Pages

Search This Blog

Dear blogwalker

Sila tinggalkan link blog anda di ruangan komen mana-mana post, nanti insyaallah saya dan blogger lain ke sana pula ;)

Tuesday, June 30, 2020

Kelas Taekwondo dengan SOP

Antara aktiviti yang tidak dibenarkan untuk beroperasi sejak bermulanya PKP pertengahan Mac 2020 yang lalu, adalah aktiviti sukan. Salah satunya adalah taekwondo.

Anak aku yang lelaki memang terhentilah pembelajaran taekwondo diorang.
Silap-silap dah ada step yang diorang dah tak ingat. ๐Ÿ˜…
Sebab kat rumah ni, kerjanya asyik bergusti je, tak pakai pun step taekwondo tu ahaha

Tengahari tadi, cikgu taekwondo ada whatsapp, yang katanya kelas taekwondo dah boleh mula kembali, tapi dengan SOP.

Dia adalah sertakan SOP dari Kementerian Belia dan Sukan seperti berikut.



Tapi selepas bincang semula dengan zaimi, rasanya mungkin tak hantar dulu kot.
Sebab aktiviti taekwondo ni sangat aku tak yakin anak aku boleh jaga jarak tu ๐Ÿ˜…

Ok, setakat hez hez belajar taegeuk tu, mungkin boleh dijarakkan.
Tapi bila aktiviti yang macam sparring tu, yang sepak-sepak kawan dan bertukar gear set tu.

Ke dia tak buat lagi aktiviti sparring tu?

Tak pasti.
Dan segan nak tanya lebih-lebih..huhu

Teringat pulak, beberapa hari sebelum PKP Fasa 1 tu, Adam dah jalani ujian kenaikan tali pinggang dari kuning 2 ke hijau 1.





Bingit telinga masa ni, kuat budak-budak tu semua melaung hez hez!

Tapi inilah last dia bertaekwondo.
Lepas tu sampailah ke saat ni, kelas tak ada.
Tinggal kenangan je setakat ni.

Jadi, adalah jugak rasa risau sebab takut dia lupa terus step.
Walaupun cikgu taekwondo dia cakap dia dah lulus ke hijau 1.
Tapi, macam tak berapa yakin lagi.


Amir?
Lagilah kesian, dia baru belajar kuda-kuda macam cerita Pendekar Bujang Lapok ๐Ÿ˜‚

Di tadika dia, ada sehari dalam seminggu, akan ada kelas taekwondo.
Parents yang berminat, bolehlah enroll anak masing-masing.
Aku pulak masa anak dah 5years baru enroll kan. 

Jadi amir baru je ada 3 ke 4 kali kelas entah, lepas tu PKP.
Kalau ikut dia bila aku tanya, baru belajar macam mana nak berdiri, dan single punch ๐Ÿ˜‚

Jadi apa pendapat kalian, adakah ok untuk sertai balik kelas taekwondo yang conform akan berpeluh sakan ini? 
Atau tak apa sebab kelas nya 2 jam saja 1 sesi?

Any comment?






18 comments:

  1. Mencabar jgk bdak2 nk ikut SOP ni. Tp ok la, dh lame x msuk sek. kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, tu yang timbul sedikit kerisauan tu huhu

      Delete
  2. Teruskan kalau masih mampu, sebab untuk masa depan mereka juga. Bergantung pada masa dan kewangan. insy Allah 2-3 tahun hebat dah tu, taekwondo


    www.oohsenyum.com

    ReplyDelete
  3. hebat amir n kawan2nya belajar taekwando...cikgu taekwando tentu tahu cara nk patuhi sop masa ajar murid2nya

    ReplyDelete
  4. Wahhh.. berbakat ni..

    Jemput join giveaway ya ☺️

    https://ejulz.blogspot.com/2020/07/giveaway-by-ejulz-mamapie.html?m=1

    ReplyDelete
  5. semua aktiviti sekarang ni kena ikut SOP kan SR, semoga anak-anak semua sentiasa di dalam lindungan Allah swt, aamiin

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah. bagus. saya dulu atlit taekwondo SUKMA dan coach taekwondo untuk kids jugak, tapi sskrang dah bersara dari dunia taekwondo

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh master sifu ni hihik.. hebatnya awak :D

      Delete
  7. Sekolah pun tak lama lagi dah nak buka dgn SOP, selamat kembali ke sekolah.

    ReplyDelete
  8. Dulu Nadia masuk kelas taekwondo jugak tapi masuk dua kelas je sebab Nadia rasa susah betul hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. emaknya ni pun tak pernah masuk pun kikiki.. takut dengar jerit hez hez tu dulu

      Delete
  9. Replies
    1. Baik! Terima kasih atas sokongan aunty ihihi

      Delete

Terima kasih kerana meninggalkan komen, dengan komen anda, saya rasa gembira kerana saya tau coretan saya dibaca~

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Disclaimer


All content provided on this "Syazni Rahim Blog" blog is for informal reading only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information or comments on this site or found by following any link on this site.

The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information.

The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.