Hari ini aku decide untuk berdot com kembali setelah sekian lama domain lama berkubur.
Saja semak dengan syarikat yang uruskan tu, kot-kot boleh dapat balik domain lama. Tapi rupanya syazni.com dah dibeli oleh syarikat broker domain di China 😅
Apalah orang kat China tu nak buat dengan domain aku tu. Hmm.. Ini yang tiba-tiba menyesal pulak tak renew.
Jadi, sebab yang tu dah tak available, belilah domain baru yang telah diolah sikit. Mungkin sesuai la dengan aku sendiri yang kata mula blogging semula ni sebagai 'nafas baru'. Jadi gunalah domain baru.
syaznirahim.com
Sekejap je settle lepas berbalas email 2-3 kali, buat bayaran semua.
Tapi, hilang pulak bahagian komen yang sebelum ni aku guna platform disqus.
Hilang habis 😭
Bagitau zaimi, dia kata tak payah lah guna disqus tu. Baik guna komen yang memang blogger dah sediakan. Kata nafas baru kan, lupakan je lah blog yang konon nak lain dari yang lain sampai guna platform luar.
Betul jugak, dengan status dan umur sekarang, bukan banyak masa riang ria mengadap laptop 24 jam, macam zaman remaja masa belajar dulu tu. Huhu..
Jadi, disebabkan dari dulu guna Disqus tu, setting yang zaman dulu tu, dah buat semua komen dari platform blogger ni sendiri jadi hide.
Adumak sekarang kena allow balik, one by one, untuk 480++ posts. Perhh.
Nasib baik la post tinggal banyak tu je, kalau andai kata aku tak delete post2 mengarut zaman remaja tu, mau ada 1K++ post 😂
Jadi maaf pada komen2 post2 seminggu dua ni yang hilang.
Kalau sudi komenlah lagi hihi
Terima kasih sudi singgah sini ;)
26 Comments
Tahniah krna kembali beli domain. Mmg dulu2 masa abe kie belajar tulis blog guna belaka disqus n intensedebate. Pas tu buang belaka sbb bape kerat je guna. Back to default blogger comment. Mudah kwn2 nak tulis komen.
ReplyDeletebetul tu, lebih mudah, dan dah ada function reply kan. dulu pakai disqus sebab tak ada reply tu rasanya eheh
Deleteuncle pernah ada masalah dengan .com tu... akhirnya sekarang kembali pakai .blogspot.
ReplyDeleteapa nak buat...
blogspot pun mantap jugak :)
DeletePernah jadi MCM ni..bila nak beli semula dah jadi mahal
ReplyDeleteitulah, menyesal tak renew adess
Deletewah syaz guna domain hehee :)
ReplyDeletegeng lah kite ^_^
sep sikit hehe
DeleteSy bru je nak stat berblogging. Pakai blogspot je. Salam perkenalan semua
ReplyDeleteSelamat berblogging sis :)
Deletesayangnya xrenew. rasanya domain tu unik tu yang org kt china beli domain tu.hehe
ReplyDeleteTU la, sayang kan. Huhu
DeleteNama domain sekarang pun nampak lebih 'kepunyaan' 😊. Jom kita sama-sama gigih blogging semula hehe.
ReplyDeleteJom ;)
Deletekita ni pakai blogspot je lain2 tak tau... maklum lah menulis pun suka2 je
ReplyDeleteblogspot pun ok :)
Deletenampak best je yang pakai .com ni hehe
ReplyDeleteRasa macam lebih memiliki gitu..haha
DeleteSinggah sini.
ReplyDeleteSalah perkenalan. Harap aktif menulis ya.
Insyaallah, terima kasih singgah :)
DeleteTakpe, syaznirahim.com pun best juga nak sebut. Semoga makin rajin menulis dengan domain yang baru.
ReplyDeleteInsyaallah, terima kasih :)
Deletelebih mudah komen guna platform ni.
ReplyDeletetepat sekali
DeleteTedi x pernah tengok komen disqus. Tedi follow sini #513
ReplyDeleteTq Tedi :)
DeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.