Minggu ni kebanyakan entry masih berkaitan
perjalanan ke majlis nikah adik aku haritu.
Ini kisah ketika aku kelam kabut drive nak ambil adam kat sekolah, dan ini adalah antara salah satu insiden yang meremukkan hati aku..
Entahlah, aku beria nak drive masa tu.
Pecut punya pecut, ye lah, sebab dah lambat kan, memang aku lenjan habis kereta kat Bukit Putus.
Zaimi senyap je kat sebelah, niat asal nak bagi dia rest kejap sebelum dia sambung drive ke Kuantan dari sekolah adam nanti.
Elok je sampai area Ulu Bendul, nampaklah ada 1 hilux (kot..?), JPJ punya yang warna merah tu.
Nampak masa bila?
Nampak masa tengah memotong dia dekat jalan lurus, yang sebenarnya jalan tu lengang je pun dari arah bertentangan, cumanya tempat aku memotong tu double line.
*tepuk dahi
Apa lagi, terus JPJ tu bunyi siren,
"tolong berhentikan kenderaan, tolong berhentikan kenderaan"
Pergh dah macam penjenayah.
Adehh...
Asal nak cepat, terus jadi lambat.
"Puan, nak ke mana laju laju memotong double line ni?"
"Nak ambil anak keluar sekolah, dah lambat"
Ikut hati nak je tambah, "Sebab enciklah bawak slow sangat!"
Tapi aku masih waras.. malas nak bising-bising sebab memang aku salah, hulur je lah lesen.
Senyap je amir dan ayu dalam kereta. Semua menikus.
Dalam 10 minit lepas tu, dapatlah sekeping surat cinta dari encik Faizal.
Haih..
Sabar je lah.
Mungkin nasib baiklah hati remuk, sebelum kereta dan kami anak beranak yang remuk sebab aku memandu terlalu ikut hati terluka haritu.. cewah.
30 Comments
Balik kampung tempoh hari pun kami kena saman.Saman tak letak kupon parking.Aduh.
ReplyDeleteAduhhh..
Deletealahai... menipis jugaklah purse wallet tu
ReplyDeleteitulahh
Deletehuaaaa.... bencana betul kena saman ni
ReplyDeletehuwaaa
Deletesabarlah, kadang memang ada masa kita buat salah di hari yang salah dan orang yang salah... dalam keadaan hati sedang luka berdarah
ReplyDeletebetul sangat tu kak :(
DeleteRomantiknya dapat surat cinta... Balas tak surat cinta tu?
ReplyDeleteterpaksa la balas kat mahkamah nanti tu uncle huhuhuh..sedey
Deletesurat cinta begini yang mengerikan...
ReplyDeletengeri gilaa
Deleteku pikirkan surat cinta apa...sabar jela..hehee
ReplyDeletesurat paling sedeyy huhu
Deletememang bercintalah kalau dapat surat cinta gini
ReplyDeletecinta sepenuh hati nama dia..haha
Deleteooo kalau JPJ diorang pun boleh brentikan macam tu eh.. seram jugak.
ReplyDeleteboleh, terbukti dah huwaaa
Deletesurat cinta bagi by hand lagi...hehee.
ReplyDeletenasib baik dia tak tabur bedak talkum dulu sebelum bagi haha
DeleteDulu kerap juga kena saman bila naik motor, sejak drive ni agak skema dah
ReplyDeletebagus skema di jalan raya sebenarnya
DeleteWow...Surat cinta Gituhhh... Kalau boleh, dah x nak dapat lagi laa..huuu..haruuuu...
ReplyDeleteBiarlah dia tak tahan kita dah..serik hahaha
DeleteIngatkan siapalah encik Faizal tu..
ReplyDeleteSabar ye.. Surat cinta yang menyeramkan..
Rupanya pegawai JPJ..ahahah
DeleteSaspen ingat sapelah en faizal, ex boyfren ke.., rupa2nya...hadoiiii...nasib sungguh kan..
ReplyDeletealamak ex boypren, nama pun dah lupa ahaha
DeleteSurat cinta Encik Faizal JPJ rupanya kak. huhu. drive safe kak. huhu
ReplyDeletehehe tenkiu GV
DeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.