 2014 punya cerita | Terbang kain mengejar anak!

Raya 2014 ni, memang full jadual beraya setakat ni.
Start dari Isnin raya pertama, sampailah Ahad raya ke tujuh.
Ada je program.
Betul betul raya tahun ni.
Hihih..

Lebih lebih lagi ada anak kecik kan.
Lagilah.

Gambar punya banyak tak payah cakaplah kan.
Beratus..hew hew ew

Dekat blog ni, summary je lah.
Untuk kenangan diri sendiri.
Dan readers (kalau ada).


Raya pertama

Tema raya famili kecik kami tahun ni adalah biru muda.
Bukan parti politik anak beranak ye..kih kih
Tak ke mana pun, pergi rumah nenek zaimi je..
Kota Bharu panas woa..
Berpeluh-peluh den *bajet orang Cameron Highland*
Dan yang best sebab adam tak cabut kain samping dia..yes!






Raya Kedua

Raya kedua zaimi kata memang hari berjalan ke Beris, iaitu rumah adik-beradik ibu mertua (mil) ku..
Sambil tu singgah rumah besan mil, dia demam panas..
Dan kakak iparku juga tak beraya lah tahun ni sebab dia kena jaga mil dia..
Lepas tu terus ke rumah abang dan kakak mil..
Abang mil aku tu, anak dia semua good looking!
Baik lelaki, baik perempuan.. cuci mata iolls..haha





Raya Kedua (Malam)

Dah puas berjalan ke Beris siang harinya, malam tu cousin zaimi pulak ajak pergi rumah.
Actually dia ajak tu petang, tapi dah keletihan dah kami ni, so malam lah pergi.
Mee goreng yang dijanjikan confirmlah dah habis kan.
Hahaha..
Cousin dia tu ada anak kecik jugak, tua tiga minggu je dari Adam, maka bersosial lah dua orang bayi..
Tah apa yang dimainnya..anak aku dahlah lasak!
Last-last nak bagi senyap, wife cousin zaimi tu bagi biskut.
Pulun lah baby baby sekalian makan.. End up, adam yang sibuk nak main tu makan separuh je, dan dia pass biskut tu kat si cousin dia tu, dan budak tu habiskan..hahah!






Raya ketiga

Raya ketiga ni agak tragis, malam baru boleh pergi raya.
Alkisahnya, kereta zaimi kena block dengan kereta mil, dan mil pergi jalan dengan adik ipar aku.
Dan dia terbawak pulak kunci kereta dia..
Maka siang harinya rehat je lah kat rumah..
Malam baru pergi ke Bunut Susu, rumah mak ngah zaimi..
Sedap woa dia masak Briyani.
Dengan tak malunya akju tambah lagi sepinggan :D
Adam macam biasa lah, ke hulu ke hilir macam YB.





Raya keempat

Kali ni turn rumah mil aku pulak buat makan-makan.
Mil aku goreng meehun je.
Dan yang lain, barbecue time!! *betul ka aku eja tu!*
Seperti biasa.. adam haruslah pergi bersosial..
Geram je aku menengoknya..
Tak reti diam!





Raya Kelima

Raya dengan ayam.
Hahah..adam je yang main dengan ayam dekat bawah rumah in law aku ni.
Jumaat lagipun.
Semua pakat berehat.. esoknya sebelum subuh dah nak bertolak balik rumah.





Raya Keenam

Pukul 3 pagi dah gerak dari Kota Bharu.
Zaimi kata biarlah berkorban tidur, asalkan dapat mendahului orang lain.
KB - KL ni jem dia super power beb.
Maka, 11.30 am dah sampai Semenyih..lega dapat elak jem.
Malam tu sajalah cakap kat mak abah, nak amek gambar raya dengan dorang pulak.
Tambah pulak adik aku nana ada kat rumah lagi.
Sekali malam tu, abah siap pakai samping bagai! Hahaha!
Tak pasal2 kami semua pun kena melaram.. zaimi pun ulang balik pakai baju raya pertama..kah kkah kah
Oh oboi takde. Pergi rumah girlfriend baru kat perlis. Gigih kan? *no komen*






Raya ketujuh

Lepas subuh mak dengan abah dah gerak ke Tapah nak hantar nana.. Sekejapnya jumpa adikku itu..huuu..
Kitorang plak tengahari tu pergi Balakong, raya rumah angah..Nenek memang duduk situ..
Kebetulan ucu pulak datang..
Meriah uolls!
Lama tak berkumpul.. tapi sejak ada anak ni, tengah sibuk bersembang, masa tu lah anak nak panjat meja makan..hahah! Adam tak pernah jumpa meja style jepun tu.. sedikit excited di situ.





Malam tu ucu nak datang rumah pulak.
Makanya, berdesup lepas dari Balakong, balik senawang, kemas rumah yang dah seminggu tak balik tu.
Sapu, kemas, isi kuih dalam balang, bla bla bla..
Makanya bila ucu sampai tu rumahku bersih dan suci gitu..haha!

Aku ni jenis tak suka tengok barang bertampuk2 sepah2..
Sikit-sikit ok lagi, bila horror sangat, aku sakit kepala.
Jadi aku tak nak orang sakit kepala masuk rumah aku, kemas rumah adalah penyelesaian terbaik!
Walaupun malas kenalah buat.. takde bibik kan..heheh..

Oh tulah cerita raya 2014.
Kalau ada lagi nanti story..
Daa..


Post a Comment

0 Comments