Search This Blog

Monday, August 10, 2020

Ke Japanese Village Bukit Tinggi

On the way balik dari majlis nikah adik aku Sabtu lepas, zaimi terasa nak bawak anak-anak dia berjalan sekejap.

Fikir punya fikir, why not singgah Bukit Tinggi kan!




Sebabnya, kami
memang tak pernah pergi.


So let's!

|Entry ini banyak gambar|

Dari Kuantan, ambil masa dalam 2 jam setengah juga nak sampai ke exit Berjaya Hills tu jika ikut Highway. Sesampai je kat sana, kena teruskan perjalanan dalam 20 minit lagi untuk naik ke atas. Jalan boleh tahan melingkau-lingkau.

Sesampainya pulak kat atas, kena lalu pondok guard, masa tu dia bagi je kami masuk.

Dan nak kata noob nya aaku dengan zaimi, kami terkejut bila dapat tau yang nak ke Japanese Village dan Colmar Tropicale tu dikenakan bayaran. Kah Kah Kah! Nasib baik ada cash.

Ok dah tu, jangan gelak banyak-banyak, aku nangis nanti ahaha

Jadi, harga tiketnya RM12 untuk dewasa, RM6 untuk kanak-kanak. Tapi ayu free bila kami cakap ayu 2 tahun.

Dekat kaunter tiket tu, ada staff yang pegang QR code minta kita scan mySejahtera kita, dan dia check suhu kita semua.

Dan, sekali lagi insiden noob berlaku.

Budak kaunter tu cakap, Japanese Village tu tutup pukul 5.30, Colmar tutup 10malam.
Masa tu, jam dah 4.30pm.
Arhhh apakah ini! 
Buatnya tak sempat, rugi sebab dah bayar.
Maka zaimi pun terus pecut ke Japanese Village dulu.

Sampai, cari parking.
Sekali lagi ke noob an kami diuji.
Inilah bahana pergi tanpa perancangan, tak buat research dulu.
Alkisah, dari tempat parking tu, kena mendaki pulak untuk ke Japanese Village.

La haw la walla..
Lutut dahlah injured, kaki kena timpa spray nyamuk tu pun bengkak tak surut lagi.
Adududu.. 
Tengoklah tangga dia ha!


Ada 88 anak tangga yang boleh tahan curamnya.
Mula-mula aku ingat nak tunggu dalam kereta je.

Lepas tu fikir punya fikir, why not aku redah je.
Kaki sakit pun tak apalah, dah bayar kot!

Jadi, slowly aku kejar zaimi dengan anak-anak.
Adam amir ayu mentang-mentanglah muda belia sihat walafiat, berlari je diorang naik tangga tu.
Allahu..

Sampai kat atas tu, ingat terus lah nampak Japanese Village nya.
TIDAKKK!

Ada lagi bukit kau kena daki wahai syazni!


Slow slow lah aku mengejar diorang.
Suasana memang nyaman, atas bukit kan, sejuk je.

Pemandangan pun indah sangat.


Banyak paku pakis, dari kecik sampai ke bapak paku pakis ada kat sini.


Lincah betul anak mak 3 ketul ni.
Laju mendaki!



Manusia lutut injured ni akhirnya berjaya jugak sampai ke atas. 
Tercari-cari mana Japanese Village nya?

Rupanya kena naik atas lagi ke sebelah kiri, kalau ke kanan, ada kedai hadiah dan restoren.
Tapi sebab kejar masa, kami pun abaikan je kedai dan restoren tu.

Daki lagi..adehh..
Masa ni hati dah menjerit laungan penyesalan haha




Bergambar dulu sebelum kembali mendaki lagi ke atas kiri tu.



Bergambar kenangan, yang kami masa tu berada di 3500 kaki dari paras air laut!


Area dia cantik sangat.
Ada pokok, lumut, lichen..
Ada kolam ikan, air jernih sangat-sangat.

Anak-anak memang sangat happy la, walaupun kena pakai mask.

Orang ramai jugak, jenuh jaga jarak.

Maka, bila dah sampai kat atas tu, tempat yang boleh pakai kimono tu dah tutup.
Jadi bergambar kawasan sekitar je lah.






