Sarapan di Arrobah Maju Senawang | Throwback Thursday

 Baru perasan yang ada ambil gambar masa pergi sarapan kat Arrobah Maju Senawang ni weekend  lepas.

Sebab dah lama rasanya tak bawa anak-anak makan kat kedai, jadi keju diorang awal sikit, suruh mandi apa semua, terus gerak!


Kami pilih untuk duduk di meja yang dekat luar, sebab nak jauh-jauh sikit dari orang kan.

Kedai ni bagus, memang tokey dia sendiri akan check suhu semua orang yang masuk kedai dia, dan pastikan pelanggan scan QRcode MySejahtera kedai dia.


Aku seperti biasa, harus order nescafe ais!
Hehe..



Lelaki dekat rumah aku ni semua memang suka minum teh o ais, pergi mana-mana pun itulah yang diorang order.


Adik ayu pulak sebenarnya tak kisah pun air apa-apa, tapi orderkan dia sirap ais je.
Pagi-pagi dah minum ais, ikut perangai mak dia la haha


Yang geram tu, dia nak pegang gelas tu sendiri, risau gelas tu jatuh berderai je.


Sementara menunggu makanan sampai.
Posing la sedas dengan muka belum mandi. Eh! 


Aku dengan zaimi order nasik goreng ayam + telur mata.
Ya Allah sedap gilaaa.. ikut hati nak order lagi tapi mengenang diri dah kategori gajah, maka batalkan hasrat.

Anak-anak makan roti telur, asal nak roti tisu, tapi tak available pulak dekat sini masa ni.


Sekian sahaja entry kontot pergi breakfast.
Ehehe..

Post a Comment

12 Comments

  1. Macam kawan PC..suka ais.Hujan,panas,pagi petang baik buat sediri air atau beli mesti berais..hehehe.Lagi syok dengar dia kunyah ais tu..aduh ngilu rasa.Ya Allah.

    ReplyDelete
  2. sama la husben shida pn..kaki teh o ais ^_^

    ReplyDelete
  3. Sis tidak suka minum ais. Haha cepat kena batuk kalau pekena ais.
    Ya keluar pagi-pagi buta tidak mandi. Anak-anak diutamakan mandi. Saya faham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak2 terutama ayu tu jarang juga mandikan dia pagi2, sebab sejuk, abang2 wajib mandi hhehe

      Delete
  4. Memang ada org jenis kunyah2 ais kan..krup2x bunyinya..selamba je..haizzz..ngilu..

    Sarapan kat luar mmg best kan, padahal ikutkan sama je kt umh pun masak nasi goreng gak..akk aritu ikut geng mekbunga sarap roti canai banjirr..huishhh..sungguh terasa nikmatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terasa specialnya sebab orang lain yang masak kot kan kak ahahaha, saya suka kunyah ais, tu yang ayu mengikut :P

      Delete
  5. sedapnya semua menu, kiranya semua anak-anak dengan emaknya tak mandi lagi ke tu hehehhe...

    ReplyDelete
  6. Sesekali sarapan luar best betul. Sekarang nak makan kat luar memang kena pilih jauh dari orang. Kalau kedai ramai orang, auto terbatal niat nak makan :)

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.