Budak Suka Gigit Orang

Betul lah kata orang, anak-anak ni walau berasal dari rahim ibu yang sama, perangai dia tak akan sama. Dua anak lelaki aku sebelum ni, memang tak ada habit menggigit orang. Tapi si bongsu mak sorang ni, suka sangat gigit orang.





Dia sangat suka gigit orang masa dia happy, masa tengah main gelak-gelak, masa tengah seronok, haa masa tu lah selalunya dia akan gigit abang dia. Aku dengan zaimi pun pernah dia gigit.

Dulu masa dia betul-betul baby, lagilah kerap dia menggigit. 
Pernah pengasuh mengadu, dia gigit anak orang 😭



Tapi makin besar ni, dia gigit kami berempat je.
Orang lain dia dah tak berani.
Tapi nak katanya, dia ni sorang je yang ada pe'el menggigit tu 
*tepuk dahi


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ada la buat sedikit pembacaan, tentang kenapa ada budak yang suka menggigit orang ni.

Budak kecil yang menggigit ni, adalah instinctively, maknanya, di luar sedar.
Ini sebab budak kecik ni, dia belum lagi ada 'self-control'. Mereka masih tak boleh fikir akibat dan kesan dari tindakan menggigit orang tu.

Dan adalah juga beberapa sebab lain kenapa ada anak-anak yang suka menggigit ni:

  • Hilangkan sakit gusi sebab nak tumbuh gigi
  • Nak terokai 'punca dan akibat' perbuatan, macam diorang nak test, "apa akan jadi kalau aku gigit dia ni?"
  • Nak rasa perasaan menggigit
  • Nak memenuhi keperluan ransangan oral-motor 
  • Mengikut budak lain, atau orang dewasa lain
  • Rasa kuat dan berkuasa (wow really?)
  • Nak meraih perhatian
  • Nak mempertahankan diri
  • Nak menyampaikan sesuatu secara tersirat, macam lapar atau dah terlalu letih
  • Untuk menunjukkan perasaan yang tak selesa macam kecewa, marah, keliru atau takut, contoh macam bila berada kat tempat ramai orang, dia nak tunjukkan yang dia rimas.


Geram betul mak dengan budak ayu ni, ikut hati nak gigit dia balik hahaha

Tapi, memang kena tegur la habit ayu ni, sejak dia dah 2y+ ni, bila dia macam nak menggigit tu, kita cakap 'jangan' atau apa-apa yang melarang, dia dah faham, dia sengih je dan batalkan niat dia. Cuma kalau tak sempat perasan dia nak gigit tu, tu yang terlepas jugak beberapa gigitan!

Tapi adalah dinasihatkan untuk gigit anak kita balik ya tuan puan, sebab 'Biting a child sends the message that using violence is an acceptable behavior that can be used to solve problems.'

Ha gitu..


Siapa yang ada anak suka menggigit jugak, angkat tangan?!






Post a Comment

20 Comments

  1. Betul tu tabiat bawah sedar..Abah buah saya suka hisap ibu jari...SSekarang dah sekolah mula hilang tabiat tu

    ReplyDelete
  2. Anak sedara saya pun dulu suka gigit orang. Skrg dah besar dah tak gigit dah hehehe. Sakit jugak kalau kena gigit..lagi2 yang jenis susah nak lepas, mau berbekas tangan kita haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, berbekas kesan gigi, dahlah gigi banyak haha

      Delete
  3. Anak saya pulak yang lelaki suka gigit baju.Hahah.. Gigit orang tak pernah lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama macam ayu jugak, selai gigit orang, dia jugak suka gigit baju

      Delete
  4. Syaz! Dinding tu cat ke wall paper?

    ReplyDelete
  5. harap anak dara comel xde simptom autisme erk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah setakat ni M-Chart lulus cemerlang :)

      Delete
  6. Ada seekor kucing wak pula suka gigit tuannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama dengan kucing saya dulu, bukan setakat gigit, cakar pun teruk2, katanya efek lepas mandulkan dia

      Delete
  7. ada tengok cerita vampire ke

    ReplyDelete
  8. jgn jadi habit sudah ler... boleh buat gaduh nnt :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kami memang akan marah dia kalau dia menggigit, sebab takut gigit anak orang, tu tak best :(

      Delete
  9. Anak kembar saya...masa kecik saling gigit menggigit. Sekarang, bergaduh juga..tp dah tak gigit²...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik dah tak gigit2, kalau tak peninglah mama hihi

      Delete
  10. Anak buah shida sorg ni mmg suka mggigit tp xselalu..kdg2 je atau tiba2 je dia dah ngap kite hahahaa ^_^ beraaadooiiii la makcik dia ni ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha ayu pun macam tu, mujur sekarang kurang dah perangai dia tu

      Delete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.