Rumah yang kat gambar atas ni lah tempat boleh pakai-pakai kimono semua tu, tapi tutup dah masa ni. Nampaklah staff tengah kemas-kemas.








Tak adalah luas sangat pun area tu, pusing-pusing tempat sama jugak.
Dah round dua tiga kali, dah ambil gambar, maka kami pun turun balik lah ke parking kereta.


Ingatkan nak jalan-jalan ke Colmar pulak, tapi manusia punyalah ramai, maka kami decide untuk tidak pergi.
Mungkin lain kali lah.

Tak berani pulak nak bersesak dengan diorang ramai-ramai tu.

Jadi itulah saja pengalaman aku pergi Jepun.
Ahaha

Korang pernah ke sini?
😃









27 comments:

  1. buat atie rindu japan tgk gambar2 ni :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah pergi melawat jepun palsu ni buat lepas rindu hehe

      Delete
  2. 88 anak tangga? Kalau uncle, terima kasih sajalah... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum cuba belum tau, mana tau uncle boleh berlari ke atas? hahaha

      Delete
  3. hehehehhe... akak mampu gelak je
    akak pernah pergi dulu tahun 2010 rasanya, masa tu ada perkhidmatan tram untuk naik ke atas tu so mana yang malas mendaki boleh naik tram tu, cuma dulu takde tangga yang tinggi tu, dulu boleh je drive sampai area dekat-dekat situ baru lah kene jalan naik ke ats tak jumpa tangga banyak anak tangga tu... tapi kat sana memang sejuk masa tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jugak nampak tram, tapi agaknya dah lewat petang, dengan kami yang takde knowledge nya, main daki je hahaha

      Delete
  4. Menariknya syaz tmpt ni, puas hatilah rasanya dgn bayaran yg dikenakan. Suami akk suka tmpt camni, nnt akk nak bagitau dialah.
    Akk tabik spring ko syaz, dlm duk sakit2 lutut tu berjaya juga ko mendaki 88 mata anak tangga tu..dah baik ke blm lututnya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi pergilah kak, best jugak dapat udara segar ;)
      belum baik lagi, bilalah nak baik entah huhu

      Delete
  5. kalau akak langsung lah. tp kalau pelan2 maybe ok kot. cuma silap2 besok pagi baru sampai. lutut bukan takan injured tp mmg banyak problem lah. back bone prob lagi.

    ReplyDelete
  6. First time GV tahu ada Japanese Village kat sini. Hope dapat ke sana nanti. tapi takut penat nak naik tangga. huhu.

    ReplyDelete
  7. Pernah datang sini sekali, penat juga nak mendaki bukit sampai ke situ, nasib cuaca sejuk tak lah terasa sgt betul tak? pemandangan memang cantik sekali.

    ReplyDelete
  8. Teringin nak ke sana.. nampak nice, cantik untuk ambil gambar kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Betul tu, orang muda sekarang cakap instagramable ;)

      Delete
  9. syok ahh pi jepun ^_^ shida xjejak lg kat sana..Inshaa Allah one day :)

    ReplyDelete
  10. Pernah pi situ berbelas tahun yg lalu, sblm ada anak anak. Ntah bila laa nak repeat pi situ lg.

    ReplyDelete
  11. ehehe pegi dulu pun insof daaaa nak p Japanese Village ni ckupla skali..
    p lepak Colmar je minom minom then p taman arnab. tatau ada lg ke x..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada rasanya, kami tak sempat nak round colmar tu, ramai sesangat orang, takut pulak nak pergi huhu

      Delete
  12. Suka pergi sini tapi itulah jauh pulak. Baru beberapa kali je pergi. Kalau dekat dah pergi selalu dah ni sebab suka betul tengok view dan suasana hutan ala japan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu AMN, view dia memang sangat2 cantik!

      Delete
  13. Tak pernah sampai lagi.. InsyaAllah ada rezeki nak juga ke sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak lagi best, menginap kat colmar tu sha..hehe

      Delete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Ya it's me

My photo
Senawang, Negeri Sembilan, Malaysia

Disclaimer


All content provided on this "Syazni Rahim Blog" blog is for informal reading only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information or comments on this site or found by following any link on this site.

The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information.

The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.