Salam Public Holiday semua!
Apa khabar, sihat?
Tak ke mana-mana ke harini?
Kalau tak ada idea nak ke mana, boleh lah try pergi ke
Rumah Terbalik Port Dickson.
Tiba-tiba teringat pulak kenangan masa pergi ke sana lebih kurang
3 tahun yang lepas.
Asalnya menginap kat Port Dickson masa tu, sempena ulangtahun perkahwinan ke 5.
Anak pun baru dua masa tu 😂
ENtahlah, sebab rumah dekat dengan Port Dickson kot, sebab tu lah selalunya Port Dickson ni jadi pilihan nak jalan-jalan.
Masa tahun 2017 ni, harga tiket dia taklah mahal sangat, sebab kalau mahal, mesti aku taknak pergi, aku kan kedekut keh keh keh.. cumanya aku tak ingat exact harga dia berapa.
Dan masa ni, adam dan amir kecik lagi, sorang baru nak masuk 4 tahun, sorang setahun lebih.
Jadi memang tak boleh nak expect budak kecik yang tak ada darah modelling ni, akan bagi kerjasama yang bisa mendapatkan gambar dengan effect terbalik yang baik lah.
Tak kisahlah, janji semua happy masa ni.
Aku dengan zaimi la yang paling happy, tanya amir haram langsung dia tak ingat dia pernah ke sini hahaha
|Entry ini banyak gambar|
Oh ya kalau nak bergambar semua geng kita sekaligus dalam satu gambar, budak staff sana memang baik hati, diorang akan ambilkan gambar.
Dah namanya Rumah Terbalik Port Dickson kan, makanya banyaklah spot bergambar secara terbalik.
Gambar ada yang ok, pandai staff tu ambilkan gambar, ada yang tak berapa jadi, nak buat macam mana, kami berempat memang kayu bergambar haha
Disebabkan ramai kawan-kawan cakap takut tengok gambar ni, makanya kita letak dia saiz kecik je sudah hahah!
Ya masa ni aku sempatlah bergambar dengan hantu-hantu tu semua.
Dan siapa cakap aku demok, aku suruh hantu-hantu tu menghantui korang ahahaha
Entahlah weh masa ni terlalu happy ternak lemak kot.
Hmm..
Selain effect tergantung dari syiling, ada jugak spot yang buat kita melekat kat dinding.
Cuma satulah antara silap yang aku perasan, aku tak buang time stamp kat gambar, jadi dia sedikit mengganggu ilusi terbalik atau melekat tu.
Eh macam mana amir boleh tergantung atas pintu tu?
Haha!
Yang ini pulak effect dia macam gambar yang diambil dari atas.
Rasanya posisi yang sesuai adalah semua sandar rapat ke dinding, baru nampak macam baring.
Aku tu entah pesen apa, sejenis terapung pulak, macamlah ringan sangat nak terapung 😂
Ada spot yang buat kita nampak macam gergasi.
Ada spot yang buat kita nampak macam kenit.
Bukan kenit Hasbirabbi 7HMK2 tau 😜
Ada spot lukisan-lukisan kat dinding yang nampak 3D.
Kalau pandai gayakan, memang menarik sebenarnya.
Ada beberapa monumen kecik kecik.
Spot untuk ilusi ni ada banyak tau, cumanya tak jadi sangat gambar-gambarnya.
1. Segan.
2. Kejar anak-anak tak sudah.
Dan, yang terpaling favorite dekat sini adalah jamban ini.
Ahahaha
😂😂😂😂
Tapi ini semua 2017, sekarang mesti dah lain sikit, mesti dah ada ubah-ubah sikit kan.
Yang penting kalau nak pergi, patuh SOP la ya musim-musim pandemik ni.
Sekian entry throwback minggu ni, terima kasih sudi tengok gambar gambar 😆
PS: Kalau diberi kuasa untuk set up 1 room untuk rumah terbalik, korang nak buat bilik apa jadi terbalik? Kalau aku, aku teringin nak terbalikkan area sidai kain hehe
42 Comments
teringin nak gi rumah terbalik bawak anak-anak ni.bilalah gaknya berkesempatan
ReplyDeletePergilah sis, banyak tempat dah ada rumah terbalik ni kan sekarang ;)
Deletegambar yang dlm toilet tu kelakar...
