Search This Blog

Thursday, August 13, 2020

Surat Cinta Dari Encik Faizal | Throwback Thursday




Minggu ni kebanyakan entry masih berkaitan
perjalanan ke majlis nikah adik aku haritu.


Ini kisah ketika aku kelam kabut drive nak ambil adam kat sekolah, dan ini adalah antara salah satu insiden yang meremukkan hati aku..

Entahlah, aku beria nak drive masa tu.

Pecut punya pecut, ye lah, sebab dah lambat kan, memang aku lenjan habis kereta kat Bukit Putus.

Zaimi senyap je kat sebelah, niat asal nak bagi dia rest kejap sebelum dia sambung drive ke Kuantan dari sekolah adam nanti.

Elok je sampai area Ulu Bendul, nampaklah ada 1 hilux (kot..?), JPJ punya yang warna merah tu.

Nampak masa bila?

Nampak masa tengah memotong dia dekat jalan lurus, yang sebenarnya jalan tu lengang je pun dari arah bertentangan, cumanya tempat aku memotong tu double line.

*tepuk dahi

Apa lagi, terus JPJ tu bunyi siren, 
"tolong berhentikan kenderaan, tolong berhentikan kenderaan"

Pergh dah macam penjenayah.

Adehh...

Asal nak cepat, terus jadi lambat.

"Puan, nak ke mana laju laju memotong double line ni?"

"Nak ambil anak keluar sekolah, dah lambat"

Ikut hati nak je tambah, "Sebab enciklah bawak slow sangat!" 

Tapi aku masih waras.. malas nak bising-bising sebab memang aku salah, hulur je lah lesen.

Senyap je amir dan ayu dalam kereta. Semua menikus.

Dalam 10 minit lepas tu, dapatlah sekeping surat cinta dari encik Faizal.


Haih.. 
Sabar je lah.

Mungkin nasib baiklah hati remuk, sebelum kereta dan kami anak beranak yang remuk sebab aku memandu terlalu ikut hati terluka haritu.. cewah.

30 comments:

  1. Balik kampung tempoh hari pun kami kena saman.Saman tak letak kupon parking.Aduh.

    ReplyDelete
  2. alahai... menipis jugaklah purse wallet tu

    ReplyDelete
  3. huaaaa.... bencana betul kena saman ni

    ReplyDelete
  4. sabarlah, kadang memang ada masa kita buat salah di hari yang salah dan orang yang salah... dalam keadaan hati sedang luka berdarah

    ReplyDelete
  5. Romantiknya dapat surat cinta... Balas tak surat cinta tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpaksa la balas kat mahkamah nanti tu uncle huhuhuh..sedey

      Delete
  6. surat cinta begini yang mengerikan...

    ReplyDelete
  7. ku pikirkan surat cinta apa...sabar jela..hehee

    ReplyDelete
  8. memang bercintalah kalau dapat surat cinta gini

    ReplyDelete
  9. ooo kalau JPJ diorang pun boleh brentikan macam tu eh.. seram jugak.

    ReplyDelete
  10. surat cinta bagi by hand lagi...hehee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik dia tak tabur bedak talkum dulu sebelum bagi haha

      Delete
  11. Dulu kerap juga kena saman bila naik motor, sejak drive ni agak skema dah

    ReplyDelete
  12. Wow...Surat cinta Gituhhh... Kalau boleh, dah x nak dapat lagi laa..huuu..haruuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biarlah dia tak tahan kita dah..serik hahaha

      Delete
  13. Ingatkan siapalah encik Faizal tu..
    Sabar ye.. Surat cinta yang menyeramkan..

    ReplyDelete
  14. Saspen ingat sapelah en faizal, ex boyfren ke.., rupa2nya...hadoiiii...nasib sungguh kan..

    ReplyDelete
  15. Surat cinta Encik Faizal JPJ rupanya kak. huhu. drive safe kak. huhu

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Ya it's me

My photo
Senawang, Negeri Sembilan, Malaysia

Disclaimer


All content provided on this "Syazni Rahim Blog" blog is for informal reading only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information or comments on this site or found by following any link on this site.

The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information.

The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.