Mood nak deco rumah masih ada, kebetulan masih boleh WFH sebelum kena kerja sepenuhnya di ofis mulai awal Ogos ni.
Jadi, why not kami sambung balik kerja-kerja deco deco yang dah tergendala (sebab malas) tu haha!
Tangga rumah kami ni, jenis batu, atas ada parkir.
Patutnya memang cantik tangga tu, tapi dekat bahagian batu tu, cat dia dah terkupas-kupas. Makin lama makin horror. Bertambah memilukan (eceyy) bila ayu suka panjat dan tolong kupaskan lagi bagi semakin tercabut-cabut cat nya.
Jadi sebelum operasi, sajalah nak ambil gambar kenangan tangga yang dah terkupas-kupas tu.
Ayu pun macam biasa lagi, mesti nak posing.
Hahaha
Takpe, kita kasi can.
Lepas dah ukur semua, mulalah zaimi dengan operasi deco tangga dia dengan wallpaper yang beli kat Shopee!
Harga semua aku tak tau, sebab dia yang beli dan pilih sendiri wallpaper ni.
Tapi yang pasti, dia beli 3 rolls.
Jadi, aku pulak memang tak berani nak campur tangan bab-bab yang perlukan penelitian ni sebab aku kadang-kadang (bukan selalu ke?) cemerkap.
So, awal-awal dah minta izin untuk taknak join buat, aku cuma bagi sokongan moral je hahaha
Maka zaimi pun dengan adam berdua.
Amir kat tadika.
Ayu? Dia watak pengacau bolehlah 😂
Buat suamiku, jangan tak buat kih kih kih
Mulakan dengan ukur dan try acu di dinding tangga tu.
Try satu dulu.
Macam ok je. Maka teruskan.
Sambil-sambil tu, kami decide untuk cabut je lah pagar baby yang kami pasang kat tangga sebelum ni. Ayu pun dah pandai dah bukak sendiri pagar tu, dah elok dah naik tangga.
Jadi, pagar yang dah terpasang dari umur adam 7 bulan tu, akhirnya ditanggalkan.
Touching la jugak. Huhuk
Tak lama pun masa yang diambil nak siapkan pasang wallpaper dekat tangga ni rupanya.
Ke sebab zaimi buat kerja laju, tapi aku rasa standard je pergerakan dia. Eheh
Inilah hasilnya lepas dah siap 😀
Ye habuk kena mop.
Dan ye, memang peel suka letak barang atas tangga macam tu, habit yang tak dapat aku kikis huhuhu..
Alkisahnya, siap semua anak tangga ni, guna tak sampai 1 roll pun wallpaper tu.
Siap ada extra lagi 2.
Jadi manakah nak ditampal wallpaper tu ya?
😂
36 Comments
cantik la wallpaper baru tu. tampal je dinding mana2..pasti puas hati...
ReplyDeleteAkan dipikirin mana dinding yang sesuai ni hehe
DeleteCantik berseri dah tangga.
ReplyDeleteHehe.. harap kekal lama
Deletecute Ayu..pandai posing..
ReplyDeleteMana entah dia belajar hehe
DeleteCantik.. npk mcm real..
ReplyDeletehihi terima kasih :D
Deletewah..cantik dah
ReplyDeleteHehe.. berkat kerajinan zaimi ;)
Deletetampal kat bilik air pun lawa tu.. Tak pun kat dinding tiles yang kat table top tu.
ReplyDeleteBetul juga, good idea ! ;)
DeleteNampak cantik dan jimat duit jika mengupah orang lain kan.. hehe
ReplyDeleteItu semestinya haha
DeletePandai pilih wallpaper..nampak cantik..
ReplyDeletesuami pilih..hehe.. pandai beliau pilih ek
DeleteCantik hasilnya...
ReplyDeleteterima kasih ;)
DeleteMacam letak batu-bata betul-betul di tangga itu.
ReplyDeleteCantik. Nasib baik jadi.
Itulah, nasib baik jadi
DeleteRAJINNYA MENDECO-DECO CANTIK KEJADIANNYA
ReplyDeleteMood mendeko masih ada semetara WFH hehe
DeleteGood idea dan hasilnya pun cantik.
ReplyDeleteTerbaik!
terima kasih ;)
Deletecantikkkk kalu umah sy ada tangga nk jg tiru😅😅
ReplyDeletealamak hehe
Deleteskarang ada SHopee ada Eco shop memang mudah nak cari barang deco..
ReplyDeleterajin n tak je kan hehe.. tapi overall cantik sngt tu.. simple =)
hehe tu la, dah harga pun tak mahal sangat ;)
DeleteDah siap pasang nampak cantik pulak. Berbaloi-baloi beli & buat sendiri ni.
ReplyDeleteBetul, terasa sangat berbaloi :D
Deletecantiklah syaz..mcm kena je sticker design tu dgn tangga :)
ReplyDeleteBetul, mula-mula risau juga kot2 tak sesuai :)
Deletewah..cantik hasilnya. new look... yeah!!!
ReplyDeleteJadi kurang sikit malas nak naik turun tangga hahaha
DeleteCantik corak wallpaper tu..
ReplyDeletezaimi pilih hehe
DeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.