Romanticism

Pernah tak terfikir, kenapa selalunya, apabila seorang lelaki, sebagai contoh dia adalah seorang ayah, apabila dia buat sesuatu yang sepatutnya memang apa yang patut seorang parents buat pada seorang anak, seringkali mendapat pujian, kadang-kadang sampai viral seantero dunia!

Seorang ayah pakaikan baju anak lepas mandi, 'awww baiknya ayah dia!"

Seorang ayah suapkan anak makan, 'bagusnya ayah dia!"

Seorang ayah pimpin tangan anak perempuan dia lintas jalan, 'so sweet!!"

Tapi, bila seorang emak yang buat semua perkara tu, ianya adalah normal. Biasa. Tiada apa yang boleh diviralkan. 

Kenapa ya?

Bagi aku, semua tu disebabkan 'effect romanticism'.

Perlakuan yang memberi nilai yang boleh menjadi inspirasi dan menonjolkan seseorang individu, lebih kurang macam tu lah maksudnya mengikut cikgu bahasa inggeris aku dulu, kalau kurang tepat maaf ya.

Jadi, sebab norma nya emak yang buat, jadi bila ayah yang buat, ramai orang akan romanticized perkara tu.

Aku selalunya so-so je bila isu ni timbul. Tak condemn, tak sokong. 

Tapi semalam, aku sendiri telah mengalami benda tu!




+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Zaimi balik dari kedai shopping groceries, masa dia angkat semua barang keluar dari bonet kereta, dia ajak ayu sekali. 

Ingatkan dia nak bagi biskut ke, air kotak ke kan..


Sekali dia keluarkan sepasang kasut ala croc warna pink terang, suruh ayu sarung.

OMG tanpa diduga perasaan in awe menerjah segenap ruang hati. Bertambah awww bila ayu sarung, seronok dapat kasut baru, terus senyum yang macam happy sangat tu.


Halah sweetnya, first time ayahnya belikan kasut pink terang kat gegirl dia ni.
Ye lah selalu kan kalau beli groceries ke, shopping ke, aku mesti pergi sekali.
Kalau aku pulak shopping sorang-sorang, belikan barang kat anak macam ni, perkara biasa sangat.
Selalunya zaimi ni, beli sebijik sebijut ikut list, jadi bila tetiba dia teringat nak belikan kasut pink terang ni kat ayu, so sweet ahaks

Comel pulak tu, ada kambing biri-biri.
Pandai pulak teka saiz kaki anak dia tu 😍


Maka harini, aku dah mengerti macam mana boleh terbit rasa nak romanticized tindakan simple seorang lelaki apabila membabitkan hal parenting. Haha!




Sukalah tu, dapat kasut baru ya 😊

+++

Post a Comment

41 Comments

  1. comeynya dua beradik ni.. cute! =D Ayah pun pandai bab parenting ni cuma kdg2 kita tak perasan

    ReplyDelete
  2. Uncle kalau tido kat sofa, mesti aunty cakap... Wah! Cantiknya tido!? Baahaha!

    ReplyDelete
  3. Nanti melekat la kasut tu namanya kasut ayah beli. Heheh.. Kalau kasut yang ibu beli sealunya di sebut kasut je. Tak pun kasut biru, kasut merah, kasut hijau..gitu je..

    "Nak pakai kasut mana satu ni??"

    "kasut yang ayah beli.. " jawab anak.. hahaha

    ReplyDelete
  4. Benda yang ayah jarang jarang buat...sekali buat nampak rare dan sweet gitu.

    ReplyDelete
  5. Yerlah bila ayah buat mmg nampak satu value berbanding mak kan. Macam syaz ckp mmg biasa mak yg buat semua2 tu, skali2 ayah buat haaa nmpak kelainan skit :)

    seronok adik dapat kasut baru. Thanks utk encik suami jd lain dr yg lain masa tu ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul3, seronok sangat ayu dapat kasut tu hehe

      Delete
    2. syaz kenapa iklan nuffnang yg squre duk atas header..salah psg ke?

      Delete
    3. Konon pasang untuk mobile, tapi entah kenapa kat laptop pun dia keluar uhuk.. tak reti dah (malas jugak) nak godek shida

      Delete
  6. asik ya kakak dan adik, terpaut jarak dengan tidak begitu jauh

    ReplyDelete
  7. Zaimi... sama pulak namam dengan arwah suami saya... Thanks folo blog saya.. Saya folo awak balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al-Fatihah untuk zaimi awak ya, nama kita pun macam lebih kurang :)
      Salam kenal

      Delete
  8. comel kasut baru dia, sesuai lak tu... pandai ayahnya pilih

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah tu, kena dengan taste gegirl dia hihi

      Delete
  9. Begitu juga kalo ayah tolong mandikan anak, tolong basuh pinggan, sbg isteri kita akan rasa bahagianya suami kita rajin menolong kita dlm urusan rumahtangga. Mcm Rasulullah yg sering dikisahkan suka membantu isteri baginda, jahit sendiri baju yg koyak, tolong isteri baginda memasak..itulah suami mithali..

    ReplyDelete
  10. Akk dah balas follow ye, trmkasih sbb follow akk yr😊😊

    ReplyDelete
  11. ayah tak pandai nak tunjukkan sayang, tapi once dah tunjuk tu touching sweet dan romantic

    ReplyDelete
  12. Kena galakkan ayah buat perkara luar daripada kebiasaan. Beri hati berbunga gembira.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni nak minta dia belikan kasut emaknya pulak lah hahaha

      Delete
  13. Waaa... cutenya kasut gambar bebiri pilihan bapak hehehee..

    ReplyDelete
  14. Comel kasut. Mcm tuannya jugak. Semoga anak2 sihat dan jadi anak soleh dan solehah.

    ReplyDelete
  15. Saya harap ada ciri2 romanticism tu..ada kot hehehe

    ReplyDelete
  16. sebab bapa2 ayah2 ni jrg buat sesuatu yg sweet2 tuk anak perempuan so bila diorang buat, peristiwa tu cam bermakna sgt, sweet. tapi if diorang beli baseball cap tuk anak lelaki, biasa je kan. apapun, comel anak2 sis

    ReplyDelete
  17. comelnya kasut & gegirl...men are from Mars, women from Venus...hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe walaupun dua2 duduk di bumi kan hahah

      Delete
  18. saya biasa buat untuk anak-anak..

    kesannya anak-anak rapat dengan saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, anak2 akan jadi rapat dengan ayahnya

      Delete
  19. alahai comelnya...seronok dia dapat kasut baru ek...biasa macam tu la kan sis, sebab lelaki ni dia jarang2 nak buat benda sweet, kadang dia sendiri pun tak perasan, benda yang dia buat tu sweet sangat...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat part yang dia sendiri tak sedar dia buat benda sweet tu hehe

      Delete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.