ReplyDeleteehehehee... creative gila sapa yg starts buat rumah terbalik ni...
ahaha kan, macam manalah boleh tercetusnya idea tu
DeleteIni betul2 "campak belakang lalu terbalik".
ReplyDeleteAmmi pun pernah singgah sini masa gi rumah SIL kat area politeknik tu
hihihi.. rasa macam nak repeat gak ni bila2.. tapi tu lah, bila entah..haha
Deletebesar juga rumah terbalik ni.. yg best bila nak bergambar, macam2 idea dan style ada..haha
ReplyDeletePergi ramai2 baru best ni sebenarnya, nak2 semua gila2 hehe
DeleteMmg enjoy posing2 kt rmh terbalik...yg kt jamban yg paling win..
ReplyDeletepernah gi yg kt Penang..
ahahah best kan ;)
DeleteUnik.Kawan-kawan PC dah ada yang berkunjung.
ReplyDeleteNanti PC pun boleh pergi jugak tau :)
Deleteseronoknya syaz..shida xpernah lg pergi ke tempat2 mcm ni ^_^
ReplyDeletemcm mana kdudukan tandas tu? pelik pulak rasa hahaha
ahahah..kena pergi baru boleh tau :P
DeleteTu dia..semua dah tergantung macam kelawaq..hahah
ReplyDeleteahahah sekali sekala feeling2 kelawar :)
Deletewak pown dh pegi rumah terbalik n9 nih., hehehe
ReplyDeleteps. abeslah rumah terbalik tamparuli negeri sabah tu bah sbb xleh amek gambar khannns., ;p
tapi jauh di sudut hati, teringin nak pergi yang tamparuli tu hehe
DeleteTak pernah lagi pergi rumah terbalik..mcm seronok pulak bergambar dalam rumah terbalik..
ReplyDeletebolehlah cuba nanti :D
DeleteSerius la kat PD ada rumah terbalik. k.fiezz baru tahu baca entry Syaz ni.haha. #ketinggalan sungguh lah..haha
ReplyDeletehahaha ada k.fiezz, boleh pergi nanti
Deletegambar amir tergantung atas pintu tu best! hehehe
ReplyDeleteahahah :P
DeleteCantikla semua gambar2 tu, akk paling suka gambar dlm toilet bowl dgn gambar anak syaz tergantung atas pintu tu..nanti akk nak ajak somi ngn anak2 pegi sini juga, akk tak tau pun ada rumah twrbalik kt PD ni, jangan2 somi akk pun tak tau sbb dia bukan kaki jalan. Tq shaz share somethin benefit mcm ni.
ReplyDeleteHehehe..nanti boleh ajak suami pergi ye kak, best jugak sekali sekala terbalik hehe
DeleteWak tak pernah sampai lagi tempat ni
ReplyDeletenanti boleh try pergi wak :D
DeleteMacam lagi best je yang PD ni. Masa pergi kat Sabah, dalam kepala asyik pk janganlah barang2 tu jatuh atas kepala. pastu nak cepat2 keluar.
ReplyDeletealamak seram jugak kan hahaha
Deletewahhh bestnya pergi ke rumah terbalik di port dickson
ReplyDeletebest best best!
Deleteseronok tengok gambarnya^^
ReplyDeletesy satu hari duduk rumah layan movie sahaja hehe
layan movie pun best jugak :)
Deletebest gak ye ambil2 photoshoot kat sini
ReplyDeletebest mamapp, kenangan bersama keluarga :)
DeleteHahaha.. comel-comel semuanya.. pandai bergaya.. hehehe..
ReplyDeletekejung je kami semua hahaha
DeleteMenarik juga rumah terbalik ni. Tak pernah masuk lagi mana2 rumah terbalik
ReplyDeleteada peluang nanti boleh try masuk :)
DeleteWahh menarikkk. Selalu g PD g picnic. Tak tahu pulak pasal rumah terbalik ni syaz. Tq share. Nanti boleh bawak anak ke sini jugak.
ReplyDeleteComel semua gambar. Ruby suka tgk hat nampak kenit kat buku tu.
Kat toilet pun ada 😂😂
hihi, nanti rubiah boleh try pergi pulak dengan family :D
DeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.