Semalam sesampainya kat ofis, terasa nak pergi menjengah kafe kat bangunan HEP tu.
Rasa lama dah tak ke sana, sebab selalunya breakfast kat luar campus.
So why not kan?
Let's.
Adalah beberapa jenis makanan yang dia jual.
Sebab student tak ada, selalunya kafe ni memang tak buat banyak makanan dia.
Orderlah teh ais untuk take away, sambil-sambil mata melilau tengok kot-kot ada kuih sedap-sedap ke kan.
Usha punya usha, mataku tertancap (cewah) pada deretan cekodok pisang.
Oh ini barang baik!
Apa lagi, terus ambil 2 cucuk, masukkan dalam plastik.
Air pun dah siap, apa lagi, moh le bayar.
Sampai kat ofis, ngap la sebijik.
Lepas tu gigih pulak ambik gambar cekodok tu.
Macam tau-tau ada insiden nak jadi kan.
Disebabkan ngap yang pertama tadi begitu sedap, masa ngap yang kedua,
kunyah ala kadar (don't try this at home), terus telan.
Ha ketika inilah insiden berlaku.
Oh bukan tercekik, alhamdulillah.
Tapi masa telan tu, aku dapat rasakan ada macam kayu terlekat di kerongkong.
Terbatuk-batuk aku.
Lepas tu aku perasan yang dalam rongga mulut pun macam ada serpih kayu.
Bila dikeluarkan, rupanya lapisan lidi tu.
Jadinya, yang ada kat kerongkong aku ni pun adalah lidi la kot??
Aku pun check la lidi tu, nampaklah dia macam terkopek sikit.
Tak pernah2 makan cekodok tercekik serpihan lidi..
Adududud
Seksa jugak lah, sebab telan air, telan macam-macam, rasa tersengkang je kat tekak.
Dan tengahari tu baru dapat idea minum air sambil sengetkan badan ke kanan, macam posisi nak baring. Sebab dapat rasakan lidi tu tersekat kat belah kanan sikit.
Lepas cuba 3 4 kali, barulah dah tak rasa dah lidi tu kat tekak.
Legaaaa..
Entah apa-apa tah.
Macam-macam..
66 Comments
RASA TERSEKSAKAN BILA TEKAK TERLELKAT SESUATU
ReplyDeleteSangat seksa, tak jadi kerja dibuatnya
DeletePenah dengar tak makanan kena kunyah 44 kali. ?
ReplyDeleteHahaha.. bahaya tau makan seketul cekodok mcm tu. Lagi bahaya sebab tak makan dengan aku. Kahkah.
Ahahah,, lamanya 44 kali weh, masa clock out pun tak habis lagi 2 cucuk kah kah
DeleteUish.. scary nye.. Alhamdulillah takde yang serius
ReplyDeleteSerius scary, siap fikir nak kena warded kat hospital, buat pembedahan semua dah masa tu wuwu
DeleteHMM TARIK NAFAS BACA N3 SYAZ...DAH JADI SEKALI BERINGAT SELALU AIN KALI LEBIH HATI2
ReplyDeleteBetul tu kak PI, memang akan sangat beringat lepas ni T_T
Deleteadoyai bahaya tertelan lidi tu. nasib baik semua ok.
ReplyDeletealhamdulillah syukur
DeleteAllahuakbar.Syukur sangat.Risau kalau luka tekak.
ReplyDeleteagaknya luka jugak sikit, pedih jugak tekak semalam..huhu
Deleteuit scarynya !! kalo cekodok xpe lagi makanan ni kayu tu.. betul2 nikmat makan sampai termasuk kayu tu. nxt time tengok2 dulu tau before ngap tu..
ReplyDeleteitulah, sedap sangat + lama tak dapat, lupa diri sekejap masa makan huhu
Deletengeri jugak tu bila ada serpihan lidi dalam makanan...ni kes lapar sangat sampai terkunyah lidi ke ada serpihan dalam cekodok tu?
ReplyDeleteserpihan lidi tu memang dah siap2 terlekat dekat cekodok tu..huhu
Deletesedap makan masa panas2 ni :)
ReplyDeletemasa tak panas pun saya suka haha
DeleteUih! Bahaya jugak tu....
ReplyDeletebahaya jugak uncle..huhu
Deleteaduhai.... pasni nak makan kene kuarkan terus dari lidi tu... bahaya jugak yek... aduhai nasib la boleh ilang
ReplyDeleteitulah kak, nasib baik hilang huhu
DeleteYa Allah...syukur Syaz ok.
ReplyDeleteTak terfikir pulak boleh jadi bahaya gini. Kalau tercucuk tu ada la terfikir dan berjaga-jaga.
Lepas ni nak makan yg ada lidi kena perati lidi tu sebelum ngap la pulak.
betul tu, nampaknya lepas ni memang kena kelebek habis2 baru ngap huhu
Deleteaduhhhh...ammi pulak yg rasa nyeri tu
ReplyDeletememang ngeri ammi.. teringat2 jugak ni huhu
Deletebahaya tu. lain kali jgn gelojoh makan tau..mujur x ada apa2..
