Orang kata, sesuatu benda tu kalau semakin lama dia tak ada, makin jarang nak jumpa, dan selalu orang dulu-dulu je guna, dia jadi barang antik. Yeke?
Semalam terjumpa balik gambar masa Januari 2020 haritu.
Gambar apa ni, cuba teka!
Pada yang jawab bola golf, betul!!
Tepuk tangan!
Apa kaitan dengan common sense?
Ha..saja lah nak cerita, sebenarnya bola golf ni milik salah seorang jiran di sini.
Alkisah, walaupun dah beberapa kali ditegur, dia masih buat.
Buat apa?
Dia main golf dekat halaman rumah.
Ya tuan puan, main golf di laman rumah yang sekangkang kera tu. Nak dijadikan cerita, pada tarikh 20 Januari 2020, aku jumpa bola golf ni atas rumput rumah aku.
Tak ada bukti yang dari si polan, tapi tetap hatiku yang tidak terhindar dari noda ini, rasa nak menuduh dia.
Sebabnya, geram betul rasa hati masa terjumpa bola golf ni landing baik punya atas rumput rumah aku ni. Nasib baik lah bola ni tak landing atas cermin kereta ke, kena cermin tingkap rumah ke. Kalau pecah berderai? Siapa yang nak tanggung.
Nak highlite kat sini, mohon kita semua ni janganlah sampai mengenepikan common sense, terutama bila melibatkan harta benda orang lain.
haih..
Itu kalau kena cermin, kena barang. Kalau terkena kepala orang? Anak orang? Grrrr!
Sekian entry geram.
Eheh
20 Comments
Hehe. Saya geram orang buang sampai merata-rata.
ReplyDeleteYa buat sesuatu fikirkan kalau ada menyusahkan orang lain.
Mengapalah jiran itu tidak bermain di padang golf?
itulah yang kami semua fikir, kenapa tak pergi padang golf. hairan bin ajaib..huhu
Deleteaduihh..ade juga jiran sebegini ya..boleh pula main golf kat laman rumah..pls laa...
ReplyDeleteunik sikit kan..hahaha
Deletetak dpt bayangkan kalau terkena kepala orang..mau pitam...
ReplyDeletetapi si pemain golf tu tak terbayang agaknya benda2 tu..huhu
DeleteMacam nilah, cer kita pulak main golf kt laman rumah kita, pastu tuju bola golf tu kat laman rumah dia je, bagi dia rasa plak apa yg kita rasa..hehe,briliant tak idea akk?
ReplyDeletehahaha kan!
Deletejiran nk kabo dia pandai main golf tu heh..heh..
ReplyDeletekalau tak orang tak tau pulak ye hahaha
Deletejiran tu udah tua ke muda lagi? kot la takde duit nak main kat padang golf itu yang main di laman rumah... cumanya memang kerja gila lah kalau kene kat kepala orang atau harta benda orang. bola golf tu dahla keras... gila lah
ReplyDeletekan, bola tu punyalah padat isi padunya.
DeleteTaklah tua, taklah muda..hehe
Tak mampu nak main kat driving range pergi la main kat padang ragut ke kans...
ReplyDeleteTak pun tak yah main golf terus sukan yang mahal gittewww...
itulah tu...huhuhu
Deletedah tegur pun still mcm ni jgk, bola ni dah la keras , klu kena kepala sapa2 kan susahhhh ! ish
ReplyDeletehuhuhu itulah..moga berubah dia lepas ni
DeleteAduhaii..laman sekangkang kera tu jugak nak main golf. Yang laman luas pun orang tak main tau sebab main golf ni yang selamatnya kena main kat tempat golf yang sebetulnya. jiran oh jiran.
ReplyDeletekikiki.. kan pelik kan, mungkin dia tak tahan..gian heheh
DeletePayah bila manusia tak ada common sense ini..
ReplyDeleteRasa macam nak letak dia dekat tengah hutan je..
dimana-mana ada je manusia gini..
tu la kan sha, harap2 dia berubahlah..huhu
DeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.