Common Sense Semakin Antik

 Orang kata, sesuatu benda tu kalau semakin lama dia tak ada, makin jarang nak jumpa, dan selalu orang dulu-dulu je guna, dia jadi barang antik. Yeke?

Semalam terjumpa balik gambar masa Januari 2020 haritu.

Gambar apa ni, cuba teka!


Pada yang jawab bola golf, betul!!

Tepuk tangan!

Apa kaitan dengan common sense?

Ha..saja lah nak cerita, sebenarnya bola golf ni milik salah seorang jiran di sini.

Alkisah, walaupun dah beberapa kali ditegur, dia masih buat.

Buat apa?

Dia main golf dekat halaman rumah.

Ya tuan puan, main golf di laman rumah yang sekangkang kera tu. Nak dijadikan cerita, pada tarikh 20 Januari 2020, aku jumpa bola golf ni atas rumput rumah aku.

Tak ada bukti yang dari si polan, tapi tetap hatiku yang tidak terhindar dari noda ini, rasa nak menuduh dia.

Sebabnya, geram betul rasa hati masa terjumpa bola golf ni landing baik punya atas rumput rumah aku ni. Nasib baik lah bola ni tak landing atas cermin kereta ke, kena cermin tingkap rumah ke. Kalau pecah berderai? Siapa yang nak tanggung.

Nak highlite kat sini, mohon kita semua ni janganlah sampai mengenepikan common sense, terutama bila melibatkan harta benda orang lain.
haih.. 

Itu kalau kena cermin, kena barang. Kalau terkena kepala orang? Anak orang? Grrrr!

Sekian entry geram.

Eheh

Post a Comment

20 Comments

  1. Hehe. Saya geram orang buang sampai merata-rata.
    Ya buat sesuatu fikirkan kalau ada menyusahkan orang lain.
    Mengapalah jiran itu tidak bermain di padang golf?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah yang kami semua fikir, kenapa tak pergi padang golf. hairan bin ajaib..huhu

      Delete
  2. aduihh..ade juga jiran sebegini ya..boleh pula main golf kat laman rumah..pls laa...

    ReplyDelete
  3. tak dpt bayangkan kalau terkena kepala orang..mau pitam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi si pemain golf tu tak terbayang agaknya benda2 tu..huhu

      Delete
  4. Macam nilah, cer kita pulak main golf kt laman rumah kita, pastu tuju bola golf tu kat laman rumah dia je, bagi dia rasa plak apa yg kita rasa..hehe,briliant tak idea akk?

    ReplyDelete
  5. jiran nk kabo dia pandai main golf tu heh..heh..

    ReplyDelete
  6. jiran tu udah tua ke muda lagi? kot la takde duit nak main kat padang golf itu yang main di laman rumah... cumanya memang kerja gila lah kalau kene kat kepala orang atau harta benda orang. bola golf tu dahla keras... gila lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, bola tu punyalah padat isi padunya.
      Taklah tua, taklah muda..hehe

      Delete
  7. Tak mampu nak main kat driving range pergi la main kat padang ragut ke kans...

    Tak pun tak yah main golf terus sukan yang mahal gittewww...

    ReplyDelete
  8. dah tegur pun still mcm ni jgk, bola ni dah la keras , klu kena kepala sapa2 kan susahhhh ! ish

    ReplyDelete
  9. Aduhaii..laman sekangkang kera tu jugak nak main golf. Yang laman luas pun orang tak main tau sebab main golf ni yang selamatnya kena main kat tempat golf yang sebetulnya. jiran oh jiran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kikiki.. kan pelik kan, mungkin dia tak tahan..gian heheh

      Delete
  10. Payah bila manusia tak ada common sense ini..
    Rasa macam nak letak dia dekat tengah hutan je..
    dimana-mana ada je manusia gini..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.