ReplyDeletemujur sangat abamkie.. memang akan beringat
Deletedari sedap terus terseksa .. mujur permasalahan berjaya diatasi :-)
ReplyDeleteitulah..huhu
DeleteAllahuakbar nasib takde pape. Zumal pun pernah juga jadi gitu, sekarang macam trauma nak makan benda2 yang ada lidi, plastik ada stapler
ReplyDeletekan zumal, jadi trauma jugaklah
Deleteadoi syaz mujur tak apa2 hehe :)
ReplyDeletehuhu tu la kak AJ..
Deletebahayanya makan dari lidi... kena manual kuarkan dulu dari lidi baru makan...
ReplyDeletebaru sempat blogwalking. thanks ya join segmen mia. senarai peserta ada di sini https://www.mialiana.com/2020/07/senarai-url-blog-37.html
kena keluarkan dr lidi, kena koyakkan dulu cekodok tu cek ada apa2 tak kat dalam nya hehe
DeleteBahayanya ya...nasib tak luka dalaman tekak..
ReplyDeleteluka juga cikgu, nasib tak teruk..huhu
Deletefav tunang sy.. sy kurang cekodok pisang ni hehe
ReplyDeleteehh tapi ni first time sy nampak cekodok cucuk lidi, dekat sini jual sebiji2
itulah, rajin pulak kan peniaga tu cucuk cucuk kan huhu
DeleteAduh, sakit tu tertelan serpihan kayu lidi. memang sadis kisah cekodok ni. camne lah tak perasan tu kan.
ReplyDeleteagaknya sebab tak sangka dalam cekodok ada lidi hahaha
DeleteMacam sedap cekodok pisang tu kak..
ReplyDeleteSaya belum pernah cuba lagi
boleh cuba cari beli atau buat hehe
DeleteSeram baca. Nasib tidak tercucuk pada kerongkong ke apa.
ReplyDeleteSedangkan tercekik tulang pun kadang rasa tidak selesa.
huhu.. betul, sangat tak selesa masa tu..asik pegang leher je
Deleteehh.. berkesan ek trick sengetkan badan tu 😄😄
ReplyDeletenasib takda apa2 teruk berlaku
surprisingly yes hahaha
DeleteBoleh bayangkan camne syaz sengetkan badan masa minum air. Sib baik lidi tu beri kerjasama huhuhu
ReplyDeleteitulah tu, habis ikhtiar dah tu haha
Deletewow jgn buat main tercekik ni..shida pernah tercekik tulang ikan yg besar..smggu okay nk baik..tuhan je tahu siksa dia mcm mna..nsb baik syaz buat mnjadi..huhuuu
ReplyDeleteBetul shida, seksa betul rasanya ada benda tersengkang je kat leher..huhu
DeleteAduhaii, seram banget lahh.... Mujur takda pape yeee
ReplyDeleteitulah, pedih2 sikit la tekak lepas tu..huhu
Deleteaduhhhh kita fobia tau benda camni...sebab kecik2 dulu pernah tercucuk kulit ketam kat tonsil..tonsil memang besar sejak kecik..haa sampai besar ni pun gitu tonsil tu...jadi sangat berhati2 makan benda2 yang tajam...
ReplyDeleteYa Allah kulit ketam lagilah tajam SS..adududud
DeleteAllah.. bahaya tuh.. Kena hati-hati la lepas ini.. seram pula baca.. Mujurlah dah ok..
ReplyDeletelepas ni nak makan dari cucuk2 ni kena perhati betul2..huhu
Deletemasa baca yg tersangkut lidi kat tekak tu rasa adehh ngerinya boleh bygkan situasi camne..bila baca bawah sikit minum air smbil senget bdn tu, serius akak gelak..kelakar la syaz ooi..haha...
ReplyDeleteahahaha.. true story kak, habis fikir daahlah masa tu, nasib menjadi :D
DeleteAlhamdulillah kira Allah bagi ilham minum air sambil sengetkan badan ye, dan menjadi plak tu..tapi tak dapat bayangkan kalo tercekik bhgian yg tajam tu...nauzubillah...
ReplyDeletebetul tu kak, alhamdulillah Allah bagi ilham :D
DeleteBahayanya tertelan serpihan lidi kak. huhu. Hope semua okey kak. huhu.
ReplyDeletealhamdulillah ok hehe
Deletemakan satay pun kena berhati-hati dengan serpihan lidi, lebih-lebih lagi time lapar, rakus dia lain mcm. atau time makan sambil nonton tv..kadang pakai rodok je lidi ke mulut
ReplyDeletebetul2, dahlah sate tu memang sedap dan menawan, kalah habis lah kalau dengan cekodok ni!
DeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.